Menu Utama

#PRN Sarawak: DAP & Sekutu Hanya Cari Menang Moral Untuk Persediaan PRU14

pkr-dap-670x381

MENGIKUT jumlah kerusi yang masing-masing parti pembangkang bertanding dalam pilihanraya negeri Sarawak kali ini, memang tidak ada kebarangkalian mana-mana parti secara bersendirian boleh membentuk kerajaan di Sarawak, ini fakta dan penulis sudah mengulas mengenainya semalam.

Bentuk kerajaan secara pakat-pakat pun tak mungkin, sebab kali ini DAP hanya pakat dengan PAN, tidak dengan PKR, apatah lagi PAS – kena menang semua kerusi baru logik jadi kerajaan, yang mana amatlah mustahilnya.

Justeru, dari pelbagai sumber maklumat yang diperolehi menunjukkan bahawa pembangkang tidak menyasar untuk menang pilihanraya dan membentuk kerajaan di Sarawak, sebaliknya setakat cari kemenangan moral untuk bantu kempen DAP dan sekutunya dalam PRU14 yang akan datang.

Rakyat Sarawak rasanya sudah nampak permainan puak-puak ini.  Rakyat Sarawak sudah sedar bahawa janji dan segala yang buruk dikatakan mereka mengenai kepimpinan Tan Sri Adenan Satim hanyalah untuk meningkatkan jumlah kerusi DUN dari 15 kepada ikut sasaran mereka 25-26 kerusi.

Dahsyat momentumnya kalau sasaran itu dapat dicapai sebab ia menunjuk peningkatan lebih 100% – bahan kempen yang menarik untuk PRU14 nanti, itu saja tujuannya.

Bukan sebab mereka tu yang nak jadi kerajaan dan mengubah apa buruk yang selalu mereka cakap tentang kerajaan BN di Sarawak dan Pusat pun.

Jadi janganlah kita tertipu dengan permainan politik puak-puak ni hendaknya.  Semua yang mereka buat bukan untuk rakyat tapi kepentingan diri masing-masing.






Leave a Reply

Threesome