Menu Utama

Bajet 2017: Cuba Nilai Sendiri Perangai Mereka…

najib-bajet-2017

Siapa yang menyaksikan pembentangan Bajet 2017 hari ini pastinya akan dapat melihat sendiri perangai puak-puak pembangkang yang membawa amanah rakyat di parlimen masing-masing bertindak keluar dari Dewan Rakyat.

Mulanya mereka sengaja berdiri membuat bising di dalam Dewan Rakyat dan bila Speaker Dewan, Tan Sri Pandikar Amin Mulia meminta mereka duduk mendiamkan diri memberi tumpuan pada belanjawan tahun depan yang dibentang, mereka sengaja makin bising.

Ekoran sikap sengaja bising dan tidak menghiraukan permintaan Speaker Dewan, maka penulis melihat adalah logik untuk Pandikar meninggikan sedikit suaranya supaya apa yang beliau katakan tidak tenggelam dek kebisingan puak pembangkang itu.

Selepas itu, mereka pun berbondong-bondonglah keluar Dewan apabila Pandikar meminta pada sesiapa yang tidak berminat untuk mengikuti sesi pembentangan bajet itu keluar dari Dewan yang mulia tersebut.

Semua ahli parlimen pembangkang keluar dewan kecuali anggota parlimen PAS yang lebih rasional duduk tertib, tidak terpengaruh dengan tindakan tersebut. Semua ahli parlimen PAS kekal di dalam Dewan, kecuali Datuk Mahfuz Omar yang cukup terkenal disebut-sebut sebagai ‘harum manis’ oleh akar umbi parti itu.

Pada pandangan penulis, rakyat yang menyaksikan ‘wayang opera’ Pakatan Harapan itu dapat menilai sendiri wakil-wakil rakyat pembangkang tersebut. Yang dibentang itu merupakan suatu yang amat penting buat negara, tapi mereka lebih memilih untuk bersikap kebudak-budakan.

Lebih menariknya, sebelum keluar Dewan, mereka beramai-ramai sengaja mengangkat kertas poster dan kemudian sama-sama mempamerkan poster berkenaan di luar Dewan, khususnya di depan media untuk dirakam gambar mereka. Poster tentang MO1?

Melihat pada gelagat puak pembangkang itu, penulis yakin bahawa mereka memang sudah merancang lebih awal semua ‘plot wayang opera’ itu bagi tujuan mencetus kontroversi di mata rakyat. Lebih kecoh, lagilah mereka suka.

Padahal, yang dibentang adalah belanjawan negara dan mereka sibuk bertanyakan siapa MO1? Bukan saja jauh lari topik, ia juga melambangkan puak Pakatan Harapan itu lebih tertarik untuk berpolitik berbanding menumpukan perhatian tentang pembangunan dan kesejahteraan negara sendiri.

Pada penulis, mereka bukan saja menghina Dewan yang mulia, malah mereka juga menghina daya intelek rakyat yang memilih mereka, memperkenal budaya politik rimba di dalam parlimen dan menjejaskan imej negara di mata dunia. Begitukah sikap pemimpin politik yang sihat dan matang?

Paling jelas, mungkin baru hari ini mereka dapati bahawa mereka tidak akan sesekali dapat berdepan dengan kebenaran tentang Kerajaan Barisan Nasional yang berjaya meneruskan kesinambungan kecemerlangan memberi khidmat terbaik kepada rakyat dan negara.

Mereka mungkin akur tentang hakikat tersebut di dalam hati, namun di depan rakyat, mereka perlu tunjukkan kononnya mereka lebih baik? Padahal, bukan saja tidak ikhlas menghadapi hakikat sebenar, tapi sengaja lencongkan kebenaran itu dengan plot ‘wayang opera’.

Justeru itu, penulis yakin bahawa hari ini rakyat Malaysia sudah dapat menyaksikan sendiri perangai buruk wakil-wakil rakyat Pakatan Harapan. Hanya Ahli Parlimen BN, PAS dan beberapa anggota Dewan lain sahaja yang kekal memegang amanah rakyat. Pakatan Harapan, ‘ke laut’!

Apapun, penulis mengucapkan tahniah dan syabas kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak kerana berjaya membentang Bajet 2017 yang bersifat lebih holistik, realistik dan berhemah berbanding bajet-bajet sebelum ini.

Terbukti, tidak silap majoriti rakyat Malaysia tidak pernah silap memilih BN sebagai kerajaan memandangkan Pakatan Harapan sememangnya tidak pernah matang sejak lahir, kebudak-budakan, gagal menelan kebenaran dan lebih berminat untuk berpolitik dari membangunkan negara. Titik!






7 Komen to Bajet 2017: Cuba Nilai Sendiri Perangai Mereka…

  1. […] via Bajet 2017: Cuba Nilai Sendiri Perangai Mereka… — MYKMU.NET […]

  2. sman says:

    Mereka marah bila Dato Jamal bersikap agresif terhadap Bersih,tapi perangai mereka lebih teruk dari Dato Jamal dan kumpulan nya.Politik kebencian mereka akan memakan diri,elok kalau DS Najib mengadakan PRU segera bagi menguji sejau maha politik kebencian mereka di terima rakyat.Rasnya mereka akan terduduk.

  3. yon76er says:

    Kot..Kot ada orang Tua sorang tuu yg suroh buat Wayang Opera tadi…hahahahaaaa

  4. che ted says:

    Inilah demokrasi kepala bana ala pembangkang. Langsung tak hormati peraturan dewan yg mulia. Patut ambil saja tindakan kratas puak2 ini.

  5. manjoi says:

    Biasalah tu. Dah berapa kali PM Najib bentang budget memang macam tu perangai depa. Cuma kali ni depa keluar terus, kemana agaknya? Ada yang kata ke zoo! Eloklah, memang ‘sesuai & padan’ sangat……

  6. sireh ke gagang says:

    sikap nik abduh & geng boleh dipuji kali ini. mereka makin faham maksud sebagai wakil rakyat dan memikul amanah rakyat . sikap budak2 ketua pembangkang aku malas nk ulas. monyet selamanya akan kekal jd monyet. #fakta.

  7. kotatinggi says:

    Memalukan…..gaji pembangkang pun di bayar oleh rakyat,tak sepatutnya mereka keluar dewan

Leave a Reply

Threesome