Menu Utama

MB Terengganu Kekal Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri

1454975_549299551830849_1005856481_n

MENURUT sumber-sumber yang rapat dengan Pejabat Presiden UMNO, ura-ura yang kononnya akan berlaku perubahan dalam kepimpinan UMNO negeri Terengganu, sudah disahkan sebagai tidak benar.

Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, kekal sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri, tidak berlaku apa-apa perubahan.

Sebelum ini dikatakan bahawa jawatan Razif dalam UMNO Terengganu akan digantikan dengan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.   Sumber yang sama bagaimanapun menafikan perkara itu akan berlaku kerana Razif masih baru dilantik ke jawatan itu dan beliau perlu diberi peluang yang sewajarnya.

Idris pun begitu sibuk di peringkat persekutuan.  Selain jawatan Menteri, dalam Majlis Tertinggi UMNO (MT) sendiri, 3 ahli MT dipertanggungjawabkan untuk membantu Idris dalam hal-hal berkaitan mahasiswa dan pendidikan tinggi berikutan sasaran untuk meningkatkan sokongan dari kalangan generasi muda kepada UMNO/BN dalam PRU14 yang akan datang.

Jadi mana datang logiknya Idris nak dibebankan dengan tugas sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO negeri dalam keadaan sekarang, kata sumber itu lagi.

Pertukaran itu juga boleh menimbulkan masalah baru dikalangan ahli UMNO Terengganu dan ini sudah tentu tidak boleh dibenarkan berlaku, lebih-lebih lagi dalam masa sekarang.

Kerajaan dan UMNO/BN tidak lagi boleh terlalu banyak menghabiskan masa menyelesaikan masalah dalaman parti sehingga mengabaikan rakyat seperti mana yang dipersepsikan sebelum ini.

Setelah semua pembawa masalah dalam parti disingkirkan dari jawatan masing-masing (setakat mana perlu disingkirkan), maka tumpuan perlu diberi kepada mengukuhkan parti dalam persediaan menghadapi PRU14 yang sudah tidak jauh sangat lagi.






Leave a Reply