Menu Utama

Video Dr Zakir Naik Sekolahkan Pelajar Perubatan Di Terengganu! Harap-harap Bukan Pelajar Perubatan UNISZA!

TINDAKAN seorang pelajar perubatan yang mengemukakan soalan berbentuk provokasi kepada pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik,  dilihat seolah-olah bertujuan untuk memburukkankan kerajaan. Semalam, Dr zakir  mengadakan kuliah bertajuk `Pentingnya Perpaduan Dalam Kalangan Umat Islam’, pada Program Syarahan Umum Bersama Dr Zakir Naik di Stadium Tertutup Gong Badak semalam.

zakir 6

Dr Zakir telah menjawab soalan tersebut dengan penuh hikmah sambil menyedarkan pelajar tersebut betapa beruntungnya mereka menjadi pelajar di Malaysia yang mendapat subsidi daripada kerajaan, lebih daripada 90% daripada kos pengajian mereka.

Yuran pengajian perubatan di Malaysia sangat murah jika dibandingkan dengan negara lain di dunia ini, jawab Dr Zakir kepada seorang pelajar perubatan di sini semalam. Menurut beliau lagi, kebiasaannya untuk melatih pelajar perubatan memerlukan perbelanjaan ratusan ribu ringgit.

Walaupun kebanyakan negara di dunia ini , kolej-kolej kerajaan akan mengenakan caj yang sedikit untuk pengurusan pun, kos yang terpaksa ditanggung oleh pelajar masih lagi tinggi.

Namun berlainan dengan Malaysia yang menjalankan dasar kuota sokongan kerajaan yang begitu tinggi untuk pelajar sehingga mereka menikmati subsidi lebih daripada 90% kos pembelajaran. Pelajar perlu tahu bahawa ada sesetengah pusat latihan mengenakan caj kapasiti sekiranya mereka tidak mendapat merit yang disyaratkan.

Sebagai contoh, jika mereka tidak mendapat markah yang diperlukan dalam fizik, biologi, dan sebagainya maka mereka perlu menanggung caj kapasiti. Oleh itu, , masalah tersebut berpunca dari diri mereka sendiri. bukannya kerajaan.

Malahan Dr Zakir mencabar pelajar tersebut untuk menamakan mana-mana pusat pengajian di dunia ini yang mengenakan caj kurang daripada 1000 dollar.

“saya cabar awak utk mencari di mana pusat pengajian di dunia ini yang mengenakan caj kurang daripada 1000 dollar” katanya kepada pelajar tersebut.

Dr Zakir turut menasihati pelajar berkenaan agar tidak menyalahkan kerajaan kerana mengenakan caj yang masih ditahap paling murah di dunia.

Sejak semalam viral di media sosial kenyataan netizen yang mengutuk tindakan pelajar perubatan tersebut.

Saya baru balik daripada kuliah Dr Zakir Naik di Stadium Tertutup Gong Badak. Ada pulak pelajar perubatan tanya soalan bangang. Soalan dia, “Kenapa kerajaan tidak menghargai pelajar perubatan seperti dia yang mungkin akan menemui penawar penyakit kanser? Kerajaan mengenakan caj pengajian yang tinggi hingga memaksa pelajar sepertinya berhutang dan menanggung riba.” Soalan si gadis itu diberi tepukan gemuruh dan sorakan oleh penonton (mungkin daripada student juga).

Dr Zakir pun tanya balik, “Berapa yuran pengajian doktor di Malaysia?”. Student tu pun jawab, “RM3600 setahun”. Terkejut Dr Zakir. Kata Dr Zakir, kos pengajian perubatan di kebanyakan negara mencecah RM100k. Kira baik la tu kerajaan kasi subsidi banyak utk belajar perubatan. Lagipun Malaysia ada pinjaman tanpa faedah. Yang pergi amik pinjaman ada riba tu pasal apa? Itu salah awak sendiri. Di Malaysia ada Pusat Zakat dan Baitulmal. Kalau tak mampu sangat boleh mintak kat sana. Malah, Dr Zakir sanggup membiayai pengajian student tu dan kawan2nya skali. “But please dont blame your government,” katanya.

Padan muka budak tu. Nak cari kesalahan kerajaan sangat, last2 diri sendiri yang malu. Tu la, pegi la dengar ceramah politik lagi. Elok2 otak tu cerdik, terus jadi bangang.

Kita sedar bahawa pembangkang sering meracuni minda para pelajar di pusat pengajian tinggi sehinggakan mereka gagal melihat kebaikan yang dihulurkan oleh kerajaan. Nampaknya kedatangan Dr Zakir Naik ini turut memberi kesedaran kepada beberapa pihak yang tidak pernah tahu bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan kita. Dan yang paling penting, pelajar perubatan ini “disekolahkan” oleh Dr Zakir berkenaan subsidi pelajaran sebanyak 90% yang diberikan oleh kerajaan Barisan Nasional.

 






14 Komen to Video Dr Zakir Naik Sekolahkan Pelajar Perubatan Di Terengganu! Harap-harap Bukan Pelajar Perubatan UNISZA!

  1. orang tua. says:

    Memang gelak besar aku.Pelajar berlagak macam nikata nak buat kajian penawar cancer.John Hopkins dsn Mayo clinic yg tersohor pun sampai sekarang cuma dapat mengurangkan sakit akibat cancer.Dahlah sombong berlagak macam outstanding mefical student.TAK BERSYUKUR DENGAN.MANUSIA SUDAH PASTI ANDA TAK BERSYUKUR DENGAN TUHAN.

  2. ha ha says:

    Pas hanya menganggap diri mereka yang muslim asli, dan akan masuk syurga, tetapi yang kuat mengumpat ahli ahli PAS, negeri negeri di bawah Pas miskin, dan selalu di bantu oleh BN.

  3. Mazlan says:

    …soalan budak tu ala2 paspispus…provokasi & persepsi -ve je…

  4. Heee says:

    Malunya 1 dunia tahu soalan yg bangang dan out of konteks. Studen cam ni otak x bernas.

  5. ayam says:

    Soalan apa punya standard la…camna nak cari cure of cancer lagu tu…nate berok tol

  6. Gabenor Johor says:

    Ckp bahasa inggeris pun tergagap gagap..pelajar tu sendiri ada kanser gagap

  7. syaa says:

    soalan motif politik la tu.pembangkang,belajar dekat universiti selangor punya la mahal.kerajaan selangor buat duit ker buat kebajikan.

  8. anakbochek says:

    Yang best tu ayat “mungkin akan menemui penawar penyakit kanser”. Dia nak kerajaan hargai dia sebab faktor “mungkin”? Come on la, kasi grad dulu la. Macamla kalau dah grad besok kau nak jadi researcher. Silap2 haribulan dia dah bukak klinik swasta.

    Muka nampak cerdik tapi bangang. Ini kan forum bertajuk “Pentingnya Perpaduan Dalam Kalangan Umat Islam”. Apa pulak kena mengena dengan bayaran mahal dan mungkin menemui penawar kanser?

  9. sman says:

    Penawar cancer ,ialah mati.Dah mati habis lah cancer.Itulah yg dia dapat hasil dari kajiannya.

    gabenor johor,

    saya tak bersetuju kalau rendahkan dia kerana tergagap-gagap cakap Inggeris.ramai yg tak fasih bahasa Inggeris tapi hebat.

  10. dindally says:

    Budak hingusan pembangkang memang macm ni. Pembangkang kat Malaysia tak berkualiti.

  11. Inderasakti says:

    Maafkan cik minah tu sebab sia masih muda dan masih naif lagi tu aku dengar la daripada bebudak final u tu yang cik minah sophomore ni ahli muslimah pas terengganu betul ke?

  12. Guan heng says:

    Budak ni kalau jadi doktor jangan la merawat aku, understand dengan understood pun tak tau yang mana satu Dr zakir Naik tegor pun dia tak perasan, budak budak macam ni yang bulu pahat belum tumbuh sudah tidak tau bersyukur,kena bagi under standing dulu baru cair otak yang dibekukan oleh al jubori, kesian aku tewngok budak sekor ni

  13. rockers says:

    x pelah. budak lg. sekurangnye dia berani. kita ade pm seekor yg langsung x de telur.

  14. […] Sumber: http://www.mykmu.net/2016/04/video-dr-zakir-naik-sekolahkan-pelajar-perubatan-di-terengganu-harap-ha… […]

Leave a Reply