Menu Utama

DAP Sabah mengaku pembangkang kian lemah

DAP Sabah mengakui tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Likas daripada parti itu, Junz Wong, keluar parti bersama beberapa wakil rakyat dan pemimpin PKR, melemahkan kedudukan pembangkang di Sabah.

Pengerusinya, Stephen Wong, berkata tindakan Junz yang turut membawa bekas Timbalan Pengerusi DAP Sabah, Joan Goh dan Naib Pengerusi DAP Sabah, George Hiew, serta empat lagi pemimpin DAP Sabah sebagai pengkhianatan terhadap parti.

“Kalau tujuan dia (Junz) keluar parti untuk melawan Barisan Nasional (BN), dia sepatutnya tarik ahli BN dan bukan bawa lari ahli DAP.

“Tindakannya merosakkan DAP Sabah dan ini kami tidak boleh terima.

“Dia sepatutnya bersyukur berada dalam DAP dan memenangi kerusi Likas atas tiket DAP. Sekarang, dia keluar rumah (parti) kononnya untuk menyertai parti tempatan tetapi belum tahu masuk rumah mana,” katanya pada sidang media DAP Sabah, di sini, hari ini.

Yang turut hadir ialah Penasihat DAP Sabah yang juga Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Jimmy Wong dan Setiausaha DAP Sabah yang baharu iaitu ADUN Sri Tanjong, Chan Foong Hin.

Stephen yang juga Ahli Parlimen Sandakan, berkata pihaknya kini melakukan penstrukturan semula kepemimpinan dengan Foong Hin mengambil alih tugas Setiausaha DAP Sabah dan melantik ADUN Kapayan, Dr Edwin Bosi sebagai Timbalan Pengerusi yang baharu.

Ahad lalu, Junz bersama Pengerusi PKR Sabah, Datuk Lajim Ukin dan seorang lagi pemimpin PKR iaitu ADUN Moyog, Terence Siambun, mengisytiharkan keluar parti.

Turut meninggalkan parti, Setiausaha Agung PKR Sabah, Datuk Maijol Mahap dan Ketua Wanita PKR Sabah, Johair Matlani.

Berita Harian



(Next News) »



3 Komen to DAP Sabah mengaku pembangkang kian lemah

  1. sman says:

    Bagamana kelemahan pembangkang di Sabah ini seperti pengakuan mereka boleh membantu Mahathir dan Muhyiddin mencapai cita-cita mereka utk menjatuhkan Umno/BN dan PM Najib.Ingin mendengar ulasan dari Azmi , cik minah dan HGJ.

  2. Hantu Gigi Jarang says:

    Ha..ha…delete ye!!

  3. manjoi says:

    Orang2 DAP keluar sebab depa tahu ‘bot nak karam, terjun!’. Depa tak suka ‘ketam’ jadi pemimpin, nanti depa ikut sama jalan senget. Kat mana agaknya LGE kena penjara nanti? Kalau sama penjara dengan Anwar, jawabnye jadi ‘jambu’ le….

Leave a Reply

Threesome