Menu Utama

Akhirnya Husam Dedahkan Wajah Sebenar

husam dap

KETIKA Bekas naib presiden PAS merangkap ADUN Salor Datuk Husam Musa berada dalam PAS, beliau menjadi duri dalam daging. Beberapa tindakan melampau beliau telah menyebabkan Husam dipecat dari PAS.

Beliau dipecat daripada PAS pada 6 Mei lalu selepas sering mengkritik kepimpinan parti, termasuk Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaacob yang juga timbalan mursyidul am.

Wajah-wajah sebenar Husam mula semakin jelas apabila beliau dipecat dari PAS. Husam dan Chang, iaitu bekas setiausaha politik Tun Dr Mahathir Mohammad memfailkan saman tindakan perwakilan beberapa minggu lalu bagi menuntut ganti rugi terhadap wang yang kononnya dicuri daripada 1MDB dan mendapatkan semula hartanah dan aset lain yang dibeli dengan dana yang kononnya diselewengkan.

Untuk makluman 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menafikan kewujudan wang syarikat itu yang dicuri. Ironinya pihak pembangkang tetap menggunakan isu tersebut untuk memberikan gambaran buruk berkenaan 1MDB dan kerajaan Barisan Nasional.

Kini Husam dikatakan akan menyertai Parti Amanah Negara (PAN) malam ini. Beberapa pemimpin PAN seolah-olah mengesahkan perkara itu, yang akan diumumkan dalam acara di Cyberjaya malam ini.

Menurut beberapa penganalisis politik, PAN yang didalangi oleh DAP telah ditubuhkan untuk membawa suara DAP dalam memecahbelahkan orang Melayu dan menganggugugat martabat Islam sebagai agama rasmi negara.

Sekiranya Husam benar-benar menyertai PAN malam ini, bermakna perjuangan beliau dalam PAS selama ini penuh dengan hipokrasi semata-mata. Beliau dilihat lebih mengutamakan kepentingan politik peribadi.

Mungkinkah Husam akan mengantikan Mat Sabu sebagai presiden PAN memandangkan Mat Sabu dilihat gagal mengalas tugas untuk memimpin PAN dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak, Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar dan Pilihan Raya kecil Sungai Besar?

Menurut sumber, Husam dijangka diberikan peranan besar membantu gerak kerja PAN di peringkat nasional dan negeri. Acara malam ini bukan yang pertama kali buat Husam di pentas PAN. Beliau merupakan antara sekumpulan besar kumpulan yang kalah dalam pemilihan PAS di Kuala Selangor pada 2015, yang kemudian membentuk PAN.






5 Komen to Akhirnya Husam Dedahkan Wajah Sebenar

  1. system baru says:

    Protun Marilah kita beramai2 mahyuddin he.he.he https://youtu.be/SPmhHNpTFGQ

  2. system baru says:

    https://youtu.be/SPmhHNpTFGQ

  3. TORATORA says:

    Jangankan PAS, orang-orang besar didalam mana2 parti pun bila dah kena pecat, kena tendang, macam inilah perangainya. Masa dalam parti sokong je bodoh2 apa2 keputusan. Nak buat action lebih2 takut pangkat & periuk nasik melingkup. Bila dah betul2 kena sepak keluar barulah berani seberaninya..

  4. Anak_Nogori says:

    Masuk PAN?…berani ke husam menyokong hukud secara terang?.

  5. Inderasakti says:

    Tak kira la umno atau pas sekalipun yang kuman dan kedua dua parti berasaskan melayu dan islam dah lari berkerumun menyertai dapig nampak sangat dapig ni hanya penyelamat atas tembolok politik peribadi mereka semata mata

Leave a Reply