Menu Utama

‘63%..,’ Lawak Terbaru Dari Utara Semenanjung…

wan-ji

Hendak diketawakan, nanti ada pula yang terkecil hati. Namun ia memang amat melucukan bagi pandangan penulis. Entah siapa punya kerja, namun apa yang didakwa itu memang teruk ‘dibahan’ di negeri Kedah…

Entah dari mana fakta yang diperoleh, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah berjaya ‘mencuri’ ramai ahli UMNO di negeri Kedah. Dikatakan 63 peratus telah berjaya ‘dicuri’. Lebih melucukan lagi, dikatakan UMNO di Kedah hanya dianggotai oleh Ketua-Ketua UMNO Bahagian dan mereka yang punya jawatan dalam parti saja. Ahli yang lain semua ‘hilang’?

Pertama kali penulis membaca propaganda itu di Facebook, penulis terus ketawa secara spontan. Tak tahulah ‘panglima perang’ mana yang punya idea, namun itulah yang diputar-putar ‘keyboard warrior’ PPBM di sana sejak kebelakangan ini.

Sejak di’print screen’ kenyataan ‘macai-macai’ tersebut, makin ramai yang ketawa. Bukan saja di media sosial, malah khabarnya tok lebai PAS yang setiap hari berlonggok di kedai kopi pun hampir tersembur air kopi, ketawa terbahak-bahak.

Pada pandangan penulis, jika mahu menipu sekali pun, berpada-padalah. Jika mahu sebar propaganda sekalipun, biarlah logik dan sukar dipatahkan. Tapi entah ‘kutu’ mana punya idea dikutip, tiba-tiba dakwa 63 peratus ahli UMNO di Kedah sertai PPBM? Berderai ketawa!

Penulis tidak nafikan, khabarnya ada di beberapa cawangan UMNO yang majoritinya menyokong Mukhriz dan bapanya secara membuta tuli bertindak keluar parti dengan menyertai PPBM.

Memang ada bekas Adun, bekas pemimpin UMNO dan bekas calon-calon kalah bertanding jawatan dalam UMNO yang sertai PPBM. Memang ada mereka yang ‘betul semua’ dan ‘tahu semua’ menyertai parti mat bunga itu. Itu memang benar, tidak salah.

Tapi jika dihitung dari sudut keseluruhan ahli UMNO di negeri Kedah, ia tidaklah sebanyak itu. Peratusannya penulis tidak tahu sebab tidak pernah dikira secara teliti. Namun begitu, penulis yakin UMNO Negeri Kedah tahu jumlah sebenar ahli yang ‘dicuri’…

embarrassment

Isu ‘curi ahli’ bukan suatu perkara yang signifikan untuk difikirkan. Ia merupakan satu perkara yang subjektif. Menyertai UMNO, PPBM, PAS, PKR atau parti mana sekalipun, ia tidak membawa sebarang makna jika ahlinya tidak daftarkan diri sebagai pengundi.

Mudah kata, pilihan raya adalah soal kiraan undi dari pengundi yang sah. Kemenangan seseorang calon itu ditentukan oleh jumlah undi yang diperoleh, bukan jumlah ‘like’, ‘share’ atau berapa ramai ‘follower’ di dalam Facebook. Itu jelas.

Jadi, ‘panglima perang’ atau ‘macai-macai’ PPBM perlu tahu tentang realiti itu dan ia sebenarnya bukan mudah untuk dinilai. Hendak mengira peratusan yang ‘accurate’ tentang sesuatu yang subjektif juga amat sukar.

Statistik bukan suatu yang boleh dikira dengan mencongak sahaja. Ia perlu pada kutipan yang sah, jelas dan bersifat rigid. Ia perlu diperincikan dengan teliti dan diproses datanya untuk dianalisis. Kemudian, barulah keluar hasil peratusannya. ‘Macai’ PPBM kenal dengan sistem SPSS?

Jadi, untuk mengelak ditertawakan orang ramai selepas ini, carilah bahan propaganda yang lebih logik. Jangan malukan ‘negarawan ulung’ dan graduan universiti Jepun dengan fakta yang begitu melucukan. Malu dibuatnya. Selamat ‘menipu’ lagi…






4 Komen to ‘63%..,’ Lawak Terbaru Dari Utara Semenanjung…

  1. […] via ‘63%..,’ Lawak Terbaru Dari Utara Semenanjung… — MYKMU.NET […]

  2. che ted says:

    Nak tutup cerita perpecahan dalaman lah tu. Dahan kalau dah rapuh kalau kita ikatpun tak lama. Mahathir sudah tahap sokong Anuar pun awak masih tak sedar diri lgi. Pendek cerita Muyiden takkan jadi perdana menteri. Cap bunga bukan sebahagian Pakatan (takda) Harapan..mereka tak sekuat Pas malah lagi teruk dari Pan..kenapa? Pan.. Dah bnyk melumpuhkan cawangan Pas..sampai aset Pas pun bertukar jadi milik Pan. Cap bunga raya…macai Che Det pun tak boleh jaga. Bersepah Pro Tun semua masih diluar cap bunga. Dia orang sibuk duk kutip Ezam kotak. Pakar strategi yg tak menyumbang pun terutama di Selangor. Kalah teruk lagi ada.. Kena gelak ja dgn Azmin.

  3. manjoi says:

    Chimpanzee kat atas tu tutup muka pasal apa? Mesti dia tengak gelakkan Madey. Gelak pasal apa?! Chimpanzee tu gelak pasal Madey bagi dia borang, suruh sign masuk PPBM!!!

  4. Anoi says:

    boboi saja nak gimik bahawa ramai yg ikut dia masuk kem ppbm. Patut dah ada lompat parti atau keluar bn jadi ahli bebas, ni tak dgr apa2 pun.

Leave a Reply

Threesome