Menu Utama

1MDB: Husni Jawab, Husni Tanya

tambun_jawab_tambun_tanya

DAH banyak dikatakan orang tentang tindakan Tambun menanyakan soalan yang satu ketika dulu, dia juga pernah menjawabnya.  Video, artikel, iliustrasi dah bersepah sejak semalam,  justeru penulis taknaklah menambah kepada yang sedia banyak.

Bagi yang terlupa, Tambun pernah dilantik menjadi jurucakap kerajaan mengenai isu 1MDB.  Besar peranan tu, tak boleh sesiapa yang lain menjawab isu 1MDB ini bagi pihak kerajaan melainkan Tambun, penyudahnya, dia pulak tanya soalan yang dia pernah ditugaskan untuk menjawab.  Tak hairanlah kenapa orang ramai, terutama netizen tidak begitu sukar mencari bahan untuk counter balik tindakan tak berapa cerdik tu.

Apa pun, ini menunjukkan keputusan Datuk Seri Najib Tun Razak membuat rombakan kabinet yang menyaksikan Tambun nak dihantar ke Kementerian lain (sebelum dia menolak dan meletakkan semua jawatan dalam parti dan kerajaan), adalah satu tindakan yang betul – berdasarkan kepada kejadian semalam.

Parah penyakitnya ni kalau nak diikutkan.

Sekarang fahamlah kita kenapa isu mudah seperti 1MDB ini jadi susah, sebab yang “ditukangkan” untuk menjawabnya pun blur blur macam itu juga.  Sehingga pengurusan 1MDB sendiri terpaksa masuk campur dalam politik untuk menjelaskan apa yang orang politik seperti Tambun, gagal melakukannya.

Motif disebalik tindakan ini kita tidak tahu tapi nampak tak baiklah, nampak tak logik pun ya.  (Bekas) Jurucakap kerajaan pasal 1MDB, tanya balik soalan berkaitan 1MDB!!  Lepas tu nak pelik pulak kenapa nak kena pindah kementerian?






7 Komen to 1MDB: Husni Jawab, Husni Tanya

  1. […] via 1MDB: Husni Jawab, Husni Tanya — MYKMU.NET […]

  2. Mazlan says:

    …’jawapan saya dah bagi tahun lepas…sekarang saya nak bagi soalannya’….adusss…

  3. Memang Baik says:

    Husni tidak lagi berada dalam kerajaan, sungguh pun begitu dia masih ahli umno, wakil parlimen walau tanpa jawatan sel;epas melepaskan nya.

    Tindakan dia hanya memberi mesej pada kita bahawa didalam party memang terdapat specis yang berlainan bentuk dan rupa. Maksudnya didalam party memang terdapat individu yang hatinya terletak di tempat lain.

    Soalan nya begitu basic seolah2 bukan soalan dia sendiri tetapi soalan proxi. Walaupun proxi soalan begini juga satu soalan yang berumur 2 atau 3 tahun lalu. Kita pasti jawapan untuk semua soalan dia sudah diperjelas lama dulu.

    Husni tentunya orang Midin dan boboi kerana bercakap dalam satu nada.

  4. Inderasakti says:

    Elok je lah husni keluaq je umno lagi pun dia tak ikhlas dgn najib dan umno pun hanya mahu jadi kuda kepada madey dan kroninya

  5. 1malaysiakini says:

    Patut marah bebenor..
    Projek anak dia 2 biilion kena reject oleh kerajaan…

  6. manjoi says:

    Memang masa dia letak jawatan dulu aku dah syak! Sebab ‘striker MU’ ada cakap yang dia sebenarnya tamak nak upgrade dari MoF2 jadi MoF1. Lepas tu barua ni wayang konon nak berehatlah, belajar agamalah & lain2. PRU14 nanti siaplah kau….

  7. anoi says:

    ponek oden nyokong Najib doket ompek tahun oden nunggu totibo projek oden ko tak luluskan … takpo rahsiyo ko dlm tangan oden … hahaha main ugut2 pulak tu takpo OSA menunggu poyi la cakap2 lagi.

Leave a Reply