Menu Utama

Skandal Guan Eng: Nak Tengok Sejauh Mana ‘Profesionalnya’ SPRM

eb94bf7b9ac9136b35601e32b8c08dab_XL

BANYAK dicakapkan orang sebelum ini bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agak ‘takut-takut’ bila menyiasat kes-kes berkaitan pemimpin pembangkang tapi terlebih aktif bila menyiasat kes membabitkan pemimpin kerajaan macam dalam isu dakwaan palsu yang dikenakan ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kebenarannya itu kita tak pastilah tapi memang rakyat melihat banyak dakwaan penyelewengan membabitkan pemimpin pembangkang yang didedahkan tapi tak tahu apa hujung pangkal.  Contoh dalam soal pemberian tender balak kepada satu syarikat kosmetik tak berapa lama sebelum ini di Selangor, apa perkembangan kes itu?  Tapi cuba kena kat Najib, macam-macam kenyataan bercanggah dibuat oleh pihak berkaitan SPRM, termasuk membabitkan tuhan dan sebagainya.

Bagaimanapun, kes terbaru membabitkan Ketua Menteri Pulau Pinang dalam satu skandal membabitkan pembelian rumah yang didedah Ahli Parlimen Tasek Gelugor di Parlimen hari ini, adalah peluang terbaik untuk SPRM membetulkan persepsi tersebut.

Setakat buat kenyataan media berulang kali konon Suruhanjaya itu profesional dan sebagainya dah tak laku dah sebab profesional profesional pun, ada jugak kes pegawai kanan bercerita hal kerjanya kepada bini dan bini ini pulak bercerita dalam FB – profesional kejadah apanya itu?

Apa jadi dengan perkara tersebut kita tak tahu, diam saja semua pihak nampaknya.

Sebab itu penulis katakan skandal ini adalah peluang terbaik SPRM untuk membuktikan kepada rakyat akan intergriti suruhanjaya tersebut.  Kita juga mahu SPRM melayan skandal ini sama seperti SPRM melayan dakwaan palsu yang dilempar kepada Najib.  Maklumkan kepada rakyat akan perkembangan siasatan dari masa ke semasa, dah berapa orang dipanggil, dah tinggi mana dokumen dirampas dan sebagainya, baru betul.

Kalau Perdana Menteri boleh kena, Ketua Menteri ni apa sangat, bukan tinggi mana pun jawatan tu.  Lepas itu serah kepada Peguam Negara untuk tentukan tindakan lanjut, mudah sangat kerja tu, apatah lagi ‘precedent’ kepada kes seumpama ini dah ada.

Rakyat masih meletak harapan kepada SPRM sebagai badan ulung menyiasat hal-hal berkaitan rasuah dan salah guna kuasa seperti ini, jangan kecewakan harapan rakyat.






17 Komen to Skandal Guan Eng: Nak Tengok Sejauh Mana ‘Profesionalnya’ SPRM

  1. dkds says:

    Dah jelas penjualan tanah pada syarikat owmer rumah yang dijual kepada guan eng dengan harga cepumas satu rasuah ! Sprm jgn buat bangang pula , kes penjualan tanah itu pun dah dilapor dari 2012 lagi….!

  2. azmi says:

    SPRM kata tunggu SELASA DEPAN…HE HE HE…

  3. Habag hang says:

    Tuan penulis dah laporan ke Blum..setakat tulis kat sini, minta sprm buat siasatan x boleh macam tu..Tuan buat laporan dulu..adios

  4. che ted says:

    Media pro BN wajib push isu ini. Jelas ada unsur rasuah. Jika Dr. Khir Toyo sangkut macam mana Guan Eng boleh lepas? Jangan ada double standard. TPM tolong ambil serius hal ini. Integriti Umno Selangor sudah tercalar gara2 kes Dr. Khir. Ini bukan balas dendam tetapi mrlaksanakan keadilan. Penerangan isu ini cukup mudah difahami rakyat. ‘Dia beli dari proksinya bawah harga pasaran’. ‘-Ohh.. macam tu’. Kata makcik Timah.

  5. Habag hang says:

    Ahli parlimen tu kenapa dia x buat laporan..kenapa nak cakap dalam dewan..

  6. ha ha says:

    Banyak lagi kes makan rasuah oleh DAP di Pulau Pinang, check akaun DAP, bangunan dap berjuta juta ringgit, check Akaun Lim Guan Eng, berbilion ringgit di dalam nya(wallahuallam datang darimana), check gaji menteri Pulau Pinang , gaji mencecah lebih rm53,000 ribu ringgit sebulan, BN tolong laporkan perkara ini kepada polis dan tidakan seterusnya SPRM, check wang ringgit suku sakat keluarga dan dinasti lim dan adun adun dap, kebanyakkan jadi kontraktor di Pulau Pinang

  7. system baru says:

    Macam INIlah, sikap sprm seperti bpr bawa jabatan pedana menteri ketika era tun m dulu hanya tangkap ikan bilis je, jika mereka tak nak di ubah sikap sprm ,Rakyat akan pandang sprm seperti bpr ketika era tun m gagal selesaikan kes pkfz Dan kes perwaja, sepatut sprm dah jadi suruhanjaya patut kena siasat kes guan eng terima rasuah itu

  8. Pemerhati says:

    betul kata penulis rakyat nak tengok sejauh mana ‘profesyenal’nya SPRM…si lahanat lim guan eng kata dia beli rumah banglo itu takde swimming pool, nampak tak dia cuba nak divert isu sebenar?

    isu sebenar atau persoalan yang menghairankan rakyat ialah kenapa 7 tahun yang lepas rumah banglo itu dibeli dengan harga RM2.5 juta & 7 tahun kemudian dijual dengan harga RM2.8 juta(lebih RM300 ribu sahaja) kepada lim guan eng sedangkan nilai hartanah di kawasan di mana rumah banglo tersebut terletak telah naik berlipat kali ganda sejak 7 tahun lepas

    jangan lupa, sebelum dijual pemilik rumah banglo telah membuat kerja baik pulih(renovation) kepada rumah banglo tersebut…jika RM300 ribu itu ialah kos untuk membuat baik pulih & dimasukkan ke dalam harga jualan, rumah tidak akan dijual dengan harga RM2.8 juta berdasarkan nilai semasa harga hartanah di kawasan di mana rumah banglo itu terletak

    MP Tasek Gelugor sudah memberitahu berapa harga sebenar rumah banglo tersebut mengikut nilai semasa…SPRM boleh menggunakan penilai hartanah mereka yang tersendiri bila membuat siasatan nanti sama ada benar atau tidak nilai/harga sebenar yang diberitahu oleh MP Tasek Gelugor…jika benar apa maknanya? apa tindakan SPRM selanjutnya?

    buatlah kerja(siasatan) dengan profesyenal, janganlah hendaknya SPRM menggunakan penilai hartanah dari firma ‘taikhooching’ yang sudah tentu akan berkata harga jualan RM2.8 juta itu melampau & harus dijual bawah RM2.8 juta

    hehehehehehehe

    dalam kes DS Khir Toyo, mahkamah(rayuan) tetap mendapati DS Khir Toyo bersalah & dipenjara 12 bulan walaupun orang yang menjual tanah & rumah banglo separuh siap itu kepadanya tidak diberi apa2 habuan atau balasan seperti diberi kebenaran/kelulusan supaya dapat membeli tanah dengan harga dibawah nilai pasaran(sebut ‘murah’) dari kerajaan negeri Selangor dimana DS Khir Toyo adalah MB pada masa itu

    dalam isu(semoga menjadi ‘kes’) lim guan eng pula, orang yang menjual rumah banglonya itu kepada lim guan eng merupakan pemegang saham dalam sebuah syarikat yang telah diberi kebenaran/kelulusan supaya dapat membeli sebidang tanah dengan harga dibawah nilai pasaran(sebut ‘murah’) dari kerajaan negeri P.Pinang dimana lim guan eng adalah KM pada masa itu & kini

    sebidang tanah itu telah digazetkan oleh kerajaan negeri P.Pinang terdahulu(BN) untuk membina rumah kepada rakyat susah dengan sewaan RM100 sebulan…apa dilakukan oleh lim guan eng(membenarkan syarikat kepada orang yang menjual rumah banglonya itu kepada lim guan eng) adalah jelas satu penganiayaan kepada rakyat susah yang memerlukan rumah untuk mereka tinggal…lim guan eng & DAP telah merompak tanah rakyat susah ini untuk diberikan kepada kroni2/kapitalis2 mereka

    sekiranya lim guan eng dapat didakwa & dibicarakan, apakah boleh kita berkata mahkamah adil jika mahkamah mendapati tidak bersalah & membebaskan lim guan eng?

  9. Pemerhati says:

    lim guan eng patut ikut lakukan seperti Najib lakukan, sebelum ada pihak membuat laporan kepada pihak berkuasa tentang isu 1MDB & derma RM2.6 bilion Najib secara gentlemen mangarahkan pihak berkuasa siasat

    tidak perlu menunggu mana2 pihak membuat laporan terlebih dahulu, lim guan eng harus menjadi seorang gentlemen dengan mengarahkan pihak berkuasa menyiasat skandalnya tentang pembelian rumah banglo dengan kaitan si penjual rumah banglo yang syarikatnya diberi kebenaran untuk membeli tanah yang telah digazetkan untuk membina perumahan rakyat termiskin

    nak suruh orang buat laporan boleh membuat SPRM menjadi sambil lewa lagi

  10. Sen says:

    Jika tonton video di Dewan Rakyat, ahli2 parlimen DAP memang benar2 sangat terdesak nak backup tokong mereka sehingga ejekan surendran tu macam budak tadika hingusan. Cara mereka cakap seolah2 SPRM tu mereka yang punya. Pelik…

  11. cempakazaleha says:

    wah! rumah ‘khalifah umar abdul aziz’ yang zuhud pun berharga rm2.8 juta. rupa-rupanya sezuhud-zuhud ‘khalifah umar’, menjadi ketua kerajaan negeri terkaya di malaysia dengan nilai harta rm2.87billion. wow, di zaman milineum ni si ‘khalifah umar’ dah bertukar jadi si QARUN…

  12. Mazlan says:

    …nama baru sprm…SPRMBILIS…

  13. ha ha says:

    SPRM apabila di tekan dan di desak baru buat kajian dan investigattion, puak pembangkang akan bantu membantu dan spin sana sini, seperti blog pembangkang ingin menjatuhkan kerajaan pimpinan orang ISLAM

  14. ha ha says:

    Sedarlah orang Melayu, puak pembangkang ingin menghakiskan hak melayu dan ketuanan melayu di Tanah Melayu

  15. osthman manaf says:

    Bubar sahaja SPRM tu klu Badan ini (SPRM) ni dah di pengarugi oleh pihak parti pembangkang Dapig, pakirPKR dll NGO, Hal ehwal rasuah tubuh kembali BPR di bawah kementerian undang2 negara. atau polis jer…

  16. arul belanda says:

    akhir nya ALLAH kabulkan doa Dr Khir Toyo yg teraninaya…SPRM sekarang tengah tersepit dgn cerita terbaru ni…nak siasat ke tak…???
    kalau siasat pun sekadar melepas batuk di tangga jer…..lain lah kalau org Melayu UMNO….hari ni siasat, esok pagi kertas pendakwaan dah siap…esok petang dah boleh masuk penjara…..kan..kan MR SPRM…???

  17. kakak says:

    Sekarang kita semua hendak tengok benar berlaku bukan “tunggu dan lihat” SPRM proaktif seperti yang mereka dakwa selama ini.

    Buktikan!!!!

Leave a Reply

Threesome