Menu Utama

Bajet 2017 vs Belanjawan Pakatan: “Senang Bila Mahu Belanja Duit Yang Kita Tidak Ada”

img-20161019-wa0015

ITU adalah kenyataan Mahathir ketika mengulas belanjawan dibentang Pakatan pembangkang beberapa tahun lepas.  Tak tahulah sekarang setelah menjadi pemimpin pembangkang, Mahathir masih lagi memandang belanjawan pembangkang seperti itu atau semuanya sudah OK – seperti mana lain-lain hal berkait hubungan Mahathir dan parti-parti pembangkang ini dulu.

Begitupun, itu bukanlah masalah. Hari ini orang seakan sudah tidak peduli tentang hipokrasi dan kemunafikan yang terang-terang, seolah-olah mulia pulak menjadi orang yang cakapnya kejap macam itu, kejap macam ini.   Tapi, jangan yang berkait dengan UMNO tu kang, habis semua yang bercanggah dikorek, memanjang sehingga ke tahun 60-an dan seterusnya.

Tak apa pulak yang itu.

Perincian Belanjawan Pakatan ini penulis masih tidak nampak melainkan retorik ketirisan, rasuah dan entah apa benda lain disebut secara umum dan setiap tahun berulang.  Ini ‘belanjawan negara’ yang cuba dibentangkan ni, tapi melihat cara ia disampaikan, bajet sekolah rendah pun lebih terperinci lagi.

Ambik satu contoh, nak hapus ketirisan. Kat mana yang tiris, berapa yang tiris, apa yang tiris, pecahannya, perolehannya, semua itulah, mana dia?

Mudah cakap, Belanjawan Pakatan ini tidak membawa nilai satu sen pun melain menambah koleksi kerja sia-sia yang sering mereka lakukan selama ini.

Sebaliknya, Bajet 2017 yang bakal dibentang Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat itulah nanti yang akan memberi makna kepada rakyat dan tugas pembangkang hanya kondem apa yang mereka rasa tak baik dalam bajet itu.

Apa pun ‘makna’nya itu, terserah kepada diri masing-masing yang mana terpakai, tapi sekurang-kurangnya rakyat tahu bahawa pembentangan bajet itu sendiri membuktikan kerajaan ada duit,bukan nak bankrap seperti mana yang dikempenkan pembangkang hampir setiap hari sekarang ini – mayat hidup bunga raya tu termasuklah sekali sekarang.

Dalam masa yang sama, pembentangan Bajet 2017 ini juga bukti bahawa segala propa yang dihebohkan mengenai 1MDB dan konon bagaimana ia menjejaskan negara itu, adalah tidak benar.  Kerajaan masih berduit untuk berbelanja.  Segala dakwaan konon berbillion lesap melalui 1MDB itu, ikut tenggelam dengan pembentangan bajet 2017 ini nanti.

Baru-baru ini pun, sebelum bajet 2017 ini dibentangkan lagi, kerajaan telah mengumumkan berbilion ringgit dalam bentuk dana tambahan dan pinjaman mudah untuk KTM dan Proton.  Duit ni semua mana datang, bukan petik dari langit.  Sebab ada duitlah boleh diumumkan semua perbelanjaan tersebut.



« (Previous News)



2 Komen to Bajet 2017 vs Belanjawan Pakatan: “Senang Bila Mahu Belanja Duit Yang Kita Tidak Ada”

  1. Inderasakti says:

    Kita tengok je pe’el madey ni
    Lepas ni apa lagi ayat nyanyuk madey nak bikin lepas ni
    Gerenti gerombolan pakatun membuta tuli sokong punya

  2. […] via Bajet 2017 vs Belanjawan Pakatan: “Senang Bila Mahu Belanja Duit Yang Kita Tidak Ada” — MYKMU.… […]

Leave a Reply

Threesome