Menu Utama

Dari Terlajak Laris Kepada Terlajak bohong.

Oleh Sofea AL

Saya ada terbaca kenyataan Dato’ Aliff Syukri Terlajak Laris berkenaan dia ada dtg ke Australia dan tengok ramai Melayu diAustralia merempat buat kerja buruh kasar…

Sepanjang 36 tahun saya di Australia, ada segelintir org melayu dari Christmas Island dan Cocos Island buat kerja buruh kasar sebab mereka datang dari kepulauan itu zaman 40’an,. 50’an dan 60’an.

Dan disekitar tahun 80’an mereka di suruh pilih untuk balik kenegara asal atau tinggal ditanah besar Australia dan separuh pilih balik ke negara asal iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura dan separuh berhijrah ke Perth dan diberi visa penduduk tetap untuk bermastautin di Perth. Golongan ini memang tiada pelajaran tinggi dan golongan ini dah tua pun sekarang dan anak cucu mereka dah tak jadi buruh kasar…

Yang ada sekarang ini dimana mana adalah immigrant dari negara lain termasuk singapura, negara Asean, Asia Barat dan Eropah yg banyak jadi buruh kasar dan kebanyakkannya students dan dtg belajar dgn visa pelajar.

Hanya beberapa kerat anak Malaysia yg guna student visa yg kerja part time atau casual kerja sebagai waiter atau waitress di restaurants atau jadi driver (food deliveries)…Yang paling kehidupan mudah dirantau anak anak orang Malaysia yg belajar sama ada ditanggung keluarga atau sponsored by Malaysian Government

Rakyat Malaysia macam saya yg duduk beranak pinak diAustralia ini, saya belum jumpa yg jadi buruh kasar dan anak anak saya pun semua kerja yg cemerlang dan terbilang sebab semua kelulusan university tempatan dan saya pun tidak kerja jadi buruh kasar sebab saya boss pada orang putih…

Rakyat Malaysia yg tinggal menetap terus di Australia mungkin hanya 0.000001 percent. Sesiapa orang Malaysia yg melancung dan nak menghina orang Malaysia sendiri dan menjatuhkan maruah orang Malaysia, jika dia ada business…duit saya akan saya haramkan membeli products mereka…

Jahanamlah business kamu Dato’ Aliff Syukri kerana memfitnah dan tidak tahu bersyukur…inshaaAllah!






14 Komen to Dari Terlajak Laris Kepada Terlajak bohong.

  1. Inderasakti says:

    Tak pernah keluaq negara tapi difahamkan bekas bekas student kita di sana mana pernah balik ke negara kita lepas dapat sarjana tak pun berkerja jadi profesional cam doktor arkitek dan kerjaya profesional dan ada yang kahwin dgn orang sana adalah si terlajak laris ni terperasan atau tengok salah orang? Lain kali jangan serkap jarang kan dah tertukaq tagline #terlajakbangang

  2. manjoi says:

    Yang pastinya apa pun pekerjaan untuk mencari sesuap rezeki yang halal tidak patut dihina. Walaupun sekarang tauke D’herbs dah kaya, dia tak sepatutnya jadi kufur & sombong dengan rezeki Allah. Tumpu kepada perniagaan & jangan keluarkan kenyataan2 yang kurang bijak kerana ia akan menjadi cerminan kepada diri kita sendiri…..

  3. semangat dato' haron says:

    Banyak melayu yg kaya dgn dasar2 kerajaan UMNO ni lupa diri menghina blk org melayu dan UMNO. Ingat skrg baru nampak byk melayu yg dh senang tp jgn alpa sbb sikap berpecah belah melayu akan membawa bangsa ini kembali ke lembah kedaifan dan kemiskinan sekali lagi.

  4. amir haikal says:

    Penah baca fakta 35 rakyat Malaysia bekerja secara haram di Australia telah ditahan oleh Imigresen dalam.awal tahun 2016. Selepas didakwa akan diusir. Merekaini tidak mematuhi undang2 negara tersebut.

    Adik sepupu lulusan dip.fisio dan mak cik pun keje kat sana sbg pemetik buah2n. Org kaya menheluh..inikan lg Marhain yg terbeban.

  5. yon76er says:

    Dah mengaut untong besar dan kayaraya dinegara sendiri dah mula pandai NAK MENGUTUK bangsa sendiri…lepas itu diuji sedikit oleh Allah dah MELATAH mcm dah nak BANKKRUP……..TERLAJAK BANGGANG ke dia nie……

  6. anoi says:

    satu je, diya sdg teramat riak rasa kononnya sudah berjaya tapi kufur nikmat.

  7. azam says:

    perkara kecil pun nak di viralkan hingga nak musnahkan business orang..banyak cara berhemah boleh digunakan..

  8. geekpuk2 says:

    $ezeki ada dimana-mana

    Malaysia mampu mengeksport tenaga kerja khususnya Orang Melayu setaraf dengan Bangladesh, Nepal dan Philippines berkat kepimpinan Najib dan UMNO

    Bila gaji jaga di Changi Airport ialah Sing Dollar $3000 setaraf dengan Pengarah Air Sabah , asalkan halal dan tidak merasuah, peluang wajib direbut

  9. anoi says:

    hangpa azam dan geekpuk2 sudah tiada nilai diri tiada maruah bangsa, org ceghita perihal lain hangpa melalut pasai bangla pasai gaji kelain, mmg hangpa berdua satu geng sekepala hotak hang surapa ja. Dah tentu soheh la hangpa berdua Cina berak tak cebok.

  10. Abe says:

    Bagi saya kenyataan Dato Alif tu ada betulnya . Sehingga kini , seakan polisi kerajaan australia mensyaratkan kalau rakyat malaysia nak masuk melancong ke Oz mesti ada tiket pergi balik . Pemeriksaan secara rawak akan dilakukan di pintu masuk immigresen .
    .
    .
    Mengapa ini berlaku , bagi Immi oz , jikalau ada segerombolan remaja dari Malaysia datang ke Oz , di dahi dah tertulis 80% nak kerja di ladang sebagai buruh .
    .
    .
    Jika terkantoi , dalam phone , tiket dan sebagainya maka pulanglah ke Malaysia tanpa dapat masuk ke Oz .
    .
    .
    Ini realiti .
    .
    .
    Mungkin Sofea AL agak bernasib baik kerana jadi bos kepada Mat Salleh . Tetapi realitinya kalau dilihat di tempat tempat utama seperti Robinvale , Mildura , Sherperton , Cabulture , Darwin , dan beberapa tempat utama lain terutama masa musim picking , orang Malaysia antara Majority teramai selain daripada Afgan , Vietname , Hongkong dimana bekerja sebagai Buruh .
    .
    .
    Ada sebahagian yg jadi kontraktor dan subcontraktor .
    .
    .
    Sebahagian nya dah tinggal lebih masa ( overstay)
    .
    .
    Sebahagian hanya memiliki Protection Visa
    .
    .
    Sebahagian ada student Visa ( hanya dapatkan visa untuk kerja dan stay lebih lama )
    .
    .
    Jika Sofea Al nak tengok ramai buruh Dari Malaysia , pergi lah ke tempat tempat yang saya senaraikan tu ye . Kalau tengok dekat bandar memang tak ramai , sebab kerja dibandar agak sukar untuk dapat kerana kebanyakan kerja ditawarkan kepada mereka yg ada visa dan ada TFN ( Tax File Number )
    .
    .
    Bukan untuk membela atau menyokong sesiapa , sekadar berkongsi pengalam saya sepanjang berada di Australia .
    .
    .
    Tak pernah jadi Bos kepada Mat Salleh Oz , tapi pernah jadi buruh , Sub Con , Contraktor dan ada Partner Mat Salleh Oz .
    .
    .
    Pernah ada ABN , TFN dan juga Visa Student .
    .
    .
    Pernah ada 3 rumah untuk bisnes sublet dan 2 rumah farmhouse .
    .
    .
    Cerita realiti bukan fantasi .

  11. Wan says:

    Bro..
    Memang ramai orang kita yg keje petik buah kat australia skrg. Musim buah dari bulan 10 hingga bulan 3 tahun depan..keje mmg takde permit, diorang renew visa tiap2 bulan. Terpulang korang nak nilai mcm mana…tapi mmg hakikat orang kita memang terpaksa merantau cari rezeki..

  12. zakaria says:

    Pengalaman aku masa tinggal kat Australia, kat sana gaji labour tinggi. Kalau nak check paip tersumbat aje kena standby dlm AUD 200. Dtg omputih tu siap bawak microscope lagi nak check mana yg tersumbat. Gardening pun ikut jam. Omputih tu dtg bawak 4WD siap kat belakang ada troli utk simpang barang gardening. Sapa bayar gaji rendah dari sepatut, dan biasanya ikut jam maka kena naik court. Tu le sebabnya baru ni Restorant MAMAK kt Sydney kena fine. Padan muka.Mamak fined almost $300,000 for short-changing workers

    MORE
    The operators of Mamak Malaysian restaurant in Haymarket have been fined almost $300,000 for paying workers as little as $11 an hour.

    Federal Circuit Court Judge Justin Smith found the Goulburn Street restaurant had deliberately ignored its workplace obligations “to maximise profit”.

  13. Roslan says:

    Ape pun komen Dari Aliff Syukri ada betul nya..biarpun org yang comment nih (AL sofea) ..aku percaya dia nih x pernah bercampur dgn org Malaysia kat Australia.
    Biar pun dia dah 36 tahun kat situ..aku tidaklah lama kat sini..baru je nak masuk 3 tahun..
    Ramai budak2 Malaysia kat sini..! 90% adalah Farm workers..selebihnya mmg menjadi buruh kasar..!
    Jgn menilai sekadar perception sendiri..
    Aku memiliki Rumah kat sini sbg business SAMPINGAN , ada ABN, TFN, dan Protection Visa..
    Pernah buat semua kerja ladang..!!
    So realitinya DISINI..! AUSTRALIA….!!

Leave a Reply