Menu Utama

Sunday, April 24th, 2016

 

#PRN Sarawak: DAP & Sekutu Hanya Cari Menang Moral Untuk Persediaan PRU14

Rakyat Sarawak sudah sedar bahawa janji dan segala yang buruk dikatakan mereka mengenai kepimpinan Tan Sri Adenan Satim hanyalah untuk meningkatkan jumlah kerusi DUN dari 15 kepada ikut sasaran mereka 25-26 kerusi.


Kecuaian Penulis Ucapan Punca Kemelut MB Terengganu Dan Istana?

Sehingga kini pelbagai spekulasi dan andaian dibuat mengenai kemelut yang melanda negeri Terengganu melibatkan Menteri Besar dan pihak Istana. Semakin jauh andaian yang dibuat, semakin terlupa kita akan puncanya kemelut tersebut berlaku. Ada pihak yang mendakwa punca berlakunya kemelut ini dikhabarkan kerana teks ucapan yang dibacakan oleh MB Terengganu dalam Majlis Kurniaan Tabungan SSPN-i oleh Yayasan Diraja Sultan Mizan pada Jumaat lalu. Teks ucapan yang dibacakan oleh Menteri Besar Terengganu dilihat sebagai memperkecilkan pemberian YDSM berbanding sumbangan yang diberi oleh Kerajaan Negeri Terengganu. Teks ucapan Menteri Besar yang kebiasaannya dipertanggungjawabkanBaca Lagi


#PRNSarawak : BN yakin tawan semula kerusi tewas – Abang Johari

Barisan Nasional (BN) Sarawak yakin dapat menawan semula kerusi yang tewas semasa pilihan raya negeri (PRN) 2011, pada PRN ke-11, bulan depan. Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, berkata ini boleh dicapai melalui perpaduan yang kukuh dalam kalangan penyokong terutama pengundi masyarakat Cina. “Kita tewas kerusi di kawasan bandar sebelum ini (semasa pilihan raya lepas) kerana perbalahan dalaman antara kita dan bukan disebabkan mereka (pembangkang) kuat. “Saya yakin bahawa jika masyarakat Cina bersatu, kita boleh memenangi semula kerusi di kawasan bandar,” katanya kepadaBaca Lagi


#PRNSarawak: Belajar Hormat Negeri Sarawak

Sudah berkali-kali penulis berpesan kepada pihak media yang membuat liputan di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak supaya menghormati dan menjaga etika kewartawanan ketika bertugas di sana, namun masih ada yang degil. Laporkan apa yang benar dan kenyataan yang benar-benar dimaksudkan sahaja. Janganlah cuba-cuba ‘spin’ atau putar belit kenyataan yang dibuat oleh para pemimpin di Sarawak kerana tindakan seperti itu sememangnya tidak dapat di terima di bumi kenyalang. Namun mungkin kerana terlalu terikut-ikut dengan ‘style’ di Semenanjung dan tidak dapat mengubah cara yang terbiasa ‘suka spin kenyataan’ maka khabarnya ada yang terpaksaBaca Lagi


#PRNSarawak: Tindakan DAP letak Aziz hanya helah politik.

Tindakan DAP letak calon muda hanya helah politik Langkah DAP meletakkan calon muda, Abdul Aziz Isa, untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Stakan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak hanya sandiwara dan untuk meraih sokongan pengundi muda. Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Razali Ibrahim, berkata ini kerana DAP hanya mahu menutup hakikat bahawa parti itu sebenarnya dikuasai oleh seorang pemimpin saja iaitu Penasihatnya, Lim Kit Siang. Razali yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata Barisan Nasional (BN) dan UMNO sudah meletakkan calon muda dalam pilihan rayaBaca Lagi


Hasrat Adik Asyraf Temui PM Bakal Tertunai Hari Ini

KUCHING: Hasrat adik Asyraaf ingin berjumpa Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang tersebar di media tempoh hari bakal tertunai hari ini. Keinginan adik Asyraaf yang ingin berjumpa dengan idolanya tersebar di laman media sosial apabila ibunya Zurina Jamil 37, memuatnaik mengenai hasrat anaknya itu di Facebook. Najib dijadualkan akan meluangkan masa untuk berjumpa dengan adik Asyraaf hari ini. Zurina melahirkan rasa syukur menerusi laman Facebooknya kerana akhirnya permintaan anaknya ditunaikan. Adik Asyraaf penghidap penyakit hati atau nama saintifiknya Allagile Syndrome sejak usianya mencecah tiga tahun. Sarawakiana.net


#PRNSarawak : Politik Pembangunan Sarawak Perlu Diteruskan Tanpa Gangguan Anasir Luar

Politik pembangunan sedang dilaksanakan kerajaan Sarawak dengan kerjasama kerajaan pusat tidak perlu diganggu oleh sebarang anasir luar yang tidak tahu keadaan politik negeri ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata tindakan menyekat beberapa individu daripada masuk ke negeri ini bertujuan untuk mengekalkan keharmonian Sarawak. “Di sini (Sarawak), tiada sebarang masalah politik. Tetapi ada pihak yang datang, sengaja ingin menimbulkan masalah. “Kita sudah aman…kita tidak mahu politik pembangunan yang sedang dilaksanakan diganggu-gugat oleh pihak luar,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Semarak Perpaduan Bersama Pemimpin di RumahBaca Lagi


Cabar Dr. M umum calon PM, TPM

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dicabar untuk mengumumkan calon-calon pilihan beliau sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Setiausaha Akhbar Perdana Men­teri, Datuk Seri Tengku Sa­riffuddin Tengku Ahmad berkata, pengumuman itu akan menamatkan segala spekulasi yang mendakwa Dr. Mahathir sedang membuka laluan untuk anak­nya yang juga bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz. Beliau turut mempersoalkan mengapa Dr. Mahathir selalu mengelak daripada menjawab isu tersebut serta tentang perancangannya terhadap masa depan Mukhriz dalam politik. “Sekiranya Dr. Mahathir mahu rancangannya untuk menjatuhkan Perdana Menteri mempu­nyai kredibiliti, beliau mesti menjawabBaca Lagi


Threesome