Menu Utama

October, 2016

 

Ikut Nasihat Mufti Kelantan Atau Terima Hasutan Dr Mahathir?

Makan dedak, sudah dibeli, buta, bangang dan pelbagai lagi kata nista serta tuduhan liar dihamburkan oleh penyokong pembangkang khususnya pemuja Tun Dr Mahathir Mohamad di media sosial hanya kerana terasa pedas dan terkesan jiwa raga dengan kenyataan dari Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad. Membaca tiap satu sumpah seranah kata nista mereka terhadap Mufti Kelantan membayangkan seolah-olah kebanyakan mereka sudah kerasukan iblis dan syaitan. Apa punca mereka naik minyak sampai tergamak menyumpah seranah seorang Mufti? Semuanya kerana kata-kata nasihat Mufti Kelantan yang menggesa rakyat negara ini tidak termakan dengan hasutan DrBaca Lagi


Keluar Pribumi Keluarlah, Apahal UMNO Dikaitkan?

DIFAHAMKAN mutakhir ini semakin ramai meninggalkan Pribumi, parti yang Mahathir cipta untuk saingi UMNO.  Dahlah tak berapa nak banyak ahlinya, berbondong-bondong pulak yang keluar lagi. Belum 2 bulan ditubuhkan secara rasmi. Mulakan penulis ingat seorang – balaci terapat itulah, rupanya ramai lagi yang ambik keputusan sama.  Termasuk beratus yang dakwa nama didaftarkan tanpa mereka sendiri mengetahuinya (macam pernah dengar je cerita ni). Cuma masalahnya, nak keluar tu keluar sajalah, yang naik kaitkan dengan UMNO tu kenapa?  Dia yang tanam padi tapi tumbuhnya lalang, kenapa UMNO pulak yang nak dikaitkan?  Berpuaklah,Baca Lagi


Selepas musnahkan DEB, Mahathir bergabung dengan DAP musnahkan UMNO

Joceline Tan membuat pemerhatian yang sangat menarik dalam artikel beliau dalam akhbar The Star hari ini, ‘Former enemies now frenemies’. Pada dasarnya dia berkata apa orang ramai perkatakan terutamanya Melayu sejak Disember 2014. Penyokong Pakatan Harapan, khususnya penyokong DAP, melihat sejarah bermula dari tahun 2008. Dalam erti kata lain, pra-2008 tidak ada sejarah. Dari 1946-2008 ia adalah tempoh ‘masa kosong’ seperti pita rakaman yang telah dipadamkan. Melayu, bagaimanapun, melihat kepada sejarah bermula dari tahun 1946. Malaysia yang kita lihat hari ini tidak akan wujud jika tidak kerana apa yang berlakuBaca Lagi


Piala Malaysia: Bolasepak Kedah Berjaya Dibawah Ahmad Bashah

PERTAMA sekali penulis ucapkan tahniah ke atas pimpinan, pemain dan penyokong Bolasepak Kedah atas kejayaan menjulang Piala Malaysia, kali kedua mencuba selepas gagal tahun lepas.  Menang penalti ke tidak, itu lantaklah, yang penting menang dan tebus balik kekecewaan tahun lepas di tangan pasukan yang sama – Selangor. Kedua, pada firasat penulis, kejayaan ini besar dan manis nilainya kepada Menteri Besar yang juga Presiden KFA, Datuk Seri Ahmad Bashah.  Kita faham ini kerja berpasukan tapi dari satu sudut, ini adalah kejayaan Ahmad Bashah dan dibawah ini hujahnya. Masih segar di ingatanBaca Lagi


Khalid Samad Fitnah TMJ dan Berbohong Dalam Parlimen

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, telah memfitnah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Iskandar bahawa baginda telah menulis dalam akaun media sosial menuduh Perdana Menteri Mohd Najib Razak seorang pencuri. Semasa mencelah dalam ucapan Yang Berhormat Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi, minggu lalu, Khalid telah bangun mendakwa Tunku Mahkota Johor turut menyokong tindakan mereka keluar dewan semasa Pembentangan Bajet 2017. Menurut Khalid Samad, TMJ telah menyokong mereka dengan menulis di media sosial, “Apakah tindakan anda jika seorang pencuri menasihatkan anda supaya jangan mencuri? Keluar dewan atauBaca Lagi


Krisis Air Selangor: ‘Perlu Sumber Air Baru’, Berapa Kali Nak Sebut?

Malam ini, 30 Oktober 2016, pasukan Selangor dijadualkan akan berentap dengan pasukan Kedah yang datang bertandang mahu membawa pulang Piala Malaysia ke negeri mereka. Khabarnya puluhan ribu penyokong dari kedua pasukan sudah berkampung di sana. Namun penulis tidak pasti sama ada pemain Selangor dan Kedah, jurulatih malah puluhan ribu The Red Giants dan Lang Merah selesa atau tidak ekoran masalah bekalan air di Selangor. Mandi atau tidak, kita tidak tahu, hanya mereka yang tahu azabnya bila bekalan air asyik terganggu sepanjang tahun. Begitulah hasilnya bila terlalu asyik berpolitik 24 jam,Baca Lagi


Tidak Hairan ‘Bersatu’ Tak Mampu ‘Tidak Bersatu’

Sejak akhir-akhir ini, kerap pula kedengaran tentang beberapa pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang mendakwa keluar parti. Tidak tahulah benar atau tidak, kerana ada yang mendakwa ada di kalangan mereka yang sebenarnya tidak pernah pun menyertai parti itu. Namun begitu, ada yang mendakwa pernah isi borang PPBM namun bertindak keluar dari parti baru itu akibat hilang kepercayaan pada pimpinan tertinggi parti. Itu yang kita dengar melalui media. Yang kita tak dengar cerita khabarnya ramai lagi yang keluar parti? Jika diteliti dari pelbagai sumber, kita akan dapat melihat dengan mudahBaca Lagi


Tautan Dr. Mahathir, Anwar paling pelik

BERTAUTNYA kembali Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan seterunya yang dulu orang harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim antara kisah politik paling panas dan mengejutkan tahun ini. Salah satu amalan tidak disenangi ramai kalangan pemimpin UMNO pada awal Dr. Mahathir, 91, naik sebagai Perdana Menteri pada awal 1980-an ialah apabila beliau membawa bersama Anwar ke dalam parti itu. Anwar kemudian dan sete­rusnya ‘meloncat naik ke rumah tanpa melalui tangga dan pintu’. Kenaikannya dalam parti dan kerajaan begitu pantas sehingga ramai beranggapan dia dikehendaki pucuk pimpinan Dr. Mahathir secara terang-terangan. Sejarah sedia adaBaca Lagi


Air Selangor: Ini Baru Menzalimi Rakyat Dalam Erti Kata Sebenar

ASAL ada yang naik di negara ni, mesti nombor satu yang terpacul dulu ialah kerajaan menzalimi rakyat. Faham ke tidak macam mana yang dikatakan menzalimi rakyat tu? Ramai tak faham pun tapi sebab nak cari jalan maki kerajaan, sebut jugaklah. Dalam konteks Malaysia, kerajaan kita hari ini, bukanlah macam kerajaan zalim yang biasa tercatat dalam sejarah dunia.  Sana orang bunuh, sini orang bunuh, sana orang hilang sini orang hilang, taklah macam itu. Jadi terma zalim disini banyak dirujuk kepada kalau kerajaan hapus/tarik balik subsidi, itu kata mereka zalim, sekalipun belum adaBaca Lagi


‘63%..,’ Lawak Terbaru Dari Utara Semenanjung…

Hendak diketawakan, nanti ada pula yang terkecil hati. Namun ia memang amat melucukan bagi pandangan penulis. Entah siapa punya kerja, namun apa yang didakwa itu memang teruk ‘dibahan’ di negeri Kedah… Entah dari mana fakta yang diperoleh, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah berjaya ‘mencuri’ ramai ahli UMNO di negeri Kedah. Dikatakan 63 peratus telah berjaya ‘dicuri’. Lebih melucukan lagi, dikatakan UMNO di Kedah hanya dianggotai oleh Ketua-Ketua UMNO Bahagian dan mereka yang punya jawatan dalam parti saja. Ahli yang lain semua ‘hilang’? Pertama kali penulis membaca propaganda itu diBaca Lagi