Menu Utama

#Bajet2017 – Bajet Gula-Gula?

bajet-2017-najib-razakBeberapa hari ini, parlimen-parlimen “kedai kopi” sibuk membahaskan tentang topik Bajet 2017 yang telah dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri pada hari Jumaat yang lalu.

Letusan “celik media sosial” ternyata memberi impak yang sangat besar di parlimen kedai kopi, apabila sesi perbahasan tampak menarik berbanding dulu kala, yang mana sumbernya pada ketika itu hanya berkisar tentang apa yang dibaca di akhbar dan bahan cetakan lain, selain kaset-kaset ceramah.

Walaupun berbasiskan dua zaman yang berbeza, pemikiran sebahagian dari ahli parlimen kedai kopi ini seolah-olah tidak berubah apabila melabelkan Bajet 2017 adalah bajet gula-gula kepada rakyat. Saban tahun, sekiranya bajet yang dibentangkan berada di tahun-tahun yang mana pilihanraya diwar-warkan bakal terjadi, begitulah tuduhannya.

Lucu juga apabila pihak-pihak yang melabelkan bajet gula-gula kemudian memilih untuk mengkritik peruntukan-peruntukan di dalam bajet dengan alasan ianya terlalu sedikit. “Kenapa tidak ditambah?”, itu soalan mereka.

Mungkin mereka terlupa, dengan dakwaan “sedikit” itu, jika ditambah, apa pula tuduhan yang bakal mereka lontarkan kepada perdana menteri dan kerajaan, sedangkan apa yang diperuntukkan di dalam Bajet 2017 sahaja sudah cukup untuk didakwa sebagai “bajet gula-gula”.

Bajet gula melaka? bajet gula-gula manis potong kaki?

Sepanjang tahun, dua puluh empat jam sehari, tujuh hari seminggu, wujud golongan yang selalu mendakwa bahawa kerajaan gagal mentadbir urus negara. Tidak kurang pula yang berkata bahawa negara akan mengalami bankrupsi. Tatkala bajet dibentang, kerajaan di dalam kelembapan ekonomi dunia pun masih mampu memberikan “gula-gula” kepada rakyat. Bukan kepalang penangannya kepada pembangkang!

Paling lucu, apabila terdapat tuduhan bahawa bajet yang dibentangkan hanya untuk menarik sokongan rakyat. Logiknya, sudah tentu bajet yang dibentangkan bertujuan untuk membawa kesejahteraan kepada rakyat dari pelbagai aspek kehidupan. Itulah bukti bahawa kerajaan komited dalam meningkatkan taraf hidup rakyat. Jika ianya menarik sokongan rakyat, apa masalahnya?

Tatkala ramai membicarakan soal bajet 2017, ada pula yang “bajet pandai”, contohnya penyokong pembangkang.






5 Komen to #Bajet2017 – Bajet Gula-Gula?

  1. […] via #Bajet2017 – Bajet Gula-Gula? — MYKMU.NET […]

  2. Inderasakti says:

    Cerita kedai kopi cuma laku sehari
    Esok basi tukaq topik lain lagi
    Depa,bukan citer pasal bajet gula gula
    Cuma menggula gulakan bakal pengundi dengan janji yang tak pasti
    Lepas pilihanraya terus hilang balik balik BN sendiri jugak yang kena

  3. James bond says:

    Ratio penduduk bumiputra berbanding kaum India adalah besar. Tetapi allocation yang diberi sama banyak. Bagaimanakah cara Najib mengira? Saya lebih suka zaman Tun dimana terasa istimewa jugalah jadi orang Melayu. Syiar Hindu juga bertambah hebat dengan rumah ibadat yang grand. Anak saya begitu kagum melihat kuil. Nauzubillah.

  4. semangat dato' haron says:

    Racist giler james bond. Penyokong pembangkang sbnrnya jauh lebih racist drpd UMNO. Tp acap kali UMNO yg memperjuangkan keadilan sosial dituduh racist. Jika suatu hari nanti mereka memegang kuasa pasti mereka saling bercakaran sehingga berlaku rusuhan kaum.

  5. Inderasakti says:

    Padahal kenapa kaum india semakin menjauhkan diri dari madey dan dapig? Tengok je prk teluk intan siapa yang bagi banyak undi dari cina undi dapig lagipun india malaysia bukan seperti majoriti india kerala dan india tamil madras punya ideologi cam Ltte sukakan provokasi dan keganasan cam filem2 tollywood Tiada sebarang ketidakadilan toleransi antara kaum cuma puak seperti kamu yang buta didoktrinasi oleh permainan oleh ngo dan dapigs serta extrimise kenyataan pas. Adakah ini main sentimen kaum selama ni? Toksah jadi hipokrit la

Leave a Reply