Menu Utama

BERSIH 5 Sudah Tidak Anti Rasuah

Sejak penganjuran kali pertama himpunan BERSIH di Kuala Lumpur pada 10 Oktober 2007, antara yang dituntut oleh NGO ini adalah memperkasakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di mana mereka menuntut sebuah kerajaan yang bersih daripada unsur rasuah.

Sejak dari itu, siri penganjuran demo haram BERSIH ini sentiasa memperjuangkan perkara yang sama selain daripada menuntut pilihan raya yang bersih dan adil dari sebarang unsur rasuah dan penyelewengan.

Untuk rekod, BERSIH dilancarkan secara rasmi pada 23 November 2006 di lobi bangunan Parlimen Malaysia. Ia dihadiri oleh Datin Seri Wan Azizah, R Sivarasa, Lim Guan Eng, Teresa Kok, Nasharudin Mat Isa, Salahuddin Ayub dan beberapa pemimpin NGO pro pembangkang yang lain.

Bersih ialah gabungan beberapa NGO seperti Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Women’s Development Collective (WDC) dan Writers Alliance for Media Independence (WAMI) dengan kerjasama semua parti politik pembangkang serta dibantu secara guamannya oleh Majlis Peguam.

Setelah beberapa siri demo haram BERSIH berlangsung termasuk tahun ini, agenda yang sama sentiasa diperjuangkan namun hakikatnya, keadaan dalaman parti-parti politik yang menyokong perjuangan BERSIH ini sendiri dalam keadaan cukup kotor dan dipenuhi isu rasuah.

Bayangkan, Lim Guan Eng yang secara terang-terangan sudah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan penyalahgunaan kuasa serta rasuah, masih kekal menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang dan BERSIH seolah-olah enggan memperbesarkan isu berkenaan.

Mungkin bagi BERSIH, ianya adalah isu terpencil melibatkan kerajaan negeri berbanding dakwaan mereka yang mengatakan kerajaan pusat hari ini mengamalkan rasuah.

Menariknya, sehingga hari ini, tiada seorang pun pemimpin BERSIH dapat mengemukakan apa-apa bukti terhadap dakwaan berkenaan.

Berbanding Guan Eng, kesnya sudah secara terang disiasat serta didakwa di mahkamah, namun tiada sebarang tuntutan dari BERSIH untuk mendesak Guan Eng meletakkan jawatan.

Hal yang sama turut memaliti kepimpinan PKR di Selangor di mana Datuk Seri Azmin Ali hari ini diasak dari dalam dan luar parti dengan pelbagai dakwaan rasuah termasuk yang terbaharu, dakwaan rasuah yang dilemparkan oleh Rafizi Ramli dan Chegu Bard berkaitan Paya Wetland dan DEIG.

Ini juga gagal di terjemahkan oleh BERSIH seolah-olah apa sahaja yang dilakukan oleh pemimpin pembangkang yang menyokong BERSIH adalah suci.

Nyata sekali, BERSIH bukanlah sebersih yang disangka. Sebaliknya, perjuangan mereka yang mahu kerajaan bersih dari rasuah hanyalah sekadar retorik politik dan paling utama, BERSIH bukanlah anti rasuah seperti yang mereka perjuangkan.

Yang perlu dibersihkan adalah mereka yang menganjurkan himpunan haram itu. Mereka sebenarnya bukanlah bersih tetapi penuh kekotoran.

Tulisan :
Beruang Biru
BB69, Selasa
4 Oktober 2016






9 Komen to BERSIH 5 Sudah Tidak Anti Rasuah

  1. Pemerhati says:

    iya, matlamat perjuangan/agenda BERSIH sekarang ini mahu menjatuhkan kerajaan yang telah dipilih secara sah mengikut semangat & keluhuran demokrasi jadinya adalah satu kesilapan besar kepada pihak yang berkata pihak baju merah tidak boleh mengikut semangat demokrasi untuk ‘menghalang’ pihak baju kuning membuat demonstrasi

    polis dicerca dikata anjing suruhan & barua kerajaan tapi pihak baju kuning boleh tidak tahu malu pula mendesak polis supaya menjadi barua mereka menghalang pihak baju merah dari bertembung dengan mereka

  2. GA GA says:

    TAPI , POLIS PUN SATU MANGKUK , GANAS TERHADAP BAJU MERAH, DAN BERLEMBUT DENGAN BAJU KUNING, APA KE JADAH NYA

  3. system baru says:

    Mereka ketua2 demo ini untuk dapat Wang untuk merusuh, ITU hidup dia orang ini hanya untuk merusuh untuk dapatkan Wang
    Cuba berfikir dia orang mendapat berjuta wang rm untuk Merusuh hidup senang dapat dana dari dalam Dan luar negara untuk merusuh
    NGO mereka ini diiktiraf sebagai haram oleh ros tapi aku heran kenapa sehingga Sekarang mereka tak ambil tindakan oleh ros kalau kongsi gelap lain cepat ambil tindakan polis

  4. Hantu Gigi Jarang says:

    Bukti semua ada dalam Lapuran Auditor General la bro…Admin boleh siarkan dalam blog ini kalau semua nak tahu. Boleh Admin?

  5. Pemerhati says:

    pembangkang berkokok(sampai tidak sedar bontot sendiri bergelumang dengan tahi) memaksa kerajaan mendedahkan kepada umum laporan JAN & PAC mengenai 1MDB yang diklasifikasi & dilindungi OSA…laporan ini dilindungi OSA bukan bermaksud kerajaan melindungi penyelewengan atau salah-laku tapi melindungi laporan ini dari dimanipulasi pihak2 bergelar si jahil yang opportunis untuk tujuan mengeliru & menyebar lagi fitnah kepada rakyat sekiranya laporan ini didedahkan kepada umum…tidak boleh didedahkan kepada umum kerana bukan semua rakyat pandai menilai(laporan) sebaliknya akan bertambah ramai yang memandai-mandai

    sudah cukup laporan itu didedahkan kepada anggota PAC terdiri dari orang BN & orang pembangkang untuk meneliti & memahaminya sama ada berlaku penyelewengan/salah-laku atau tidak butiran dalam laporan itu…selain pentadbiran 1MDB, PM pun tidak melakukan penyelewengan/salah-laku pada 1MDB mengikut kenyataan yang dibuat oleh majoriti anggota PAC setelah mereka meneliti laporan JAN…cuma seekor sahaja anggota PAC dari pembangkang cuba menimbulkan keraguan yang sengaja dibuat-buat tentang laporan itu kerana terpaksa mengikut kehendak musibat tua hilang akal mahathir supaya berbuat begitu

    pembangkang hipokrit/munafik/cakap tak serupa bikin kerana bila isu2/skandal2 yang melibatkan & terpalit pada SLC’s kerajaan negeri yang ditadbir oleh mereka(termasuk kroni mereka), dengan mudah seperti maksum mereka menolak begitu sahaja audit & siasatan dari dapat dilakukan setelah didesak oleh orang BN & orang mereka sendiri supaya berbuat begitu…bukan itu sahaja, pembangkang juga menggunakan alasan atas sebab OSA maka dokumen2 tidak dapat didedahkan kepada umum setelah didesak oleh orang BN & orang mereka sendiri supaya berbuat begitu

    bukan sahaja rakyat tidak tahu malah orang mereka(seperti ADUN PKR di Pulau Pinang) sendiri pun tidak tahu penyelewengan/salah-laku apa telah berlaku(dilakukan) pada DEIG(Selangor) & projek terowong(Pulau Pinang)…itu baru 2 isu/skandal, bagaimana dengan isu2/skandal2 yang cuba didedahkan oleh orang mereka sendiri seperti ‘chegubard’ yang telah dihalang(cuba disenyapkan) dengan ugutan boleh dikenakan tindakan(kesalahan melanggar OSA kerana mendedahkan dokumen tertentu kepada umum) & dipecat dari parti(PKR)?

    di Pulau Pinang, ADUN serta anggota PAC(Pulau Pinang) dari PKR yang merupakan sekutu DAP sendiri telah diperlekeh, dikecam & ‘dipulaukan’ oleh DAP kerana mendesak kerajaan negeri membuat siasatan & mendedahkan kepada umum dokumen mengenai projek terowong dimana syarikat BUCG telah mendapat bayaran ratusan juta ringgit dari kerajaan negeri untuk membuat ‘feasibility study’ mengenai projek terowong itu yang sehingga kini masih belum diserahkan/didedahkan ‘feasibility study’ itu kepada kerajaan negeri…menteri kerja raya minta ‘feasibility study’ itu sampai 3 kali, last2 dia give-up tidak mahu minta lagi sebab sudah tahu ianya satu penipuan…tunggulah BN ambil-alih Pulau Pinang pada PRU14, lim guan eng akan terasa panas bontot juga walaupun dia sedang bercuti dalam penjara pada masa itu

    kepada macai pembangkang aka pengilap & penjilat buah mahathir….

    jika anda ada sedikit maruah, janganlah hendaknya anda kata apa telah saya perkatakan tidak betul…jawablah kata betul baru boleh saya kata anda ada sedikit betul bukan tidak betul secara total(bodoh & gila)

  6. manjoi says:

    Macai2 ni semuanya jenis bodoh tak boleh diajar aka bengap nak mampus. Kita tengok aje la anjing2 ni menyalak kat bukit, dah tuan depa yang suruh. Kita nak risau buat apa? Semua anjing jenis ‘poodle’ kecik & ‘katik’. Setakat menyalak aje la yang boleh…buat habis dedak aku aje! (Madey cakap dalam hati).

  7. TORATORA says:

    BERSIH ni ramai cina yang join..ultra kiasu dan tidak tau sejarah perlembagaan

  8. yon76er says:

    Gigi Hantu pon anak CINA ……menyamar MELAYU…

  9. bangKano says:

    Anasir-anasir rasuah akan tetap wujud di bumi ini selagi manusia menjadi khalifahnya…manusia tetap manusia….mereka dicipta Allah dengan pelbagai kelemahan & cabaran. Manusia diberikan akal supaya dapat membuat pilihan sama ada baik atau buruk…Allah tidak campurtangan lagi dalam perihalan manusia jagatraya.

    Pisau sudah berada di tangan..gunakanlah ikut kemahuan sendiri…hendak memotong sayur atau membunuh sesama manusia & makhluk lainnya.

Leave a Reply

Threesome