Menu Utama

Projek PPRT Jalan S. P. Chelliah turut kontroversi?

Kenyata­an Ketua Menteri, Lim Guan Eng berhubung kontroversi pembelian banglo dan tanah di Taman Manggis telah membuka lebih banyak misteri dan menimbulkan tanda tanya.

Kali ini berkenaan dakwaan beliau kononnya kerajaan DAP Pulau Pinang menggantikan tanah di Jalan S. P. Chelliah di sini untuk projek perumahan rakyat termiskin (PPRT) yang sepatutnya dibina di Taman Manggis.

Daripada ada yang difahamkan kepada Utusan Malaysia, projek perumahan di Jalan S. P. Chelliah itu juga tidak boleh diklasifikasikan sepenuhnya untuk projek PPRT seperti dikhususkan kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu di tanah Taman Manggis.

Berdasarkan rekod, projek pembinaan di atas tanah seluas 4.45 hektar di Jalan S. P. Chelliah itu membabitkan keseluruhan kira-kira 2,093 unit rumah dan kelak akan dikenali sebagai Chelliah Park City.

Projek yang dirancang siap pada November 2019 itu menawarkan sebanyak 770 unit rumah kos rendah dengan keluasan lantai 65 meter persegi dan dijual pada harga RM72,500.

Selain itu, turut dibina adalah sebanyak 883 unit rumah kos sederhana rendah dengan keluasan lantai 74 meter persegi dan dijual dengan harga RM200,000.

Sebanyak 165 unit lagi merupakan rumah dengan keluasan lantai 84 meter persegi (RM300,000 seunit) serta 275 unit lagi dalam kelas sama dengan keluasan lantai 93 meter persegi akan dijual berharga sehingga RM400,000.

Menurut sumber, yang menim­bulkan pertikaian ketika ini apabila ada yang mendakwa pembe­li rumah kos rendah berharga RM72,500 seunit sehingga kini ti­dak dipanggil pemaju untuk menandatangani sebarang dokumen perjanjian jual beli.

Katanya, situasi itu menghai­rankan kerana pembeli rumah berharga antara RM200,000 hingga RM400,000 didakwa sudah pun menandatangani dokumen perjanjian rumah di projek tersebut.

Jelasnya, pembeli sudah mendapat surat tawaran daripada pemaju sejak Mei 2015 dengan jaminan akan dipanggil untuk menandatangani perjanjian sebulan kemudian.

Namun dakwanya, majlis menandatangani perjanjian dokumen jual beli rumah bagi kos rendah itu ditunda beberapa kali ke Ogos, Oktober dan Disember tahun lalu dan sekali lagi sehingga ke bulan ini.

“Tetapi sehingga kini, belum ada apa-apa majlis menandatangani dokumen bagi penjualan rumah kos rendah di S. P. Chelliah itu dan kerajaan negeri sebenarnya belum boleh mendabik dada mengatakan projek itu sebenarnya untuk rakyat termiskin,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Utusan






7 Komen to Projek PPRT Jalan S. P. Chelliah turut kontroversi?

  1. Kamar says:

    Pf pendapat saya buat masa ni dap tidak akan tunjuk belang mereka, skrg dia akan jadikan penang sbgai role model tp bila dia dh dpt tawan msia masa tu klr la kuku mereka, mcm sedara mereka di sbrang tambak LKY, jd utk kita halang niat mereka umno mesti kuat dn bersatu, tk ble ada krisis kepimpinan spt skrg skrg. Jd utk selesaikan masalah umno prlu adakan PAU, utk menentukan pemimpin mana yg dipilih oleh ahli2

  2. Inderasakti says:

    Siapa sign deklarasi dengan pakatan toksah la tanding nak calonkan masa pau umno awal awal lagi dah kena tolak tak pi cari buku perlembagaan dan utamanya tadbir umno..mmg puak protun takde harapan la apalagi madey dah keluaq umno tinggal saman najib kat mahkamah tinggi aje la

  3. system baru says:

    Kamar Macai abuya day tukar nama nya banyak Kali, tak guna day pertahankan guang end ITU.
    He.he.he percakapan hanya sesuai untuk RBA je he.he.he

  4. Pemerhati says:

    rakyat harus anggap ianya satu lagi siri pembohongan dari musibat anak haram lim guan eng & DAP, nanti dia beri alasan bohong juga berkata kerajaan negeri tidak ada kuasa boleh memaksa pemaju membina rumah kos murah berharga RM72 ribu seunit itu selepas berbohong berkata tanah di S.P. Chelliah itu sebagai menggantikan tanah di Taman Manggis yang terpalit dengan skandal rasuah pembelian rumah banglonya yang dibeli bawah harga pasaran

  5. Inderasakti says:

    Tah kat jalan sp chelilah ada ke dibuat pprt? Setakat aku tengok kat sana banyak projek kondo mewah dengan apartment harga rm300k ke atas dengan rumah rumah kedai takde plak ada pprt? Nak menipu tu agak agak la dapig tambah si tokong kalipah PAN tuh

  6. Pemerhati says:

    pemaju yang mendapat tanah di S.P. Chelliah juga tinggal di Pinghorn Rd, macam2 yang terlondeh sekarang selain terlondehnya usaha KLIDC nak jual tanah di Taman Manggis kepada pihak lain dengan harga RM70 juta

  7. yon76er says:

    Azmi pls komen……@anak Angkat LGE

Leave a Reply

Threesome