Menu Utama

DAP Buat-Buat Lupa Isu Rasuah Banglo Lim Guan Eng Dan Taman Manggis

DAP dilihat cuba mengambarkan bahawa isu rasuah dua pegawai Jabatan Air Sabah sebagai masalah rasuah dalam parti UMNO sedangkan bukan semua pegawai kerajaan adalah orang Umno atau pun penyokong Umno.

Malah menurut beberapa kajiselidik yang dibuat turut mendedahkan bahawa kebanyakan jenayah salahlaku rasuah dan sebagainya dalam jabatan kerajaan dilakukan oleh penyokong tegar pembangkang.

Adakah DAP mengambil peluang ini untuk menutup dakwaan salahlaku jenayah rasuah Lim Guan Eng dalam pembelian banglo mewah beliau yang bukan sahaja dibawah harga pasaran malah melibatkan salahguna kuasa dalam penjualan tanah Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin.

DAP juga dilihat “membisu” seribu bahasa dalam isu RM305 juta telah “dibuang” oleh kerajaan mereka hanya  untuk menyediakan kertas kebolehlaksanaan Projek Terowong Dasar Laut yang dilakukan tanpa mengambil kira pandangan dan kajian yang mendalam.

Begitu juga dengan pembinaan laluan berbasikal di Pulau Pinang yang dibina dengan harga  RM 30 juta. Sebenarnya, kerajaan DAP tidak membina apa-apa pun laluan berbasikal di Pulau Pinang. Propaganda kononnya laluan berbasikal sejauh 12 Kilometer ini sebenarnya adalah laluan pejalan kaki di kaki lima yang dicatkan dengan warna hijau, kononnya ia adalah lorong berbasikal.

Memetik portal Roketkini, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berpendapat yang rampasan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) ini sebagai masih kecil jika dibanding dengan graviti masalah rasuah yang sedang dihadapi negara.

Menurut beliau, meski kejayaan SPRM itu dilaporkan dengan meluas oleh media massa, kesemuanya turut mengabaikan berita permohonan bantuan Pejabat Peguam Negara Switzerland yang memohon bantuan pihak berkuasa negara dalam siasatan melibatkan penggelapan dana berjumlah US$800 juta daripada bekas anak syarikat 1MDB, SRC International.

Lim Kit Siang dilihat tidak berhak membangkitkan perkara ini memandangkan DAP sedang bergelumang dengan banyak skandal rasuah dan salahlaku guna kuasa. Tambahan pula isu 1MDB telah melalui semua proses siasatan dan perundangan yang sepatutnya.

Berlainan pula dengan DAP yang masih gagal melaksanakan tuntutan mudah RoS berkenaan masalah salah kira dan sebagainya CEC DAP yang telah berlarutan sejak beberapa tahun yang lepas. Nampaknya Lim Kit Siang nampak kuman di seberang laut, gajah depan mata buat-buat tak nampak.






12 Komen to DAP Buat-Buat Lupa Isu Rasuah Banglo Lim Guan Eng Dan Taman Manggis

  1. manjoi says:

    Rasuah dengan Pakatan Haram memang tak dapat dipisahkan. Tengoklah gelagat macai bersorakkan LGE masa di mahkamah, macam tercekik dedak. Swiss AG minta maklumat melalui media aje?! Dah ikut saluran rasmi ke belum?! Macai memang mudah percaya cerita2 bodoh macam ni. So pathetic!!!

  2. anoi says:

    Graviti tu kan grafnya Lim maksudkan menurun bangkali itu la yg sdg dan selalu kerajaan benteraskan. Pembangkang/ngang pandai bermain kata2 sdgkan depa dilekap dgn tahi diya sendiri.

  3. azmi says:

    Nk tanya MYKMU berapakah nilai rasuah yg diterima Lim Guan Eng…
    Satu juta?. 100 ribu?..2.6 bilion??

  4. azmi says:

    Mykmu mengatakan..
    “Malah menurut beberapa kajiselidik yang dibuat turut mendedahkan bahawa kebanyakan jenayah salahlaku rasuah dan sebagainya dalam jabatan kerajaan dilakukan oleh penyokong tegar pembangkang”.
    Tolong bagi statistik kaji selidik mana mengatakan jenayah rasuah adalah penyokong tegar pembangkang…
    Penyokong UMNO sentiasa BERSIH…
    Bila bab rasuah PEMBANGKANG lah pengamalnya…
    Masa Mahathir, Anwar, Mukhriz dalam UMNO mereka tak rasuah..
    keluar UMNO dah RASUAH..
    Macam tu ke MYKMU punya penilaian..?

  5. Badrole Amin says:

    kenapalah bodoh sangat susah sangat nak faham jing(azmi) oiii
    penilaiannya mudah sahaja….

    pembangkang kata mahathir & anwar makan rasuah semasa 2 ekor ini berada dalam UMNO tapi bila 2 ekor ini sudah keluar UMNO tentulah pembangkang tak boleh kata 2 ekor ini makan rasuah lagi kalau tak cuba jing jawab macam mana pembangkang nak minta habuan duit rasuah dari 2 ekor itu sebagai balasan untuk setuju berkerjsama & bersekongkol jatuhkan BN?

    jadinya bila pembangkang sanggup menerima habuan duit rasuah dari 2 ekor itu bermakna pembangkang & 2 ekor itu telah sama2 mengamalkan rasuah atau makan rasuah…anwar sudah bagi habuan cuma mahathir belum bagi habuan sepenuhnya sebab itu masih samar2 sekarang ini sama ada pakatan baharu pembangkang diketuai oleh mahathir atau muhyiddin dapat menjadi kenyataan atau tidak

    jing tak pelik ke & cuba buat penilaian kenapa dahulu ke main lagi kit siang melenting bersuara sampai desak kerajaan buat suruhanjaya untuk siasat mahathir hilangkan duit rakyat sebanyak RM30 bilion dalam forex trading matawang? kenapa sekarang ini mulut kit siang macam dah kena sumbat dengan konek mahathir senyap tak bersuara lagi pasal mahathir hilangkan RM30 bilion duit rakyat itu?

  6. Pemerhati says:

    azmi sedang minta dedak lagi, nanti dia jawab kalau dedak memuaskan

  7. azmi says:

    Oh mcm tu eh bad role…
    Kalau mcm tu najib tak jadi pm nk lepas diri join pembangkang…
    For sure tak jadi pencurik lagi…
    HE HE…

  8. Pemerhati says:

    Najib tak makan rasuah jadinya jing tak perlu melalut kata Najib pun akan dipecat atau terpaksa keluar(sebab sedar diri makan rasuah seperti anwar & mahathir) dari UMNO untuk join pembangkang pada masa depan

    ingat tau yang kata mahathir makan rasuah, mahafiraun, kepala perompak & sebagainya ialah orang pembangkang seperti dalam video dibawah:

    https://www.youtube.com/watch?v=HiraSb2TGMg

  9. Pemerhati says:

    jing(azmi),

    anda dipersilakan jangan malu2 kalau nak suruh orang buat penilaian tentang perkara lain pula, cakap je

  10. […] via DAP Buat-Buat Lupa Isu Rasuah Banglo Lim Guan Eng Dan Taman Manggis — MYKMU.NET […]

  11. sman says:

    Rasuah ni mulanya memang di populerkan oleh orang mereka dgn panggilan ‘wang kopi ‘,sekarang sudah jadi amalan yg berleluasa utk meraih kekayaan sama ada oleh perasuah mahu pun penerima rasuah.Masa ini penerima rasuah biasanya org kita dan perasuah adalah org mereka,tapi kalau mereka sudah berkuasa nanti,rasuah akan berlegar di kalangan mereka saja dan ianya sudah tentulah menjadi lebih berleluasa dan lebih besar jumlahnya.Saya langsung tidak percaya bahawa jika mereka berkuasa rasuah akan terhapus.Sekarang kerana SPRM di kuasai oleh kerajaan pusat ,sudah tentu mereka agak berhati-hati,tapi kalau kerajaan pusat pun mereka yg berkuasa,faham-faham saja lah.

Leave a Reply