Menu Utama

Kecuaian Penulis Ucapan Punca Kemelut MB Terengganu Dan Istana?

Sehingga kini pelbagai spekulasi dan andaian dibuat mengenai kemelut yang melanda negeri Terengganu melibatkan Menteri Besar dan pihak Istana.

Semakin jauh andaian yang dibuat, semakin terlupa kita akan puncanya kemelut tersebut berlaku.

image

Ada pihak yang mendakwa punca berlakunya kemelut ini dikhabarkan kerana teks ucapan yang dibacakan oleh MB Terengganu dalam Majlis Kurniaan Tabungan SSPN-i oleh Yayasan Diraja Sultan Mizan pada Jumaat lalu.

Teks ucapan yang dibacakan oleh Menteri Besar Terengganu dilihat sebagai memperkecilkan pemberian YDSM berbanding sumbangan yang diberi oleh Kerajaan Negeri Terengganu.

Teks ucapan Menteri Besar yang kebiasaannya dipertanggungjawabkan kepada TSIS dan FELO, sebuah badan pemikir dibawah Kerajaan Negeri Terengganu dikatakan telah mencetus kemurkaan DYMM Tuanku Sultan.

Dalam situasi mana-mana pemimpin sekalipun bertungkus lumus bekerja demi kesejahteraan rakyat, pastinya wujud tangan-tangan ghaib yang akan mencuba sedaya upaya menjatuhkan mereka. Malangnya Ahmad Razif juga tidak berkecuali dari serangan-serangan ini.

Pastinya lebih menakutkan dan tidak mustahil jika serangan ini merupakan perbuatan pihak dalaman yang menunggu masa yang sesuai untuk mengheret pihak istana sekaligus dalam kancah perebutan kuasa sesama sendiri.

Pendapat menyatakan, Ahmad Razif hanya ingin menghabiskan teks yang telah disediakan untuknya, lebih-lebih lagi dalam sebuah majlis bersama Sultan. Memandangkan setelah semakan, fakta dan figura di dalam teks adalah tepat sehinggakan pihak protokol juga tidak menemui sebarang kesilapan.

Walaubagaimanapun, sisipan ‘mancis’ juga telah diletakkan dengan begitu teliti dan dijarakkan sehinggakan tiada sesiapa pun yang akan sedar fakta dan figura tersebut sebenarnya mampu mencetus sebuah kemurkaan.

Jika kenyataan sehalus ini tidak mampu disedari sesiapa setelah melalui beberapa peringkat semakan, maka siapakah yang telah menggores ‘mancis’ tersebut kena pada tempatnya bagi mencetuskan kemurkaan DYMM Tuanku Sultan Terengganu?

Menurut sumber-sumber rapat dengan pemimpin kanan Umno Terengganu memberitahu berlaku sedikit kesilapan tanpa disedari oleh menteri besar yang membacanya.

Semoga DYMM Tuanku Sultan Terengganu yang mulia lagi bijaksana dapat menilai kerja keras yang telah dilakukan oleh Menteri Besar Terengganu dalam menjaga kesejahteraan rakyat di Negeri Terengganu dengan baik sepanjang tempoh beliau memegang jawatan sebagai Menteri Besar.

Penulis percaya tuanku adalah seorang yang bijak dan bertimbang rasa dan percaya kemelut ini boleh diselesaikan dengan segera.-MYKMU.NET






23 Komen to Kecuaian Penulis Ucapan Punca Kemelut MB Terengganu Dan Istana?

  1. azmi says:

    Bak kata pepatah…
    TERLAJAK PERAHU BOLEH UNDUR..
    TERLAJAK KATA BURUK PADAHNYA..
    Harap PM Najib Yang Maha Bijak mengadap SULTAN..

  2. Anok tganu says:

    Ni mesti kije orang dalamang nih, natang ape ahmad razif ni mb bagus dri mat id, ahmad razif adop isu pung ditganu, natang nguh

  3. anak selangor says:

    Ha…..ha……ha……
    Daulat Tuanku…..
    Abisla 1MDB……
    Abisla Najibs…….
    Abisla mykemonyet…..
    Abisla dedak….

  4. Inderasakti says:

    Dua dua kat atas tu sengal

  5. Memang Baik says:

    Sering kita baca komen dari separuh pihak mengenai mykmu dengan mendakwa portal ini diserikan oleh penyokong yang tak ada kredibility,kebolehan/ kebijaksanaan. Sering kira baca juga kononnya peserta diportal ini rendah IQ dan memberi sumbangan tulisan yang tak ada substance, tidak membina dan ketiadaan idea.

    Tapi kalau kita baca tulisan 2 penulis yang teratas sana, kita akan faham yang tak ada substance sebenarnya datang dari siapa ? Ketiadaan substance yang mereka maksudkan ialah ketiadaan bahan yang mereka suka baca. Puak2 ini akan hanya tertarik dengan tulisan yang sama haluan dengan cara berfikir mereka. Mereka akan telan, terima dan percaya apa yang mereka suka saja, lain tak ada.

    Mereka akan tertarik jika semua penulis menulis mengenai betapa tak betulnya pemimpin kita, betapa ruginya organisasi yang bernama 1MDB, betapa salahnya amalan terima duit derma.

  6. sman says:

    PM Najib terlalu sibuk dgn usaha menyelamatkan diri dan kedudukan sendiri,anak buah pula sibuk juga utk membantu beliau,sehingga kedudukan sendiri pun terlupa utk di perbaiki.Inilah jadi nya kalau bertindak lambat,membiarkan musuh bergentayangan sehingga mampu membuli kita ,kerana kononnya kita gantleman.PM Najib lambat menangani musuh ,lambat membetulkan pasukan ,lambat mengesan masalah,lambat mengatur langkah ,inilah kelemahan beliau yg saya lihat dari dulu dan masih berlanjutan sehingga ke hari ini.Sekiranya PM Najib dan pasukannya jatuh,ianya bukan lah kerana kekuatan musuh,tapi kerana ‘kelambatan’ beliau bertindak ‘menghapuskan’ musuh.

    SEkarang zaman sudah berubah,yg mendesak pentadbir negara bukan hanya rakyat jelata malahan ‘gulungan mulia’ juga.Penambahbaikan amat perlu di lakukan,semua pihak cerminlah diri,kalau masih berada di takuk lama lebih baik mengundur diri,tak kira lah siapa.Masalah tidak boleh di selesaikan dengan semata-mata sokongan ,tapi adalah dgn memperbaiki dan memperbeltulkan keadaan.Kalau kita hanya sibuk bercengkerama dgn musuh yg belum kemana-mana,akhirnya nanti kita sendir yg tertewas keran keletihan.Inilah keadaannya sekarang.

  7. ayam says:

    Sorang tu sain buta billion2….anak buah lak baca buta2 ucapan..sengal btol la. USD50 juta bond payment dah bayar ke blom? Sengal laa 1MDB…

  8. Kamar says:

    Arul kanada pn dh give up ikut temuramah dia dgn thw edge magazine, dia nyesal terima tawaran bekwrja dgn 1mdb, kahkahkah

  9. ayam says:

    arul ingat tugas dia cuma belit2 org…last2 org yg hire dia gi belit dgn dia2 sekali

  10. jebon says:

    Seperti biasa.

    Cari kambing hitam, buat korban.
    Makan dgn capati atau roti Nan.

    Dah lama tak singgah ke laman Mykemut2.
    Masih macam dulu,ampu selagi boleh, tagline yg wajib dipertahan.
    Demi mendapat dedak, bekalan perut anak bini yg kelaparan.

    Semoga tak dirundung lagi sial dan bencana alam.
    Teruskan menjamban.

  11. hamPAS says:

    Sultan Ganu.. Daulat Tuaku, takkan sikit punya hal pun nak murka, bukan En Razif tu langgar peraturan Negeri. Atau disabit dengan jenayah. begitu ramai ahli korporat dan kepala samseng mcm Ahmad Said, berdamping dgn pihak istana terlibat pelbagai aktiviti buruk, haram tapi pihak Istana takpula kusah nak murka atau hukum tarik darjah kebesaran.. Sultan yang Adil disembah, Sultan tonggak rakyat, menyatupadukan rakyat bukan yg memecahbelahkan bangsa. hanya isu remeh. Allah SWT Maha Pengampun, sikit punya banyak hambaNya melanggar perintahNya. Apakah Allah SWT terus murka?

    bila mati nanti segala kedudukan akan hilang, membusuk jasad dalam tanah.. Allah tak tanya kamu raja atau rakyat jelata.. Allah tanya keimanan dn amalan.

    jgnlah sombong atas muka bumi Allah ini

  12. hamPAS says:

    Aku bosan betui dgn tulisan2 langau macai dedak tamat tempoh ni xhbis2 nk main isu imdb. naik meloya tekak main isu bodoh ini wpun dh korek reka segala bujti satu dunia utk sabitkan Najib, so dhxde bukti salah dan pihak berwajib dh clear kn isu ini..sudah2lah.. bosan gilerr

    lge seleweng harta rakyat, rasuah terang2 macai2 ni xde sibuk pon nk ulang. nmpk sgt bohong dn bkb pejuang kebenaran.. hnya pematuk desak tamat tempoh.
    yg aku tau Arul Kanda ckp dia benci Tony Puaka.. klu dia xterima jwtn tu xdelah dia berjaya pulihkn hutang terjamin kpd tunai rm2.3billion. nk sembng mcm.lalat hurung tahik.. itu je lah macai boleh.

  13. che ted says:

    Ini isunya pasal ucapan. Tapi pemakan dedak protun dah divert ke ds najib. Good job guys kalau tak mahir kupas isu tak payahlah tunjuk teror kat sini. Ni kalau di pentas ceramah mmg saja kena boo. Kalau rasa nak ikut prinsip protun bhwsanya kroni adalah no.1 silakaaan ke sana. Isu 1MDB sudah selesai terpulanglah pd arul kanda utk letak jawatan ke apa. Sudah tiada kes lagi kenapa pihak pemakan dedak protun masih nak kacau dia? Suka2 ckp najib lemahlah apalah pokoknya isunya sudah selesai skrg masa utk perang di sarawak. Minda outdated betul.

  14. anak selangor says:

    Dah sengal nampaknya….
    Nah dedak…..pi main jauh jauh….ha4….

  15. Kamar says:

    Apa mendanya yg dh selesai tu che ted, ari ni 25hb tahu la sama ada ipic nk byr pd 1mdb supaya 1mdb ble bayar pemilik bond, kalau tkde duit rakyat yg akan digunakan oleh najib, oops menteri kewangan utk byr intetest bond2 tu, selesai ke tu che ted, jgn duduk baca utusan je layar2 internet,cari sumber2 bru komen

  16. Mamat says:

    Jgn jadi mcm ayam.. taik pun dia mkn sbb baginya taik pun sedap.
    Jadilah manusia yg resional dan bermaruah…

  17. Andon says:

    Puncanya MB terlalu percayakan para penasihat beliau…akhirnya penasihat jadi punahsihat. Akibat daripada penasihat iaitu Ketua TSIS yang seperti kaduk naik junjung.

  18. Benar says:

    Janganlah memberi alasan budak kecil untuk MB.

    Ucapan kalau pun ditulis orang yang diupah, pembacanya perlu cerdik bukan buta-buta membaca. Sama seperti menandatangani dokumen, jangan menandatangan dan kata tidak tahu pun apa yang ditandatangani.

    Perkara senang pun tak tahu buat, buat apa jadi MB atau PM?

  19. dina says:

    tak perlu salahkan orang lain.
    salahkan diri sendiri….mb tidur ke masa baca teks tu.
    kalau benda simple pun boleh lalai….inikan pulak benda lain yang lebih penting.

  20. jebon says:

    HamPAS.

    Ko sibuk nak korek pasal rasuah, perangai LGE sial tu, tapi ko lupa PUNCA semua kemelut yg berlaku di Penang ni.

    Jawab soklan ni, sambil tengok cermin.

    Siapa 2 pemimpin BN dlm PRU12 yang telah ‘menyerahkan’ Penang untuk dijajah oleh DAP sial?

    Kenapa Najib gagal menawan semula Penang dlm PRU13?
    Kenapa Tsunami undi Cina berlaku diPRU13?

    Najib gagal sejak dari PRU12 lagi.
    Ini fakta bukan auta.

  21. anak selangor says:

    Dedak = hamPAS
    Badrole amin = butthole aaaaa…. main
    Mykmu = mykemonyet
    Patut la website ni penuh dgn taik……

  22. rockers says:

    aii.. najib kan lg power… takkan ni pun x blh selesai.. kluu pembangkang yg kena, tepuk tangan pemakan dedak.. hehe..

  23. Kamar says:

    Ini la keadaan msia skrg,semua ble sign dokumen dn lps tangan ckp dia sign buta je, dr segi ucapan ucap la apa saja dn lps tangan dn ckp dia tk sediakan ucpan tu kahkahkah tp pekara ni kalau dilakukan oleh kumpulan anti najib bersiap sedia la utk disiasat oleh pdrm

Leave a Reply