Menu Utama

June, 2016

 

Asalkan Didakwa Di Mahkamah, Semua Tuduh ‘Konspirasi Kerajaan’…

Seperti yang dijangka, Lim Guan Eng dalam pengakuannya di mahkamah menegaskan bahawa dirinya tidak bersalah bagi dua pertuduhan membabitkan rasuah di depan hakim. Biasalah. Biasanya mereka yang kentut di dalam lif, tidak akan mengaku mereka kentut! Dan seperti yang dijangka juga, Guan Eng berdolak dalih dan enggan meletakkan jawatannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang walaupun khabarnya ramai Adun Pakatan Harapan di negeri itu yang sudah pasang angan-angan untuk mengangkat sumpah! Bapa Guan Eng ada menulis artikel panjang mengenai skandal dan penahanan anaknya itu. Lim Kit Siang seperti biasa menuduh segalanyaBaca Lagi


Sedih Kenangkan Luahan Rasa Tun Siti, Tapi…

Sedih sungguh membaca keluhan isteri bekas Perdana Menteri, Tun Siti Hasmah Mohd Ali, yang meluahkan rasa sedih kerapa suaminya yang tersayang itu dihina dan diperlakukan ‘tidak wajar’ oleh UMNO dan kepimpinannya. Bak kata orang, isteri menjadi ‘tulang belakang’ kepada jatuh bangunnya seorang suami, dan penulis yakin bahawa Tun Siti memainkan peranan penting dalam mempengaruhi Tun Mahathir seumur hidupnya, hingga kini. Penulis hormati dan faham perasaan Tun Siti. Siapalah yang tidak sedih, kecewa dan terguris apabila suami tersayang dihina begitu, bukan? Selaku isteri yang setia, sudah tentulah beliau berdiri teguh diBaca Lagi


Angkara hasutan manusia yang berhati srigala.

Oleh Kang Nasir Sepatutnya, ISLAM JALAN PENYELESAIAN. Dan di situlah GARIS TITIK PERSAMAAN. Tetapi, angkara NAFSU punca tercipta GARIS TITIK PERBEZAAN. Walau apa jua kebaikan yang terbaik mana sekalipun NAFSU tak pernah merasai KEPUASAN. Berapa ramai ILMUAN yang PERIHATIN dan TERSENTUH dengan teguran pemimpin kita DS Najib Razak? Jika adapun mungkin tidak sampai ke pengetahuan kita disebabkan orang lebih percaya kepada hasutan-hasutan dan fitnah-fitnah yang dianggap seolah amal ibadah. Atau mungkin tidak ada langsung ilmuan yg SEDAR DI MANA KESILAPAN UMAT ISLAM SAMPAI SEMAKIN MENJAUHI AMALAN-AMALAN ISLAM. Mustahil para ilmuanBaca Lagi


Fakta pendakwaan Lim Guan Eng, Phang Li Koon

Berikut adalah fakta pendakwaan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon *Lim Guan Eng dituduh dengan dua pertuduhan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM(Akta 694) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 Akta yang sama dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan (Akta 574). *Bagi pertuduhan pertama, Guan Eng didakwa menggunakan kedudukannya sebagai penjawat awam iaitu Ketua Menteri menerima suapan baginya dan isterinya dengan meluluskan Permohonan Perlingkungan Semula daripada Zon Pertanian kepada Zon Perumahan Am di Daerah Barat Daya Pulau Pinang kepada Magnificent Emblem Sdn.Baca Lagi


Rasuah: Bila Fitnah Makan Diri

WIRID DAP dalam politik di Malaysia ni dua saja, rasuah dan perkauman atau dalam bahasa ibunda mereka, corrupt & racist.  Jangan salah sikit sajalah orang UMNO ni kang, rasuah sesaja, rasis sesaja, takdelah lain melainkan dua tu. Datuk Seri Najib saja sebagai contoh. Bila melata pembohongan mengenai 1MDB dan dana RM 2.6 billion, bukan main sakan orang DAP menuduhnya perasuah, walhal dimana kepentingan peribadi yang diperoleh yang nak kata rausah? Takde pun, tapi ada ke puak-puak ni peduli? Hari-hari Najib digelar macam-macam, pencurilah, perompaklah, rasuahlah, takde pun masuk Mahkamah lagi, janganBaca Lagi


Hormati hasrat saya – Ahmad Husni

Bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah meminta semua pi­hak menghormati keputusannya untuk melepaskan ja­watan dalam Kabinet dan UMNO. Beliau turut me­minta agar diberikan masa dan ruang untuk berehat selepas memilih untuk berundur da­ripada semua jawatan itu atas sebab peribadi. “Saya telah bersara dari semua jawatan. Biarlah saya berehat. Tolong hormati hasrat saya. Terima Kasih,” katanya ringkas,” di sini hari ini. Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan rombakan Kabinet memaklumkan bahawa beliau telah memerima hasrat Ahmad Husni untuk menamatkan perkhidmatannya atas sebab-sebab peribadi. TempatBaca Lagi


Nak Tubuh Parti Baru Pun Boleh…

Sehingga kini, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato’ Seri Mukhriz Mahathir masih memberi sebarang kenyataan tentang pendirian mereka sama ada untuk menyertai mana-mana parti di negara ini mahupun menubuhkan parti baru. Mungkin mereka sedang tegang berfikir dan berbincang dengan ‘mentor’ sebelum membuat membuat keputusan. Maklumlah, langkah kali ini perlu tepat sekiranya tidak mahu karier politik mereka berkubur begitu saja. Namun begitu, jika dilihat dari trend ‘macai-macai pemakan dedak’ mereka, ramai yang berpandangan dua bekas pemimpin UMNO yang khianat parti itu lebih wajar menubuhkan sebuah parti baru. Khabarnya, mereka akan tinggalkanBaca Lagi


Mampukah Guan Eng Lepaskan Diri Kali Ini?

Memang kecoh pentas politik negara siang tadi ekoran tindakan SPRM yang menahan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng atas skandal banglo mewahnya di Jalan Pinhorn yang dikatakan telah dibeli di bawah paras harga sebenar. Dilaporkan bahawa wanita yang menjual banglo berkenaan kepada Guan Eng turut ditahan pihak berkuasa. Dikatakan wanita itu ditahan membabitkan kes yang sama dengan Ketua Menteri Pulau Pinang itu. Maka gegak gempitalah pemimpin DAP, PKR dan PAN mengenai ‘nasib’ dan karier politik anak Lim Kit Siang itu. Ada yang mengatakan ia adalah krisis politik. Ada yang menegaskanBaca Lagi


RESPON TERHADAP PENAHANAN KETUA MENTERI PULAU PINANG

Kenyataan Media Abdul Rahman Dahlan Pengarah Komunikasi Strategik BN 29 Jun 2016 SIARAN SEGERA RESPON TERHADAP PENAHANAN KETUA MENTERI PULAU PINANG 1. Tindakan menegakkan keadilan mesti dilakukan dengan pantas. Sebulan selepas siasatan dalaman dan perbincangan secara terbuka yang tegang, saya berasa lega apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memutuskan untuk mengambil tindakan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng. 2. Saya membangkitkan kebimbangan berhubung penjualan dan pembelian banglo YAB Lim Guan Eng di Jalan Pinhorn pada Mac 2016, kerana saya yakin berlaku salah laku dalam transaksi dan rakyatBaca Lagi


Guan Eng ditahan SPRM

Ketua Menteri, Lim Guan Eng ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebaik sahaja selesai mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco kerajaan negeri di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), kira-kira pukul 6.30 petang tadi. Difahamkan, pegawai SPRM terpaksa menunggu kira-kira lima jam sebelum penahanan Guan Eng dibuat memandangkan Ketua Menteri berkenaan dikatakan sedang mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri. – UTUSAN ONLINE


Threesome