Menu Utama

Beza Antara Mursyidul Am Pakatan Dengan Mursyidul Am PAS

pas_hashim_jasin_wiki_pic_620_469_100

Jika difikirkan tentang kedudukan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang terkini, beliau boleh dikatakan bagai berjawatan ‘Mursyidul Am Pakatan Harapan’. Pengerusi PPBM itu bagaikan ‘pemimpin tertinggi’ gabungan pakatan pembangkang itu.

Melihat fikrah beliau yang kini begitu hebat menggempur Kerajaan BN yang menjadikan beliau Perdana Menteri paling lama dalam sejarah negara, penulis teringat pada Mursyidul Am PAS yang baru dilantik, Ustaz Hashim Jasin.

Baru-baru ini dalam satu wawancara, Mursyidul Am PAS itu bercakap tentang pendirian PAS mengenai isu 1MDB yang menjadi ‘peluru’ utama Mahathir untuk ‘menembak’ Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mahathir sebelum ini menggunakan sumber yang diperoleh dari Sarawak Report, milik ‘sahabat baru’nya Claire Rewcastle Brown, untuk menyerang Perdana Menteri mengenai 1MDB. Tidak cukup di blog, dia keliling negara menterjemahkan serakah politiknya.

Berbeza dengan Mursyidul Am PAS, Hashim menjelaskan secara terbuka mengapa partinya langsung tidak mahu campur tangan, malah langsung tidak menggunakan ‘peluru’ isu 1MDB itu untuk menyerang Najib.

Padahal, kita pun tahu bagaimana sikap PAS terhadap kerajaan BN ketika Mahathir memerintah dulu. Malah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah ‘mengkafirkan’ UMNO ekoran dasar dan tindakan yang dilaksana Mahathir dulu.

mahathir meroyan

Tapi kini berbeza. Pendekatan Najib membuat PAS kembali berfikir secara matang dan rasional, kembali kepada hukum-hakam Islam yang ditetapkan Allah. Walau UMNO masih dianggap musuh politiknya, tapi pendekatan PAS terhadap UMNO juga berubah.

Hashim menjelaskan bahawa pendirian PAS tentang isu 1MDB itu terlalu kabur. Meskipun Mahathir dan pembangkang yang lain menuduh itu dan ini terhadap Najib, ia tidak mempunyai bukti yang kukuh, jelas dan Perdana Menteri itu langsung tidak dibuktikan bersalah.

Melalui penjelasan Mursyidul Am PAS itu, penulis difahamkan PAS tidak mahu bersubahat sama dengan membuat tuduhan yang tidak berasas, tidak kukuh, meragukan, tidak pasti dan kabur. Ia adalah kerana Islam menetapkan bahawa bersubahat dengan tuduhan yang sebegitu sifatnya adalah berdosa dan tidak menepati ajaran Islam.

Beliau berikan contoh menuduh orang berzina. Kita pun tahu betapa ketatnya syarat untuk menuduh seseorang itu berzina. Malah jika tuduhan itu palsu, maka yang menuduh itu akan dikenakan hukuman sebat sebanyak 80 rotan. Maka kerana itulah PAS menolak untuk campur tangan tentang isu 1MDB dan isu lain yang kabur.

Mungkin ada yang memandang sinis dengan kenyataan Mursyidul Am PAS itu. Namun begitu, penulis yakin bahawa tidak ada seorang pun yang mampu membuktikan pendirian PAS itu salah dari sudut hukum hakam Islam. Memang begitu ketetapan Allah, bukan?

Itulah bezanya antara ulama yang berpolitik dan ahli politik tulen.

Ahli politik tulen akan berusaha menjatuhkan musuh politiknya tanpa mengira soal hukum hakam yang ditetapkan Allah. Manakala ulama yang berpolitik pula terbatas tindakan politiknya kerana patuh pada hukum-hakam Allah.

Mahathir mungkin sanggup mengambil sumber dari Sarawak Report sebagai bahan serangan politiknya untuk menjatuhkan Najib. Namun bagi Hashim, biarlah Najib kekal sebagai Perdana Menteri asalkan beliau tidak bawa seluruh jemaah PAS ke lembah dosa.

Berbeza sangat antara ‘Mursyidul Am Pakatan Harapan’ dengan Mursyidul Am PAS, bukan? Namun apa yang pasti, penulis yakin bahawa Allah lebih tahu tentang apa yang baik di sebalik hikmah yang berlaku di persada politik negara kita…






4 Komen to Beza Antara Mursyidul Am Pakatan Dengan Mursyidul Am PAS

  1. […] via Beza Antara Mursyidul Am Pakatan Dengan Mursyidul Am PAS — MYKMU.NET […]

  2. yon76er says:

    Pendirian NAFSU Manusia berbeza……

  3. dkds says:

    madey dah gila , tuduh dan melakukan fitnah tanpa memikirkan dosa ….walaupun Pas terdiri dari kepimpinan atasan begitu berhati-hati mengeluarkan kenyataan namun orang bawahan masih duk menggila mengikuti jejak madey tua kerala ini

  4. Syaa says:

    Mursyidul am pakatan ni bekas umno.sisa umno pakatan kutip.

Leave a Reply

Threesome