Menu Utama

Dakwaan Shafie Apdal tidak berasas – Rahman Dahlan

Dakwaan bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal bahawa 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah menjual sebahagian besar pegangan ekuiti Bandar Malaysia Sdn. Bhd. (BMSB) iaitu sebanyak 60 peratus kepada syarikat dari China adalah tidak berasas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang menyangkal tuduhan itu berkata, ini kerana Malaysia masih mempunyai pegangan ekuiti sebanyak 76 peratus terhadap BMSB, manakala syarikat dari China hanya memiliki baki 24 peratus sahaja.

Tegas beliau, 1MDB menjual 60 peratus pegangan ekuiti BMSB kepada konsortium yang terdiri daripada Iskandar Waterfront Holdings Sdn. Bhd. (IWH) dan China Railways Engineering Corporation (M) Sdn. Bhd. (CREC) yang masing-masing mempunyai kepentingan 60:40.

Menurutnya, pada perkiraan terakhir, 40 peratus daripada saham BMSB dan 36 peratus milik IWH (daripada penjualan 60 peratus) menunjukkan Malaysia masih memiliki 76 peratus pegangan ekuiti.

“Saya kecewa dengan panda­ngan Mohd. Shafie yang tidak berasaskan fakta dan jelas menunjukkan beliau kurang memahami isu-isu termasuk soal angka dan perdagangan saham 1MDB. Jus­teru, saya memohon Mohd. Shafie untuk baca dan faham pega­ngan saham sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Beliau cuba mengaburi mata rakyat dan ia adalah satu tindakan yang sangat mengecewakan,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.

Semalam, Mohd. Shafie berkata, pihaknya kesal dengan tindakan kerajaan menjual 60 peratus pegangan ekuiti dalam BMSB kepada syarikat dari China.

Utusan






6 Komen to Dakwaan Shafie Apdal tidak berasas – Rahman Dahlan

  1. Kamar says:

    30 minit shafiee berucap tkde seorg pn ahli parlimen bn bangun mohon mencelah, yg celah, tony pua dn idris jauzi je

  2. kakak says:

    Apa yag disampaikan oleh DSSA ini samalah apa yang dilontarkan, diretorikkan oleh pembangkang dan sekutu mereka selama ini dalam MyKMU.

    Memang betullah fikiran mereka “sychronized” hasil dari tanggapan, kefahaman yang cetek dek kurang membuat kajian terperinci.

  3. Hantu Gigi Jarang says:

    Yang dipegang oleh Melayu berapa pulak? Hidup Melayu! Hidup UMNO pejuang Melayu! 🙂

  4. anoi says:

    hantu gaung dongki tak leh lengok o’ang lain lobih.

  5. Hantu Gigi Jarang says:

    Heloo Jang…yang ekau marah pasal DAP dapek lobeh undi tu kenapo? Tak boleh tenguk o’rang lobeh ko? 🙂

  6. manjoi says:

    Pie Apdal ni tak bagi kesan langsung pun pada UMNO, tetapi menolong pula UMNO porak perandakan DAP & PKR haram jadah kat Sabah. Terima kasih daun keladi Pie Apdal…. (dalam kerajaan songlap duit, kat luar songlap orang DAP & PKR. Bagus! Bagus!)

Leave a Reply

Threesome