Menu Utama

March, 2016

 

KENYATAAN BERKENAAN WALL STREET JOURNAL

KENYATAAN BERKENAAN WALL STREET JOURNAL OLEH SETIAUSAHA AKHBAR Y.A.B PERDANA MENTERI 31 Mac 2016 Hari ini, untuk pertama kalinya, Wall Street Journal akhirnya terpaksa mengakui bahawa sebahagian daripada dana yang disalurkan kepada Y.A.B Perdana Menteri adalah dari Saudi Arabia. WSJ mengambil masa hampir setahun menafikan bahawa dana tersebut adalah daripada Saudi Arabia dan membuat serangan balas terhadap mereka yang tidak menyebelahi pihak mereka. Ini termasuklah Peguam Negara yang juga menjadi mangsa keadaan mereka setelah kerja keras beliau yang terpaksa melakukan pelbagai penyiasatan menyeluruh ke atas bukti-bukti, termasuklah bukti pemindahan atasBaca Lagi


Mahathir, Kit Siang Dan Dedak

Oleh Amin Yatim 1. Tun Mahathir kecewa apabila ramai ahli dan pemimpin bawahan UMNO marah kerana beliau berada bersama Kit Siang dalam usaha menjatuhkan Dato Seri Najib. 2. Beliau tidak patut kecewa kerana inilah budaya yang beliau ajar kepada ahli UMNO sejak dahulu demi menjaga kepentingan diri dan kroni. Mahathirlah orang yang melaung-laungkan parti mengatasi kepentingan individu. Mahathirlah yang mengecam Tunku Abdul Rahman, Tun Hussien Onn, Tengku Razaleigh Hamzah dan Rais Yatim kerana bersama pembangkang menentang beliau. 3. Jika Mahathir rasa Lim Kit Siang hari ini betul dan benar keranaBaca Lagi


Deklarasi Rakyat: Anwar Tak Sokong Dah, Padanlah Azizah Tak Pernah Muncul

ENTAH siapalah yang mengandaikan Anwar ini menyokong Deklarasi Rakyat a.k.a Selamatkan Malaysia, gerakan yang dipelopori manusia durjana bernama Mahathir Mohamad ini.  Manusia durjana tu, bukan penulis kata pun, Anwar pernah kata ini satu masa dulu. Konon peguam sana cakap, orang sini cerita, Mahathir pulak lepas tu buat drama konon-konon berkirim salam – dah buat andaian gerakan ini disokong Anwar, senang betul.  Apa kelmarin Anwar buat kenyataan Gerakan ini GAGAL!! Masuk akallah sikit.  Ia adalah Mahathir yang dipercayai menjadi dalang sehingga Anwar dipenjara kali pertama.  Ia adalah Mahathir yang dikata berkonspirasiBaca Lagi


Rahman Dahlan sedia dedah ‘skandal’ Guan Eng

Menteri Ke­sejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan bersedia memberi penerangan dan mendedahkan ‘skandal’ berhubung beberapa isu yang melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Menurutnya, semua pihak terutama rakyat Pulau Pinang perlu mengetahui realiti sebenar dan mengapa isu pembelian banglo RM2.8 juta dan tanah pembinaan projek perumahan rakyat termiskin (PPRT) Taman Manggis terus hangat diperkatakan. “Kalau dijemput, saya tidak ada masalah untuk hadir dalam forum atau ceramah yang dianjurkan oleh Gerakan atau Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang untuk me­nerangkan tentang isu pembelian banglo diBaca Lagi


Dr. M kecewa Mukhriz tidak 
lakar kejayaan di pentas politik

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, Dr. Mahathir tersinggung dengan tindakan UMNO yang tidak lagi memberi laluan kepada Mukhriz walaupun beberapa peluang telah diberikan sebelum ini. “Mukhriz bertanding Ketua Pemuda di peringkat bahagian kalah, tetapi kita terima dia bertanding Ketua Pemuda di peringkat pusat, tidak ada orang kalah di peringkat bahagian boleh melayakkan diri bertanding di peringkat pusat. Dan tidak ada orang yang kalah Naib Presiden boleh jadi Menteri Besar. Maka laluan itu diberikan istimewa, tetapi beliau gagal juga sebagai Menteri Besar. “Sebab itu sebagai ayah, saya fahamBaca Lagi


ABC sahkan Najib terima 
derma keluarga diraja Saudi

Laporan Four Corners The Australian Broadcasting Corporation (ABC) mengesahkan bahawa wang yang didepositkan ke dalam akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah derma daripada keluarga diraja Saudi, kata seorang jurucakap kerajaan Malaysia. Jurucakap itu juga berkata, sepucuk surat yang bocor daripada Arab Saudi menyatakan derma itu adalah hadiah kepada Najib kerana mempromosikan Islam sederhana serta memerangi keganasan dan eks­tremisme, termasuk melancarkan Gerakan Kesederhanaan Global. “Surat itu menyatakan dengan jelas bahawa pemberian tersebut boleh digunakan dengan cara yang difikirkan wajar oleh Perdana Menteri, akan dipindahkan secara terus atau melaluiBaca Lagi


Siapa Juga Presiden UMNO Tetap Diserang Pembangkang

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa menepis dakwaan kononnya UMNO kini berada di dalam kecelaruan sebaliknya jelas beliau UMNO sedang berdepan asakan yang bertubi-tubi sehingga menyebabkan parti ini berada dalam keadaan begitu kompleks dan mencabar. “Disebabkan asakan demi asakan ini maka UMNO sedang berhadapan dengan ‘trust deficit’ yang mana keadaan ini mesti ditangani agar ia tidak melemahkan parti. “Inilah cabaran kita yang sebenar. Kita perlu selami realiti sebenar dan perbaiki kelemahan yang ada. UMNO juga perlu lebih sensitif dan responsif terhadap isu semasa. Tetapi jangan pula kita terperangkap dalam permainanBaca Lagi


Parol, Pengampunan DiRaja Untuk Anwar, Nurul Izzah & Rafizi Saling Bercanggah

Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai, Nurul Izzah hari ini menegaskan keluarganya sama sekali tidak akan memohon perintah parol untuk Anwar Ibrahim kerana percaya bekas Ketua Pembangkang itu tidak bersalah. Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR berkata keluarganya hanya akan memfokuskan usaha untuk mendapatkan Pengampunan DiRaja berbanding parol kerana baginya parol menunjukkan Anwar bersalah dalam kes liwat. “Kes kita jelas, beliau (Anwar) tidak bersalah. Memang ada permohonan (Pengampunan DiRaja) dibuat ekoran kegagalan mahkamah mempertahankan keadilan,” kata Nurul Izzah dipetik dari portal FreeMalaysiaToday hari ini. Maksudnya Nurul Izzah percaya dengan caraBaca Lagi


Selepas WSJ Gagal, Pembangkang Guna Media Australia Jatuh Najib

ABC News beberapa hari kebelakangan ini dilihat perlahan-perlahan mula ambil alih peranan putar belit yang dulu dimainkan WSJ.  Seolah-olah tak cukup lagi dengan portal berita pembelit sedia ada di Malaysia ni, kehadiran ABC News ke Malaysia bermula penuh kontroversi – bila 2 wartawannya merempuh kawalan keselamatan Datuk Seri Najib Tun Razak di Sarawak minggu sudah. Dalam masa yang sama, wartawan dari agensi berita yang sama menimbulkan kekecohan dalam sidang media oleh balu bekas penyiasat persendirian, B Balasubramaniam di Kuala Lumpur dengan soalan-soalan berbentuk provokasi. Keadaan ini sahaja membuktikan bahawa peralihanBaca Lagi


Jika Petik Dari Sumber Tipu, Siapa Yang Hendak Percaya?

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad seolah-olah marah pada majoriti warga UMNO yang tampil bersuara kecewa dan mengecam tindakannya mahu menjatuhkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak. Kata Mahathir, kerana UMNO kini ‘pekak’, ‘bisu’ dan ‘buta’, maka beliau mengambil keputusan untuk keluar parti dan sanggup bersama DAP yang beliau ‘ludah’ dulu. Jika syaitan pun mahu Najib dijatuhkan, mungkin Mahathir sanggup bersama syaitan agaknya? Pada pandangan penulis, UMNO sejak dari lahirnya dulu tidak pernah ‘pekak’, ‘bisu’ atau ‘buta’ hinggalah kini. Jika UMNO itu seperti yang didakwa Mahathir, sudah pastiBaca Lagi


Threesome