Menu Utama

Shabudin Enggan Layan Jemputan Guan Eng Bersemuka

Anggota Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya tidak berminat melayan jemputan Lim Guan Eng bersemuka bagi mengemukakan bukti dakwaannya berhubung amalan rasuah dalam pembelian rumah oleh Ketua Menteri Pulau Pinang itu di Jalan Pinhorn, George Town.

Sebaliknya, Shabudin berkata pihaknya mahu Lim bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan terhadap isu berkenaan dan penjualan tanah kos rendah di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin, George Town.

Katanya sebagai seorang ahli politik veteran dan ketua menteri, Lim sewajarnya bertindak lebih matang dengan menyerahkan isu ini untuk disiasat pihak berkuasa kerana institusi inilah yang mempunyai bidang kuasa menilai, menyiasat dan membuat keputusan.

“Tambahan pula semasa sidang Parlimen saya tidak pernah meminta beliau memberi apa-apa penjelasan terus kepada saya.

“Sebaliknya saya mengajukan fakta dan persoalan kepada tiga pihak utama iaitu Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, SPRM dan JPPH (Jabatan Penilaian dan Pembangunan Harta) untuk mendapatkan jawapan dan penjelasan,” katanya pada sidang akhbar di sini Ahad.

Shabudin berkata beliau bersedia disoal oleh SPRM dan mengemukakan dokumen tertentu berhubung dakwaannya itu untuk dinilai, disiasat dan disemak oleh suruhanjaya berkenaan.

Pada persidangan Dewan Rakyat Khamis lepas, Shabudin yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang, meminta JPPH membuat penilaian berhubung hartanah berharga RM2.8 juta yang dibeli Anggota Parlimen Bagan itu di Jalan Pinhorn, sedangkan nilai semasa rumah tersebut dikatakan lebih RM3 juta.

Shabudin turut meminta SPRM menyiasat dakwaan penjualan beberapa lot tanah di Pulau Pinang yang dikatakan asalnya diperuntukkan untuk pembinaan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin.

Lim pada sidang akhbar keesokan harinya mencabar Shabudin bersemuka secara satu-sama-satu di hadapan media massa di pejabatnya untuk berbincang berhubung isu berkenaan.

BERNAMA



« (Previous News)



16 Komen to Shabudin Enggan Layan Jemputan Guan Eng Bersemuka

  1. Su says:

    Kah kah kah LGE perlu memberi kerjasama untuk disiasat oleh SPRM dan PDRM bukannya menjawab kepeda AP Tasik Gelugur. Jangan nak konar2 pulak. SPRM pulak jangan nak makan rasuah …..Isunya sama macam Khir Toyo.

  2. azmi says:

    shahabudin sendiri pegi la buat repot kat PDRM/SPRM..
    jangan la berani buat tuduhan dalam parlimen tetapi tak berani buat repot..
    jangan baling batu sembunyi tangan..
    kalau dia datang tadi LGE dengan senang hati boleh bawak shahabudin melawat rumah dia..

    GEORGETOWN – Ketua Menteri, Lim Guan Eng membawa lebih 30 petugas media ke rumahnya di Jalan Pinhorm di sini bagi menepis semua fitnah dan tohmahan ke atas pembelian rumahnya itu.
    Guan Eng menjemput kesemua media yang menghadiri sidang medianya di Komtar untuk membuat lawatan itu bagi melihat sendiri kondisi rumahnya itu
    Menurutnya, dia adalah satu-satunya Ketua Menteri yang berani bertindak demikian dan tindakan itu dilihat pertama kali dibuat oleh seorang pemimpin negeri.
    “Saya tidak tahu sama ada tindakan saya ini akan menjadi amalan kepada Ketua Menteri atau Menteri Besar negeri lain. Adakah mereka berani dan cukup telus untuk buat apa yang saya lakukan hari ini?
    “Rumah ini rumah biasa sahaja berbanding rumah pemimpin lain. Saya tidak faham mengapa pembelian rumah ini menjadi isu besar dan saya yakin, ia adalah fitnah ke atas saya,” katanya kepada media di rumahnya tadi sambil ditemani isterinya, Betty Chew.

    SHAHABUDIN BILA PULAK NAK AJAK MEDIA DATANG RUMAH DIA?..
    HE HE HE…

  3. Azam says:

    Sprm jgn gerun dgn sekor ni..walau di luar sana ratusan peguam pro pembangkang..sudah tentu berbelit lidah nak mempertahankan..jangan terlepas pandang..jgn tgu selepas pru..

  4. burrpp.. says:

    Shahbuddin bertindak bijak, tidak terperangkap di dalam permainan LGE (Lanjiao Guan Eng). Bukan caranya memanggil Shahbuddin datang, tapi panggil la SPRM datang. ADA FAHAM KAA??

  5. Aan says:

    Kalau Khir Toyo dapat 12 bulan, Guan Eng patut 24 bulan minima kerana menjual tanah untuk perumahan rakyat seka!i.

  6. kampong lad says:

    harga rumah rm2.8 juta, bayaq cash rm700k & baki rm2.1 juta buat pinjaman bank. la ni umuq dia 55 thn, berapa dia kena bayaq sebulan & berapa lama? dia habag gaji dia sbg ketua menteri cuma rm12 ribu sebulan, cukup ka? orang politik selalu cerita tak abis.

  7. azmi says:

    pemakan dedak mykmu jangan bimbang…
    ari selasa ni LGE akan ditangkap…
    he he he…

  8. syaa says:

    apasal pulak jumpa shabudin.pi la jumpa SPRM.

  9. azmi says:

    apa la shahabudin…
    memalukan melayu..UMNO..
    berani tuduh dlm parlimen yg ada kekebalan..
    tak brani tuduh luar parlimen takut kena saman..
    tak berani buat repot kat SPRM/PDRM..
    yang paling HARUUU…
    buat press conference…
    REPORTER TAK BOLEH TANYA SOALAN…
    HA HA HA…

  10. che ted says:

    Dulu Saya Sayang Tun Dr Mahathir (sstdm).
    La ni Saya Sayang Lim Guan Eng. (sslge)
    Biar saja si tokong tu mereput sorg2. Jgn dilayankan sgt. Lupa agaknya kes Anwar, Khir Toyo semua bermula dari parlimen. Paling tak boleh dilupa undi tak percaya di parlimen utk jatuhkan Najib.

  11. azmi says:

    Ya che ted..rakyat lupa la kejap isu 2.6 billion…
    he he he…

  12. Inderasakti says:

    Azmi rba bangsat
    Toksah la gembira sangat Klu dia tak dtg pun
    Itu bukan cara melayu anak jantan lain la cina dok bawah ketiak bini dia tu kot tu caranya kalau jantan sahut cabaran sula jawab soal siasat sprm dan sekarang shahbudin dah sahut cabaran tu begitu juga guan eng dan esok sidang kita akan tengok tokong pujaan gang ada teloq ke atau tidak Klu tak mau hilang kerandut la

  13. ha ha says:

    Hai Azmi, bukankah kerja jaga tepi kain orang , polisi Dap , ni kena batang hidung sendiri, jangan nak sakit hati pula azmi, puak Dap, ini kes perundangan kenapa nak jumpa kat luar pula, macam budak budak aja

  14. Pemerhati says:

    The Chief Minister has not properly handled the recent disclosure that CM Lim Guan Eng bought a bungalow at below market price.

    The series of bizarre responses given by LGE is evidence that he is like a drowning man clutching at any straw to stay alive. Amongst some of the excuses offered, include:

    * The absence of a swimming pool (which does not validate the undervalued selling price)

    * The age of the bungalow (first stated by CM Lim in his tweet as a 40-year-old bungalow and then corrected to 30-year-old bungalow when Malaysian News reposted his tweet). The fact that LGE is uncertain about that fact underscores the fact that it is the MARKET VALUE that is important, not the age of the bungalow.

    * A challenge to Tasek Gelugor MP Datuk Shabudin Yahaya to meet him on a one-on-one basis at his office in front of the media to provide evidence of the allegations exposed at Parliament last week.

    The absence of LGE’s famous “You report- I sue” maxim fizzled into thin air this time as a flurry of various vernacular and English presses reported on this issue.

    Previously, his reaction would be quite vehement but this time, it seems he has been cornered because evidence exposed in various reports last week points in the direction of a link between the Taman Manggis land sale and the low purchase price he paid for this bungalow.

    If at all the allegations were UNTRUE, he would have:

    1. Shown the S & P agreement listing the name of the seller and other details of the purchase

    2. Shown the shareholders of the Taman Manggis project and how the seller of that bungalow is NOT at all involved in that development project

    3. Shown the documentation of the bank loan he took.

    The fact remains he did NONE of the above.

    His absurd reasons have added fuel to the fire and escalated speculations. That he could hold a one-way press conference whereby NO QUESTIONS were entertained purportedly because he was awaiting Tasek Gelugor MP Datuk Shabudin Yahaya to meet him.

    Penangites and concerned Malaysians want to know why his course of action has been so evasive and appear as a strategy to buy time.

    Why did he not meet the MACC immediately to give them all the relevant documents even before he has been summoned? What is the point of summoning Tasek Gelugor MP Datuk Shabudin Yahaya to his office to provide evidence of his allegation?

    Previously, his penchant to sue can be seen in how he showed no mercy to sue other media including FMT and Athi Shankar. Why the delay this time? Why is he extending an olive branch? Is it that he does not know what evidence is in the hands of Tasek Gelugor MP Datuk Shabudin Yahaya and is using the one-on-one meeting to solicit details before he sues?

    Any innocent man would call for expert testimony from those involved in the sale of the property.

    Any educated person would know that the value of prime land property is based on many factors including land area, the state of the building, renovation, market value of neighbouring units and so on.

    Values are primarily on the land, not on the age of the building – a factor that has less bearing on the value. For sure, the absence of a swimming pool of a bungalow has seldom, if ever, been a criterion for a low-priced bungalow. If that is the case, is he implying that the provision of swimming pools in condominium projects is a factor that has spiked values of condos/apartments?

    Therefore, Mr. CM, please tell us why you paid such a special price for this bungalow. Even if the sale was made on “a willing buyer-willing seller basis,” why can’t you ask the seller to attend a press conference or issue a press statement explaining why she sold it at such a special price to you?

    Surely, it is not your way of keeping property prices low in Penang because it has boomeranged to yourself and raising the ire of the public.

    The evidence featured in social media and news indicates a possible link between the CM, the seller, and the Taman Manggis project.

    Incidentally, Khir Toyo was found guilty by a Shah Alam High Court on Dec 23, 2011 for knowingly purchasing two pieces of land and a bungalow in Section 7, Shah Alam at a much lower price than its original value.

    A five-member panel chaired by Chief Judge of Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin said imprisonment was the right and proper punishment for the offence

    “Corruption in all manner and form cannot be condoned. A fine would not send that message.
    http://www.malaysia-today.net/khir-sent-to-kajang-prison/

    So what will happen this time?

    Over to you, Mr. CM Lim Guan Eng. Tell us more. You owe it to Penangites if you still hold on to your Competency, Accountability, and Transparency maxim.

    http://www.malaysia-today.net/letter-to-editor-re-lim-guan-engs-pinhorn-road-house/

    ——————————————————————————–

    *mesti ada wartawan yang dijemput datang ke rumah banglo tidak ada swimming pool lim guan eng terasa seperti diperbodohkan bila lim guan eng kata dia tidak tahu harga pasaran sebab dia bukan ejen hartanah

  15. esamanja says:

    Dia mengajukan fakta dan persoalan kepada tiga pihak utama iaitu Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, SPRM dan JPPH (Jabatan Penilaian dan Pembangunan Harta) untuk mendapatkan jawapan dan penjelasan, bukan tanya Lim Guan Eng pun.

  16. burrpp.. says:

    Shahbuddin dah ckp kt luar Parlimen, laporan polis pun dah ramai yang buat. Hang tungguuu je lahh

Leave a Reply