Menu Utama

NAJIB MAHU DIHADKAN, MUKHRIZ MAHU KEKAL LEBIH 22 TAHUN

oleh M. Sallah

Dato Mukhriz Mahathir menyuarakan pandangan jawatan Perdana Menteri seharusnya terhad untuk 2 penggal. 

Walaupun ia satu syor yang boleh dipertimbangkan, rakan politik semasa Mukhriz iaitu DAP sendiri melalui Penang Institute, menolak cadangan Dato Nazir untuk ditubuhkan Majlis Permuafakatan Kebangsaan (National Consultative Council) yang boleh berperanan mengkaji syor sedemikian.

Pandangan Mukhriz itu sendiri dianggap Dato Hishamuddin sebagai cakap tidak serupa bikin dan hanya gimik politik sebab ayahnya Tun Dr Mahathir sendiri memegang jawatan Perdana Menteri selama 22 tahun.

Jika ditakdir Mukhriz menjadi Perdana Menteri, dia sendiri akan berubah pendirian dan mahu kekal lebih dari 2 penggal.

Mana tidaknya, jika Mukhriz sendiri mahu kekal Presiden ANSARA, setelah pegang jawatan selama 22 tahun dan enggan memberi jalan untuk kepimpinan baru. 

Tambah lagi, kedudukannya dalam pembangkang membuat ANSARA bercanggah dari asal usul semangat penubuhan untuk memainkan peranan positif dengan kerajaan dalam perjuangan agenda Bumiputera melalui MARA dan institusi MRSM.

Maksud tersirat disebalik objectif tersebut adalah untuk ANSARA seharusnya berpendekatan “apolitical” (tidak memihak mana-mana parti politik”) dan bekerjasama dengan kerajaan sedia ada (“government of the day”).

Hal ini dipersetujui pada semangatnya dan ahli-ahli atau lepasan MRSM yang pro-pembangkang ketika itu faham praktikaliti pendekatan tersebut dan tetap bersama serta menyokong ANSARA.

Mukhriz sepatutnya faham dan hayati “gentlement agreement” yang dibuat bersama olehnya dan pengasas-pengasas ANSARA. Suatu masa Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin pernah menuntut Dato Najib mengambil cuti. Kini Mukhriz pun sepatutnya mengambil cuti dari tugas.

Sebaik dicadangkan “bercuti” oleh perwakilan di Mesyuarat Agong ANSARA pada Ahad lalu, Mukhriz segera menolak cadangan tersebut.

Mukhriz memang Presiden yang telah dilipih secara sah oleh perwakilan-perwakilan cawangan-cawangan ANSARA maka tidak patut dia dituntut meletakkan jawatan. 

Maka tuntutan bercuti sama dengan maksud Muhyiddin menuntut Najib meletak jawatan dengan sukarela. Maka nampaknya cakap tidak serupa bikin juga.

Mukhriz bukan saja enggan meletak jawatan mengikut semangat perjanjian yang dia setujui malah mahu ANSARA melakukan transformasi untuk menjadi suara penentang kerajaan.

Terma transformasi itu sendiri satu hipokrasi kerana ia mencuri agenda reformasi Najib. Mahathir sendiri dikritik aktivis seperti Dr Kua Kia Soong kerana Deklarasi Rakyat yang dipelopori tiada agenda reformasi atau transformasi.

Penentangan Mahathir terhadap Najib bertitik tolak dari transformasi yang dimulakan dan sedang dipertahankan oleh Najib.


Salahguna

Senada dengan itu, ANSARA yang menjadi pertemuan muhibbah lepasan MRSM dan platform untuk bekerjasama dengan kerajaan, mahu diperguna Mukhriz menjadi tapak politik pembangkang. 

Politik semasa Mukhriz bercanggah jauh dari hala tuju ANSARA dan MARA. Parti yang Mukhriz ketuai bekerjasama dengan DAP. Mereka penentang tegar kewujudan MARA dan usaha-usaha pertingkatkan ekonomi dan pendidikan Bumiputera yang tertera di bawah artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

Memandangkan ANSARA banyak hubungan rapat dengan pihak MARA dan pemimpin-pemimpin kerajaan, Mukhriz sengaja membuatkan pihak-pihak ini dalam keadaan tidak selesa terutama untuk menghadhiri majlis-majlis rasmi ANSARA.

ANSARA merancang untuk mengadakan Majlis Makan Malam dan pastinya penyumbang khususnya kalangan GLC pun serba salah untuk menyumbang. 

Tambah lagi, sikap Mukhriz agak pentingkan diri kerana MARA tidak boleh biarkan ANSARA diberi pejabat sewaan percuma di bangunan MARA jika terus bersikap anti-kerajaan.

Selama ini, ahli-ahli selektif ANSARA diberi keutamaan untuk anak masing-masing yang layak diterima masuk MRSM. Pasti MARA tidak boleh beri kemudahan sedemikian pada ANSARA yang akan kritikal terhadap kerajaan yang mana MARA bernaung.

Jika tindak tanduk Mukhriz merupakan tipu helah untuk sengaja membuatkan ahli-ahli ANSARA dan lepasan MRSM membenci kerajaan lalu menyokong parti pimpinanannya, ternyata Mukhriz tidak ikhlas dalam perjuangan.

Mukhriz memang sudah pusing dalam perjuangan politiknya untuk menurut kehendak ayahnya yang masih mahu mencengkam kuasa. Ramai harus sedar Mukhriz sudah lama pusing dalam kedudukannya sebagai Presiden. 

Ketika dia memegang jawatan politik dengan memenangi undi tertinggi untuk exco Pemuda UMNO, dia sudah sepatutnya kosongkan jawatan Presiden ANSARA. 

Sudahlah dia kekal, malah dia terus tahan ahli lain dari memegang jawatan Presiden dengan memfitnah mereka adalah penyokong Khairy yang mahu ambilalih ANSARA. 






4 Komen to NAJIB MAHU DIHADKAN, MUKHRIZ MAHU KEKAL LEBIH 22 TAHUN

  1. Inderasakti says:

    Biasa la anak bapak

  2. dkds says:

    mukhriz ini dah kehabisan idea….terpaksalah bercerita benda yang dia sendiri tak kan lakukan…

  3. Pemerhati says:

    harap para ahli tahu & berani menunjukkan mukhriz pintu keluar dari ANSARA
    tujuan/matlamat/agenda penubuhan ANSARA sahaja yang penting
    tujuan/matlamat/agenda peribadi si botak lahanat yang ternyata seorang hipokrit cakap tak serupa bikin tidak penting

  4. TORATORA says:

    Saya dengan rendah diri memohon Tok Mukhriz teruskan berpolitik ikut style yang paling asas sahaja. Yang pertama jaga keharmonian & ambil berat kawasan sendiri jangan sampai rakyat benci sebab jarang turun kawasan dan yang ke -2..bila PRU sampai trus buang undi dan tak payah cerita banyak lagi dah.

Leave a Reply