Menu Utama

Demi Air Muka BERSIH Istihar PAS Tidak Mampu Tarik Orang Melayu

SEMUA orang tahu yang sebelum ini pihak BERSIH bersama parti pembangkang yang lain telah mencuba berbagai cara untuk memujuk PAS agar menyertai perhimpunan haram BERSIH pada 19 November depan.

Namun tindakan mereka tersebut menemui jalan buntu. Malahan Datuk Husam Musa yang juga merupakan ADUN Salor sanggup mempergunakan nama arwah Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam usaha untuk mendapatkan sokongan PAS.

Pemimpin PAS tetap menolak pelawaan untuk menyertai BERSIH 5 pada 19 November ini. Oleh itu, demi menjaga air muka mereka maka kini mereka menolak dakwaan tanpa sokongan PAS, perhimpunan 19 November depan tidak akan mendapat sambutan.

Menurut timbalan pengerusi BERSIH, Shahrul Aman Mohd Saari, penyokong Melayu yang bukan ahli PAS kini mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh parti itu. Bagi mereka pengaruh PAS semakin berkurangan.

Sebelum itu satu pendedahan telah dibuat berkenaan BERSIH. NGO Bersih ini bukan sebuah pertubuhan yang dikatakan berdaftar akan tetapi ianya adalah sebuh syarikat perniagaan yang dinamakan Bersih dan Adil Sdn Bhd.

Jika mengikut apa yang tertera didalamnya , syarikat ini menjalankan aktiviti perniagaan yang dinamakan , Even Management, Seminar , menyediakan latihan dan Bengkel.

Menurut maklumat yang dilampirkan menunjukkan bahawa Maria Chin telah didaftarkan sebagai penama dan beberapa orang lagi sebagai rakan perniagaan Syarikat ini.

Oleh itu, jika ianya sebuah syarikat perniagaan, apakah aktiviti even management iaitu penganjuran demontrasi untuk menumbangkan kerajaan oleh syarikat ini sesuatu yang dibenarkan oleh SSM?

Dan yang paling penting, adakah tindakan Syarikat Bersih ini tidak menyalahi undang undang apabila terlibat dalam penganjuran demonstrasi Bersih?






6 Komen to Demi Air Muka BERSIH Istihar PAS Tidak Mampu Tarik Orang Melayu

  1. Hantu Gigi Jarang says:

    PAS dah tak relevan lagi dah bro! Mursyidul tak tahu baca paper omputih

  2. […] via Demi Air Muka BERSIH Istihar PAS Tidak Mampu Tarik Orang Melayu — MYKMU.NET […]

  3. manjoi says:

    Orang Melayu & PAS semuanya standard tinggi belaka. Depa kata “Apa barang ikut BERSIH!!”. Banyak hantu2 lain yang boleh disarungkan ‘baju kuning’, misalnya ‘pengundi hantu, hantu gigi jarang, hantu anwar gay’, etc. Husam paling terer sekali, dia jumpa ‘hantu Nik Aziz’…..

  4. Meriam Buluh says:

    Biarlah PAN gantikan tempat PAS dalam perhimpunan tu nanti. Yang bengap memang situlah tempatnya..

  5. anoi says:

    Tu la yg dijual t-shirt 20 iggt solai, kalu tak pakai esok buek la lap kaki .. esok2 bogeseh 6 nanti kono boli layi entah2 naik lagi rega 25 iggt solai, pandai Malaria tu niago … apo yg nak di bogoseh kan tu tak tahu la …kot palo bana diyo ko .. kot apit diyo agak ea.
    YG TOLOL, SENGAL, BAGHAL, BANGANG TU LA MELAYU2 MEMONCAK MONCAK BOBOSEH, BOGOSEH
    Kot Cino takpo la,,, May..mang ea itu ajenda diyo.

  6. itsme says:

    Bkn benda wajib lah klu x pandai baca paper omputih tu.. yg penting tu tahu nak beza mana baik n buruk, musuh n kawan, kalah n mengalah dan plg utama ialah tahu mana intan dan yg mana kaca.

    Bangsa2 dinegara lain ramai benar yg tak leh paper omputih… mrk maju jugak, hanya satu sbb shj, mrk tdk berburuk sangka dan sentiasa mencari kaedah oerdamaian yg bertamadun… dimsia ni lain sket, byk sgt subsidi sampai fikir pun tak ngeti.

Leave a Reply

Threesome