Menu Utama

May, 2016

 

Kerajaan BN Teruskan Misi Siapkan Rumah Murah untuk Rakyat Pendapatan Rendah

1. Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM140 ribu seunit untuk membina PPR Taman Danau, Hulu Selangor lengkap dengan segala fasiliti awam. Namun, PPR ini hanya dijual kepada mereka yang layak dengan hanya RM35,000 seunit. PPR Taman Danau, Hulu Selangor merupakan penyaluran subsidi Kerajaan secara terus kepada rakyat membuktikan komitmen Kerajaan Persekutuan terhadap golongan setinggan dan berpendapatan rendah untuk tinggal di rumah yang selesa dan mempunyai fasiliti yang mencukupi. 2. Projek ini merupakan janji YAB Perdana Menteri semasa pilihanraya di Hulu Selangor pada 2010 lalu dengan tujuan untuk menyelsaikan masalah perumahan pendudukBaca Lagi


#PRKKualaKangsar: Lebih Pentingkan Hukum Islam Dari Politik

Ekoran dari calon pilihan BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) di P067 Parlimen Kuala Kangsar yang berstatus seorang balu yang masih dalam edah, maka kita mula terdengar suara-suara sumbang yang lebih mirip sebagai ‘oppotunis’ yang tidak puas hati. Ada yang kata ‘pelik’, malah ada yang memaki hamun Datin Mastura Yazid sebagai tidak layak dan ‘gedik gilakan jawatan’. Menariknya, ia tidak datang dari puak pembangkang. Kata-kata negatif itu timbul dari beberapa pihak yang mengaku ‘pejuang sejati UMNO’… Seperti yang kita maklum, Mastura awal-awal lagi mengumumkan diri tidak akan keluar berkempen sepertiBaca Lagi


PAS Tampil “Ala” Pahlawan Melayu Sebagai Simbol Perpaduan Bersama UMNO?

ADAKAH Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mula sedar bahawa Melayu dan Islam itu merupakan dua perkara yang cukup sinonim? Hari ini Muktamar Pemuda PAS di Kelantan telah menampilkan kelainan apabila Nik Abduh Nik Mat yang merupakan Ahli Majlis Syura Ulamak PAS dan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia berpakaian seperti pahlawan Melayu. Sebelum ini Nik Abduh Nik Mat selalu kelihatan berkopiah, namun kini beliau dilihat berani tampil dengan bertanjak dan menyelit keris di pinggang. Ini merupakan muktamar pertama PAS selepas meninggalkan gabungan dengan PKR dan DAP dan membentuk blok baru dengan parti kecil Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN).Baca Lagi


BN Akan Adakan Pertemuan, Elak Salah Faham RUU Pindaan Akta Mahkamah Syariah

BN akan mengadakan pertemuan secara tertutup dengan MIC dan MCA bagi menjawab kekeliruan yang berlaku berhubung usul Rang Undang-Undang (RUU) persendirian Pindaan Akta 355 Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan 2016). Ketua penerangannya, Tan Sri Anuar Musa berkata penjelasan harus diberikan kepada mereka bagi mengelak salah faham berhubung RUU tersebut yang didakwa sebagai Undang-Undang Hudud. “Kita dah beritahu hari itu supaya semua pemimpin bertenang dan perkara ini perlu dibuat konsultasi atau minta penjelasan secara langsung terutamanya dari kabinet. Saya fikir tidak ada apa yang menimbulkan sebarang kegawatan, kita hanyaBaca Lagi


Pencalonan Tetap Sah Walaupun Tidak Hadir Hari Penamaan Calon – SPR

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menjelaskan calon di mana-mana kawasan pilihan raya tetap sah pencalonannya walaupun tidak hadir di hari penamaan calon, demikian kata Pengerusinya Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah. Beliau merujuk kepada Peraturan 6 (2) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981, yang mengizinkan borang pencalonan boleh diserahkan sendiri oleh calon, pencadang dan penyokongnya, atau oleh mana-mana dua, atau mana-mana seorang daripada mereka. “Berdasarkan peraturan ini amat jelas tiada halangan dari segi undang-undang sekiranya borang penamaan calon tidak dikemukakan sendiri oleh calon tersebut tetapi boleh juga dikemukakan olehBaca Lagi


Perdana Menteri lancar ‘Jelajah Turun Padang Bantu Rakyat’

Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Program Jelajah Turun Padang Bantu Rakyat (TPBR) anjuran Biro Kebajikan parti itu di sini. Perdana menteri turut menyampaikan sumbangan kepada kumpulan pertama 50 anak yatim dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai simbolik pelancaran itu. Beliau juga melepaskan 35 buah kenderaan pacuan empat roda yang disertai 150 peserta termasuk Skuad Sayang Wanita UMNO Malaysia, Pemuda dan Puteri selain Sukarelawan Briged Bantuan Bencana Biro Kebajikan UMNO serta wakil media tempatan. Program lima hari yang meliputi lebih 22 lokasi termasuk Sabah itu diadakanBaca Lagi


KPN puji Koperal Ropi bantu OKU

Keprihatinan seorang anggota polis menumpangkan seorang lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) menaiki motosikalnya di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di sini, mendapat perhatian Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar. Khalid menerusi laman Twitter dan Facebooknya, memuji tindakan anggota polis berpangkat Koperal itu selepas gambarnya menumpangkan lelaki OKU yang cacat kedua belah kaki itu tersebar di media sosial dan mendapat perhatian positif netizen. “Syabas Koperal Ropi dari Balai Polis Taman Tun Dr Ismail yang bertugas di Unit Rondaan Bermotosikal kerana membantu seorang lelaki kurang upaya membonceng motosikal beliauBaca Lagi


Malaysia Kekal Antara 20 Negara Paling Berdaya Saing

Malaysia mengekalkan kedudukannya dalam kalangan 20 daripada 61 negara paling kompetitif di dunia mengikut senarai Buku Tahunan Daya Saing Dunia 2016 (WCY) yang diterbitkan oleh pusat daya saing dunia, Institute for Management Development (IMD) yang berpangkalan di Lausanne, Switzerland. Bagaimanapun kedudukan Malaysia turun lima kedudukan ke tempat ke-19 daripada tempat ke-14 pada tahun lepas disebabkan oleh kejatuhan harga komoditi, dolar yang kukuh dan penyusutan lembaran imbangan dalam sektor awam dan swasta, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam satu kenyataan. Ranking itu dinilai bagi 61 negaraBaca Lagi


Pindaan Akta 355: UMNO Tidak Wajar Halang MCA dan MIC Bercakap

Oleh Amin Yatim 1. Pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Pindaan Akta 355 ;Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan 2016) oleh Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Datuk Seri Abdul Hadi Awang minggu lalu hanya memecah belahkan Barisan Nasional dan menguntungkan Pas, DAP dan PKR. 2. Ketika Pas berjaya mengukuhkan kembali sokongan penyokongnya, DAP dan PKR mula meraih lebih banyak undi bukan Islam kerana mereka melihat pembentangan “Private Bill” ini sebagai satu sokongan UMNO kepada Pas dalam melaksanakan Hudud. 3. Dalam Pilihan Raya Kecil akan datang BN boleh melupakan sebahagian lagiBaca Lagi


Mimpi Ngeri Azmin Baru Bermula

MUNGKINKAH Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali sedang dilanda mimpi ngeri ekoran laporan yang dibuat oleh Naib Presiden PKR Rafizi Ramli hari ini terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan rasuah wang dan wanita dalam kerajaan Pakatan Selangor? Kemelut dalaman yang melanda PKR dikatakan merupakan punca utama yang mendorong Rafizi bertindak sedemikian. Tambahan pula, campurtangan dari Tun Dr mahathir yang didakwa cuba membuat pakatan rahsia dengan Azmin Ali sehingga menyebabkan Anwar Ibrahim tidak berpuas hati dengan perkara itu seperti menambah api dalam sekam. Walau apa pun alasan dan andaian berhubung perkara tersebut,Baca Lagi