Menu Utama

#Bajet2017: “Tak Realistik” Jadi Mantera Baru Untuk Tutup Malu Sendiri

najib-bajet-2017

BERDASARKAN perkembangan selepas pembentangan Bajet 2017 Jumaat lepas, penulis menjangka pembangkang akan menggunakan mantera “tidak realisitik” sebagai cara untuk memperlekehkan Bajet 2017 ini dan dalam masa yang menutup kemaluan mereka kerana berulang kali mendakwa kerajaan tidak ada duit dan ekonomi negara sedang meleset dengan teruk.

2 dari 3 pemimpin pembangkang, masing-masing Presiden PKR dan Pribumi dah main mantera “tak realisitik” ni sementara DAP melalui Setiausaha Agungnya yang terpalit skandal rasuah, tak sebut pasal realisitik tak realistik lagi tapi sebaliknya merujuk kepada kritikan berterusan ke atas Perdana Menteri sebagai punca keluar dewan – apa kaitan dengan Bajet pun tak tahu.

Anyway, cuba lah cakap tak realisitik tengok, nanti peruntukan untuk negeri yang diperintah dipotong, baru padan dengan muka.

Tapi percayalah, begitu bodoh mereka ini kelihatannya nanti,  bila rakyat dapat BR1M RM 1,200 setahun, GST tak naik dan sebagainya seperti mana dalam pembentangan oleh Perdana Menteri kelmarin, masa itu tahulah siapa sebenarnya yang tidak realistik.

Selain itu, tidak banyak yang boleh pembangkang katakan mengenai bajet 2017 ini.

PAS di satu pihak, hanya komen mengenai penggunaan lambang BN pada ‘presentation’ semasa Datuk Sri Najib Tun Razak membentangkan bajet.  Itu benda kecik sangat dan tidak ada kena mengena dengan Bajet apatah lagi rakyat yang mendapat faedahnya, tapi sebab PAS masih pembangkang, kena tunjuklah bangang kat mana patut, nanti orang kata apa pulak.

Bab-bab penting dalam Bajet ini tak banyak yang disentuh, tak berani kot sebab mereka (pembangkang) sendiri tidak ada data untuk menafikan apa yang Najib cakap.  Hanya main-main persepsi dan agak-agak begitu sajalah.

Nak tuduh dengan jelas bahawa Najib adalah MO1 pun pembangkang tak berani, nak cerita apa pasal bajet tu lagi.  Hanya berani tunjuk placard berbentuk persoalan, setakat itu sajalah ‘bertelurnya’ mereka.






Leave a Reply

Threesome