Menu Utama

April, 2016

 

#PRNSarawak : Kerajaan Tidak Akan Naikkan Kadar GST – PM Najib

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengulangi pendirian bahawa kerajaan tidak mempunyai sebarang rancangan untuk menaikkan kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). Perdana menteri berkata kadar enam peratus pada masa ini akan dikekalkan. “Sebagai Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, saya ulangi jaminan bahawa langsung tidak ada perancangan untuk mengubah kadar GST pada masa ini dan ia akan dikekalkan,” katanya dalam catatan terbaharu di blog beliau hari ini. Najib yang beberapa hari berada di Sarawak untuk kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak berkata beliau mendengar khabar angin mengenai kenaikan kadar GSTBaca Lagi


#PRNSarawak: DAP Tipu Rakyat Pasal GST

GST adalah antara senjata utama kempen DAP di Sarawak selain isu-isu berkaitan sentimen anti Semananjung (DAP sendiri dari Semenanjung), tanah adat, agama, kaum dan sebagainya.  Untuk GST ini saja, 2 perkara DAP bohong rakyat, yang pertama konon kerajaan persekutuan akan naikkan GST kepada 10% kalau BN menang balik dan Pulau Pinang takde GST. Dua-dua ini pembohongan besar.  Menteri yang berkaitan dah sahkan tidak ada perbincangan ke arah itu (naikkan GST).  Lagipun baru setahun lebih sikit GST ni dilaksanakan, takkan nak naikkan dah sekalipun terbukti ia tidak memiskinkan sesiapa di negaraBaca Lagi


#PRNSarawak : BN Sarawak dijangka menang antara 68 dan 72 kerusi – Abang Johari

Barisan Nasional (BN) Sarawak dijangka memenangi antara 68 dan 72 kerusi pada pilihan raya negeri (PRN) 7 Mei ini, kata Timbalan Presiden PBB, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg. “Tengah hari tadi, kita (BN Sarawak) mencongak-congak kita akan dapat 68 hingga 70 kerusi. Mungkin juga 72 kerusi. Tetapi keyakinan kita ketika ini ialah (sekurang-kurangnya) 68 kerusi. “Kita nampak (kemenangan) daripada maklum balas yang kita terima setakat ini,” katanya selepas parti-parti yang bertanding memasuki hari kelima kempen. Penamaan calon berlangsung 25 April lepas. Abang Johari, penyandang kerusi Satok, berucap merasmikan PadangBaca Lagi


ADUN Seberang Jaya Diarah Bayar RM280,000 Kepada Empat Wakil Rakyat BN

Mahkamah Tinggi di sini hari ini mmerintahkan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya Dr Afif Bahardin membayar ganti rugi berjumlah RM280,000 kepada empat wakil rakyat Barisan Nasional (BN) kerana memfitnah mereka berhubung penjualan tanah Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Butterworth. Pesuruhjaya Kehakiman Lim Chong Fong memerintahkan Dr Afif daripada PKR membayar RM70,000 masing-masing kepada Anggota Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya, ADUN Telok Ayer Tawar Datuk Jahara Hamid, ADUN Permatang Berangan Omar Abd Hamid dan ADUN Sungai Dua Muhamad Yusoff Mohd Noor. Beliau juga mengarahkan Dr Afif selaku defendanBaca Lagi


Tuduhan WSJ, Sarawak Report meleset – Awang Adek

Tuduhan The Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report kononnya pelantikan Gabenor Bank Negara yang baharu, Datuk Muhammad Ibrahim bagi menggantikan Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz, dibuat disaat-saat akhir adalah meleset sama sekali. Bekas Duta Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, spekulasi liar yang dicetuskan oleh WSJ dan Sarawak Report itu tidak perlu dilayan kerana yang penting keputusan tepat telah dibuat oleh kerajaan dengan melantik Muhammad. “Yang pasti segala spekulasi bukan sahaja tidak benar malah terbukti meleset,” katanya yang pernah berkhidmat sebagai Penolong Gabenor BankBaca Lagi


Bukan mudah serah pulau kepada Dr. Zakir

Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman hari ini mengesahkan kerajaan negeri masih belum memutuskan untuk memberi tiga buah pulau di Tasik Kenyir kepada pendakwah dan ilmuwan antarabangsa, Dr. Zakir Naik sebagaimana yang heboh diperkatakan sekarang. Beliau memberitahu, buat masa ini, perkara itu masih dalam peringkat rundingan antara kedua-dua belah pihak dan proses itu perlu mengikut peraturan tertentu serta prosedur ditetapkan, bukannya dibuat secara semberono. Dalam masa sama, Ahmad Razif turut mengesahkan perkara itu berbangkit setelah kerajaan ne­geri pada awalnya menerima permohonan mengenainya daripada pendakwah itu untuk menjadikan pulau tersebut sebagaiBaca Lagi


BR1M Kena Pohon, Rasuah Tidak

TAK sedar semalam rupanya kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak membayar BR1M kepada semua penerimanya.  Antara lain BR1M adalah duit penjimatan dari penghapusan subsidi seperti minyak dan gula yang sebelum ini semua orang merasa, kini orang yang benar-benar perlu sahaja. Atau lebih dikenali sebagai subsidi terarah.  Tentu arahlah sudah, sebelum ni orang kaya, orang asing, semua ngap. Tapi yang best tu, senyap sunyi dapat BR1M ni adalah kerana kebaikan kerajaan tu seboleh-boleh nak kena disenyapkan.  Cuba naik 5 sen ke 10 sen dimana-mana, dia punya memekak, kalah gagak takBaca Lagi


WAHABI BUKAN AJARAN SESAT

Pagi ini dua kali saya bangun untuk menjawab soalan-soalan Ahli-ahli Dewan Negara di Parlimen. Salah satu soalan yang dibangkitkan ialah status fahaman Wahabi yang didakwa sebagai ajaran sesat. Sudah berkali2 soalan ini dibangkitkan di Parlimen bahkan seringkali menjadi polemik di kalangan masyarakat. Berhubung dengan fahaman wahabi, Muzakarah Jkuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia telah membincangkan perkara ini beberapa kali, iaitu pada kali ke-12 (1985), kali ke-14 (1985), kali ke-16 (1986), kali ke-40 (1996), kali ke-42 (1997) dan kali ke-44 (1998). Ia juga dibincangkan dalam Mesyuarat PanelBaca Lagi


#PRNSarawak : Adenan Satem Juarai Isu Tanah Adat, Bukan Pembangkang – Najib

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Barisan Nasional (BN) negeri pimpinan Tan Sri Adenan Satem sebenarnya menjuarai isu Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak dan bukannya pembangkang. Beliau berkata ketua menteri Sarawak itu mengambil tindakan konkrit untuk menyelesaikan isu tersebut demi faedah rakyat negeri ini. Menurutnya, kerajaan pusat telah meluluskan RM100 juta untuk program pengukuran perimeter NCR di Sarawak bagi memberi surat hak milik kekal kepada rakyat negeri ini. “Kononnya dia (calon PKR bagi Ba’Kelalan Baru Bian) menjuarai NCR, juara Tanah Adat, tetapi yang menjuarai Tanah AdatBaca Lagi


Kerja Dilakukan Sejak 2009 Membolehkan Malaysia Mendepani Kejutan Ekonomi – Salleh

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak hari ini memberi penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi “kerja dilakukan sejak 2009” yang telah membolehkan Malaysia mendepani “kejutan ekonomi yang melanda kita”. Beliau berkata hasilnya rakyat Malaysia terus menikmati kehidupan yang aman dan boleh meneruskan “kehidupan seperti biasa sepertimana sebelum berlaku ribut ekonomi”. Najib memegang jawatan sebagai Perdana Menteri pada April 2009. Menerusi catatan dalam blognya, Salleh berkata pada hari ini ekonomi global membawa impak ke atas semua negara dan Malaysia tidak terkecuali dan apabilaBaca Lagi