Menu Utama

Ahli Politik Memang Opportunis

kotak-bersatuPerkembangan politik di tanahair, sebenarnya agak menarik untuk terus diperhatikan dengan lahirnya parti-parti baru seperti parti BERSATU, parti Warisan dan parti Harapan Rakyat Sabah yang masing-masing membawa idea serta matlamat tersendiri.

Kemunculan parti-parti baru ini, atas apa jua alasan, sebenarnya ia menyerlahkan sikap opportunis individu-individu yang terlibat. Matlamatnya satu, iaitu menjadi ketua, atau penentu halatuju kerajaan. Masing-masing percaya, bahawa mereka lah yang layak memimpin, dan tidak rela dipimpin. Ada di kalangan individu ini yang bersuara kononnya sipolan-sipolan itu layak memimpin, walhal hakikat sebenarnya yang bersuara itulah yang sedang memimpin si sipolan.

Begitulah hubungkait antara motif untuk mewujudkan parti baru, dengan matlamat, yang menyaksikan bagaimana masing-masing membawa haluan masing-masing, dengan matlamat yang sama, tetapi peluang yang satu, hanya satu. Tidak mungkin ketua-ketua parti tersebut boleh mengetuai barisan pembangkang dalam masa serentak. Namun tidak salah untuk menyimpan impian.

Dan impian tidak hanya berlegar di minda sang pencipta impian, tentang dirinya semata. Melihat anak cucu cicit meneruskan legasi juga satu impian. Kala waktu menghitung hari, diri sendiri mungkin tidak lagi mampu berdiri. Tetapi, deretan anak cucu cicit sedia menanti.

Sungguhpun dilabel sebagai parti baru, adalah tidak asing lagi untuk kita mengenali individu-individu di belakangnya. Politikus senja, termasuklah mereka-mereka yang mengalami sindrom pasca pemerintahan.

Dengan Ezam juga telah bersama parti barunya, penulis sering menjadi bahan gurauan oleh rakan-rakan dek kerana kegemaran penulis mengikut perkembangannya sewaktu bersama UMNO dahulu.

Sebenarnya penulis sangat teringin mengetahui isi kandungan kotak-kotak yang sering “dibawa” ke hulu dan ke hilir oleh beliau. Rupanya kotak pun tiada, yang tinggal hanya katak.

Opportunis kekal opportunis.






2 Komen to Ahli Politik Memang Opportunis

  1. sman says:

    Sebab itu kita jangan terlalu taksub kepada mana-mana tokoh politik.Pesanan arwah Dr HD kepada DS Najib perlu di beri perhatian,kalau suka atau benci pada sesorang biar berpada-pada ,jangan kerterlaluan.Sekarang contoh yg kita lihat ,baru cari ke mahakamah,nanti ada yg ke jamban pula mengejar org yg kita paling beci utk mendapat sokongan .

  2. manjoi says:

    Tak mengapa! Biarkan lanun2 tu bergelumang dalam najis sesama mereka! Opportunist yang dihincit dari UMNO, umpama tahi yang dipam dalam tandas. Siapa yang suka najis? MALAYsia suka? Anwar & DAP saja yang suka. Seperti resmi ‘anjing & tahi’, bukan setakat hidu, makan pun ada…..

Leave a Reply

Threesome