Menu Utama

CINTA DUNIA punca kita bersengketa.

oleh Kang Nasir

Sebaiknya ikutlah islam yang berpandukan Al-Quran dan Sunnah.

Hanya itulah cara yang terbaik untuk kebaikan kita semua. Sepatutnya ISLAM dan segala hukum2 islam adalah untuk kebaikan pada diri kita sendiri dunia hingga akhirat. Kenapa perlu bersusah payah mencipta alasan bagi menolak kebenaran bahawa ISLAM ADALAH JALAN PENYELESAIAN BAGI SETIAP PERKARA YANG NAFSU ANDA PERTIKAIKAN.

Jika sahabat mahu tahu.
Amalan-amalan mulia SIFAT MAHMUDAH itulah amalan-amalan mulia SUNNAH NABI yg dituntut agar kita mengamalkanya. Dengan amalan-amalan mulia itulah kita berusaha membersihkan hati kita agar jiwa dan minda kita terhindar dari dipengaruhi oleh NAFSU. Jika kalian menentang TASAWUF secara tidak langsung kalian juga menolak Sunnah.

Segala amalan-amalan mulia itu kesemuanya adalah amalan yang Allah REDHA sedangkan amalan-amalan KEJI SIFAT MAZMUMAH adalah perkara yang MEROSAKAN HATI dan perkara yang dilarang oleh Allah. Dan antara PERKARA KEJI SIFAT MAZMUMAH YANG MEMUDARATKAN HATI ADALAH “CINTA DUNIA”..

“CINTA DUNIA” ini bukan saja amalan keji dalam SIFAT MAZMUMAH dalam TASAWUF tetapi cinta kepada dunia ini juga diulang-ulang dalam Al-Quran dan Allah mengingatkan KEMEGAHAN DUNIA TANPA IMAN & TAQWA IBARAT HIBURAN.

“Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?
(Al-An’am ayat 32)

Selain itu juga Allah melaknat orang yang bersusah payah menyusahkan diri ingin dilaknat Allah dengan berlumba-lumba mencaci memfitnah mencela memburu dunia sebagaimana peringatan Allah dalam ayat tersebut.

“Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji, Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya;Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)!”
(Al-Humazah ayat 1-3)

Selain itu Allah mengingatkan dengan berulang kali. “jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)!” dalam Surah At-Takaathur.

[1]
Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), –
[2]
Sehingga kamu masuk kubur.
[3]
Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)!
[4]
Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk pada hari kiamat)!
[5]
Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui – (apa yang kamu akan hadapi) – dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat).
[6]
(Ingatlah) demi sesungguhnya! – Kamu akan melihat neraka yang marak menjulang.
[7]
Selepas itu – demi sesungguhnya! – kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)!
[8]
Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!
(At-Takaathur ayat 1-8)

Apakah amalan2 keji sifat mazmumah itu?
Imam Al-Ghazali telah menggariskan sepuluh sifat Mazmumah / tercela / sifat keji di dalam kitab Arbain Fi Usuluddin antaranya iaitu :
1 ) Banyak Makan
2 ) Banyak bercakap.
3 ) Marah.
4 ) Hasad.
5 ) Bakhil.
6 ) Cintakan kemegahan.
7 ) Cintakan dunia .
8 ) Bangga Diri.
9 ) Ujub ( Hairan Diri ).
10) Riya’ ( Menunjuk-nunjuk ).

Lihatlah, BERTAPA KEJINYA perkara yang kalian semua perjuangkan. ADAKAH KALIAN MASIH TETAP MENOLAK ISLAM ADALAH JALAN PENYELESAIAN? Demi kerana mengharap keredhaan DAP ada saja usaha bersusah payah beramal ibadah dgn FITNAH sebagai bekalan Hari kemudian.

wqef






3 Komen to CINTA DUNIA punca kita bersengketa.

  1. Memang Baik says:

    Sepatah kata Prof Ungku Aziz. Kita perlu bersyukur atas apa yang memang milik kita dan yang memang diuntukkan sebagai rezeki kita. Kalau jadi terlalu kaya pun , paling banyak kita boleh makan cuma satu pinggan saja, bukan boleh makan lebih pun. Itu kata Prof UA.

    Dizaman Rasulullah baginda berperang kerana agama. Berperang maknanya bermusuh, berseteru dan bunuh membaunuh.

    Selepas dari zaman itu yang mana manusia tidak lagi berperang atas dasar menegakkan agama, peperangan berikutnya saperti WW1 & WW2 adalah untuk kuasa, tidak lagi kerana agama.

    Jika kita diseru untuk kembali kepada Alquran dan sunnah jika kita bersengketa… ini bawak makna yang luas sekali. Jika kita kembali tak akan ada sengketa, permusuhan mahu pun peperangan berlaku sesama sendiri.

  2. […] via CINTA DUNIA punca kita bersengketa. — MYKMU.NET […]

  3. Inderasakti says:

    Macai pakatun dasar munafik yang anti islam pulak yg dibela demi gila kuasa dunia

Leave a Reply

Threesome