Menu Utama

Bersih Berhenti, Baju Merah Pun Berhenti, Sanggupkah Pakatan Harapan

JIKA benar BERSIH yang dipengerusikan oleh Maria Chin Abdullah seorang aktivis pro pembangkang, tidak berniat untuk menggulingkan kerajaan Barisan Nasional daripada tampuk pemerintahan kerajaan sedia ada maka mereka sepatutnya berhenti daripada berhimpun kerana ia tidak lagi mendapat sokongan orang ramai.

Tindakan tersebut juga akan memberi kesan kepada gerakan ‘baju merah’ untuk melakukan perkara yang sama. Setakat ini BERSIH telah menganjurkan beberapa siri konvoi di seluruh negara untuk mendapatkan sokongan menjelang perhimpunannya pada 19 November ini.

Siri jelajan BERSIH sering kali bertembung dengan bantahan daripada gerakan ‘baju merah’ yang berikrar untuk berada di mana sahaja lokasi yang menjadi pilihan BERSIH. Tujuan mereka untuk menyatakan bantahan terhadap perhimpunan haram yang dibuat oleh BERSIH.

Kita sedia maklum bahawa dalam kebanyakan perhimpunan haram, peserta BERSIH sering melakukan keganasan sehingga mendatangkan kecederaan dan merosakan harta benda awam. Oleh itu, sebenarnya tindakan baju merah menyatakan protes  terhadap perhimpunan BERSIH dianggap tepat pada masanya oleh sesetengah pihak.

Semua rakyat Malaysia tahu bahawa BERSIH yang didalangi oleh pembangkang menuntut peletakan jawatan Datuk Seri Najib Abdul Razak selaku perdana menteri sedangkan beliau diplih oleh rakyat. Oleh itu, BERSIH dengan jelas bertujuan untuk menumbangkan BN sebagai parti pemerintah.

Semalam Datuk Abdul Rahman Dahlan dilaporkan akan meminta pihak Unit Perancangan Ekonomi (EPU) dan Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) untuk tidak lagi menganugerahkan kontrak kerajaan kepada mana-mana syarikat yang mempunyai kaitan dengan BERSIH.

Dalam tweetnya, Abdul Rahman berkata, beliau bersetuju dengan pandangan penulis ruangan pojok Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia yang mahu kerajaan menyenarai hitamkan syarikat terbabit.

Nampaknya tindakan Rahman Dahlan tersebut telah mengundang keresahan dikalangan penyokong BERSIH yang selama ini turut sama membiayai perhimpunan haram tersebut. Rakyat berharap tindakan tegas kerajaan akan membendung perhimpunan haram BERSIH yang selama ini sering menyusahkan rakyat. Sudah sampai masanya BERSIH berkubur buat selama-lamanya.






7 Komen to Bersih Berhenti, Baju Merah Pun Berhenti, Sanggupkah Pakatan Harapan

  1. […] via Bersih Berhenti, Baju Merah Pun Berhenti, Sanggupkah Pakatan Harapan — MYKMU.NET […]

  2. Hantu Gigi Jarang says:

    https://m.youtube.com/watch?v=rvWKQI6StAc&feature=youtu.be

  3. Meriam Buluh says:

    Orang bangsat akan terus buat perangai bangsat selagi belum bertaubat.

  4. bangKano says:

    BERSIH adalah sebuah NGO yang majoritinya terdiri dari kaum cina semata-mata untuk menjatuhkan legasi bangsa melayu sebagai pemerentah absah mengikut proses demokrasi di negara ini. Mereka begitu rasisme untuk mencapai hasrat busuk mereka…mereka lupa bahawa melayu adalah penduduk asal/pribumi Tanah Melayu yang dikenali Malaya oleh penjajah inggeris sedangkan mereka cuma pendatang yang dibawa masuk oleh kolonialis inggeris dari Tanah Besar China.

    Mereka cuba menafikan fakta sejarah…tetapi sejarah tidak lupa pada fakta & realiti. Mereka cuma menumpang hidup di negara ini atas belas ehsan bangsa melayu sendiri. Niat mereka cuma hendak menguasai politis secara total negara ini setelah berjaya dalam hegemoni ekonomi. Hasrat busuk mereka tidak akan tercapai kerana kami anak melayu sanggup menumpahkan darah demi bangsa & negara tercinta.

    Awas kamu para pendatang jangan cuba bermain api persengketaan kaum. Kami ingin hidup harmoni bersama kalian….!!!!

  5. murni says:

    ADMIN , LINK HANTU GIGI JARANG ITU BLOG PKR , DELETE SAJA

  6. yon76er says:

    siapa pon yg Jadi PM..kalau bkn drp kalangan PEMBANGKANG..mereka xkan berhenti Siri BERShit mereka…percayalan tuu sebenar maltlamat BUSOK HATI PEMBANGKANG…Semua Penyokong Geng MERAH dah tahu…teruskan apa nak TAKUTKAN…selagi KUNING ada diJalanan ….MERAH pasti muncul

  7. TORATORA says:

    Sedap aje Bersih ni nak guling2 atas jalan tanpa tiada halangan. Lainlah kalau 1 Malaysia ni semua sekali memamg sokong bersih.

    Geng merah jangan takut..teruskan usaha.

Leave a Reply

Threesome