Menu Utama

Bila Rafizi “Mati” Akal, Idea Bodoh Langkah Akhir Selamatkan “Air Muka’

KEGAGALAN pakatan harapan menyediakan bajet alternatif yang mampu menyaingi bajet yang disediakan oleh kerajaan Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak telah memaksa anggota Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menyarankan idea bodoh tahap melampau bersama tuduhan-tuduhan yang tidak masuk akal.

Tindakan Rafizi menyarankan Perdana Menteri membuat kerja sambilan sebagai pemandu Uber untuk menampung perbelanjaan hariannya dilihat sebagai cadangan terdesak pakatan harapan yang kehilangan punca dan kering idea untuk memberikan gambaran buruk pembentangan Bajet 2017 pada Jumaat lepas.

Beliau yang juga naib presiden PKR cuba memberi gambaran bahawa Bajet 2017 sebagai belanjawan yang tidak mementingkan kebajikan rakyat sedangkan semua pihak tahu bahawa ianya merupakan antara belanjawan yang paling prihatin terhadap keperluan dan kehendak rakyat disamping dapat menjaga kesejahteraan negara.

Malah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sendiri sebagai Ketua Pembangkang mendakwa bahawa Bajet 2017 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri sebagai tidak telus. Katanya, isi pembentangan yang dilihat tidak realistik memaksa beliau bersama ahli Parlimen pembangkang yang lain meninggalkan Dewan Rakyat.

Rakyat tahu bahawa Bajet 2017 dianggap tidak realistik oleh pihak pembangkang memandangkan ianya terlalu banyak memberi kepada rakyat sedangkan mereka menjangkakan belanjawan tersebut tidak bersifat mesra rakyat dengan membuat andaian ekonomi negara berada dalam keadaan tenat. Itulah punca sebenar yang menyebabkan mereka menganggap yang ianya tidak realistik.

Ironinya kini Rafizi cuba mengembalikan semula “air muka” pakatan harapan akibat insiden keluar Dewan Rakyat ekoran kegagalan mereka menerima kritikan lembut daripada Perdana Menteri yang membentangkan belanjawan yang mesra rakyat tersebut.

Dalam usaha beliau “spin” fakta belanjawan tersebut, Rafizi dilihat cuba menjatuhkan maruah Perdana Menteri pula. Tindakan yang cukup kurang ajar dari Rafizi ini perlu diperbetulkan. Pernahkah Rafizi membaca Bajet Alternatif pakatan harapan yang dibentangkan dua hari sebelum pembentangan belanjawan negara?

Nasihat dari kami, sebelum Rafizi meneruskan kritikan jahat terhadap Bajet 2017, beliau perlu mengkaji atau baca sepintas lalu Bajet Alternatif Pakatan Harapan sebelum beliau layak menyuruh Datuk Seri Najib bawa teksi Uber.






14 Komen to Bila Rafizi “Mati” Akal, Idea Bodoh Langkah Akhir Selamatkan “Air Muka’

  1. Hantu Gigi Jarang says:

    Apa salah Najib pandu Uber?

  2. Badrole Amin says:

    Najib ialah PM bukan pemandu teksi anak pelacur oii

  3. […] via Bila Rafizi “Mati” Akal, Idea Bodoh Langkah Akhir Selamatkan “Air Muka’ — MYKMU.NET […]

  4. Hantu Gigi Jarang says:

    https://m.youtube.com/watch?v=rvWKQI6StAc&feature=youtu.be

  5. Meriam Buluh says:

    PM ada banyak tugas lain yang lebih penting. Rafizi, Wan Azizah dan pemimpin-pemimpin pembangkang yang keluar dari dewan semasa pembentangan bajet baru-baru ni patut letak jawatan. Jadi pemandu Uber lebih mulia daripada jadi ahli Parlimen tapi banyak makan gaji buta..

  6. Meriam Buluh says:

    Banyak sangat makan rezeki ada unsur syubhah. Tu perangai makin bangsat.

  7. itsme says:

    Setuju betul ngan meriam buluh…

    Kita juga mtk mana2 ahli parlimen atau dun yg sertai “bersih”.. elaun mrk juga perlu disekat… membazir duit pembayar cukai!!

    Rakyat skrg dh jadi pembayar gaji kpd ramai ADUN2 & MP yg bkn sekadar umpama gaji buat… mlh kita menyara mrk utk mrk memusnahkan negara kita dan lbh teruk lagi agama dan bangsa kita.

    Puiii… ???

  8. Memang Baik says:

    Bagi mewajarkan misi mereka untuk tukar kerajaan, dikata oleh mereka negara sudah mahu bankrupt. Negara banyak hutang. Negara sudah mahu hancor, dan langit sudah mula jatuh sekeping2 keatas bumi Malaysia lalu akan lenyaplah Malaysia dari muka bumi. Jiran Thailand dan Singapore tetap berada dimana mereka berada cuma Malaysia saja yang lenyap. Itu kata mereka dan mereka sedang menjaja teori ini serupa macam mamat sebuah kampong jaja karipap yang emaknya masak kesuluruh kampong untuk dapat duit dari hasil jualan.

    Untuk jatuhkan PM, dikatakan itu ini. Beg tangan mahal. Cincin berjuta2 . Kalau tidak apa lagi. Kita tak boleh jatuhkan sesaorang dalam masa yang sama kita iktiraf kebaikannya.

    Untuk itu Malaysia perlu diselamatkan. Boboi gagal. Midin pun tak layak. Kini tinggal seorang banduan saja yang boleh diharap… mengikut perkiraan M.

    Datang PRU lenyaplah mereka. Usahkan batu nisan, kubur pun entah kemana nanti..

  9. 1malaysiakini says:

    Kalau dah tahu duit rakyat…
    Kenapa semua pemakan duit rakyat keluar dewan rakyat?

  10. dina says:

    2/3 hari ni mcm agak suram sikit blogger pembangkang…semua dah xde idea setelah pemimpin pembangkang kesayangan mereka keluar dewan masa budget di bentang….hehehe.
    ni lah jadi nye bila hati busuk dan tak ikhlas…bodob tahap dewa kut.

  11. Pemerhati says:

    rezab negara sudah mencapai RM400 bilion kata Bank Negara

    aku nak cuba fahamkan istilah kata2 dibawah kepada macai pembangkang, harap mereka faham & kata betul

    1. si tua kutuk mahathir kata kerajaan sudah bankrap, pembangkang kata kerajaan sudah tidak mempunyai wang…ketua pembangkang si wan azizah pula kata bajet 2017 tidak realistik…tidak realistik kerana kerajaan sudah tidak mempunyai wang untuk laksana bajet 2017 yang bermaksud kerajaan berpura-pura kepada rakyat kononnya mampu laksana bajet 2017 sedangkan kerajaan tidak mempunyai wang…tidak mempunyai wang bermaksud sudah bankrap, sudah bankrap pula bermaksud kerajaan menggunakan ‘wang ghaib’ untuk laksana bajet 2017 kalau tidak meminjam wang(dari IMF, World Bank & sebagainya)

    cuma bab ‘meminjam wang’ itu sahaja pembangkang belum lagi kata kepada rakyat

    betul tak macai?

    jika tidak mahu dikata bodoh tahap dewa, pembangkang tidak harus membiarkan diri mereka menjadi lembu kena cucuk hidung & burung kakak tua peliharaan si tua kutuk mahathir yang kata kerajaan sudah bankrap

    betul tak macai?

    dengan laporan terkini tentang rezab negara sudah mencapai RM400 bilion, sebahagian besar rakyat semakin yakin bahawa pembangkang & macai mereka memang bodoh tahap dewa

    hehehehehe

  12. yon76er says:

    standard gak klu pemandu Uber…Klu Mamat Afizi nie..Perebet Sapu ajer…

  13. TORATORA says:

    Kenyataan Piji Lembut supaya PM memandu Uber tu memang dah dijangka akan dispin kerana mereka tak ada asas lain atau idea bernas untuk menyangkal pembentangan PM. Mereka hanya mampu untuk memanipulasi ayat2 @kata2 PM untuk dimain2kan.Dan sudah tentu kata2 Piji tu akan disambut mesra oleh pembenci2 Najib yang sebenarnya boleh untuk berfikiran waras dan boleh berfikir matang tentang apa maksud pesanan2 Najib tu…cuma..bila dah benci apa kata pembangkang mereka sokong dengan sekadar membaca headline sahaja.

    Samalah juga bila ada menteri kita kata kalau nak robohkan KLCC anytime kerajaan sekarang boleh buat, tapi takkan lah kita ni bodoh sangat nak robohkan. Ia hanyalah kiasan bahawa selagi BN masih berkuasa apa saja boleh dilakukan tapi bukanlah perkara2 yang bukan2. Itu pun pembangkang nak spin juga termasuklah bekas2 ahli kabinet yang dah lama kenyang semasa era Tun M lagi turut menyokong.

  14. hantu gigi rapat says:

    Piji lembut…bodo tu simpan kat oghang lain sama jgnla nak bolot kat hg semua…apa la otak dok kat lutut ka…

Leave a Reply

Threesome