Menu Utama

Amalan mulia Muhabbah sudah jauh dari hati umat islam.

oleh Kang Nasir

Salam Maal Hijrah. Jom hijrahkan jiwa dan minda.

Kpd siapa kita beriman? Sedar tak kita sekarang sudah terlanjur dajak semakin jauh meninggalkan amalan-amalan islam dengan sengaja diajak supaya saling bermusuhan saling dengki mendengki saling fitnah memfitnah sehingga sukar mendengar seruan ilmuan yang mengajak kita kearah kebaikan bersama disebabkan kita lebih cenderung kepada sengketa angkara politik.
Bukankah sesama mukmin itu bersaudara?
“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.”
(Al-Hujurat ayat 10)

Malang sekali suara ilmuan yang mengajak kearah perdamaian menjadi MANGSA FITNAH konon mereka juga makan dedak. Walhal Kasih sesama saudara (MUHABBAH) adalah ciri-ciri orang yang beriman kepada Allah dan amalan mulia SIFAT MAHMUDAH ILMU#TASAWUF.
Daripada Anas RA, daripada Nabi SAW sabdanya,
“Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.”
(Hadith Riwayat Muttafaqun ‘Alaih)

Tetapi bilamana perkara yg menyukakan hati menyenangkan hati itulah yg dipilih sampai tidak sedarpun kita sengaja diajak jadi #MUNAFIK oleh ulama politik.
“Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya; (Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya).”
(An Nisa’ : ayat 138-139)

Oleh maka itulah,
HIJRAHKANLAH JIWA DAN MINDA KITA.

ghjh



« (Previous News)



Satu Komen to Amalan mulia Muhabbah sudah jauh dari hati umat islam.

  1. Memang Baik says:

    Baginda Rasul memohon 3 perkara dari pencipta, Allah yang Maha besar. Kata Allah, aku makbulkan 2 dari doa mu itu sementara yang 1 lagi tidak akan aku makbulkan.

    Terbukti kita ummah Nya kini hidup dengan 1 pemohonan Rasul yang tidak termakbul . Ketahuilah yang 1 itu ialah perpecahan sesama sendiri , umat islam.

    Perpecahan sesama sendiri sedang berlaku kini dengan jelas dan terang.

Leave a Reply