Menu Utama

Harga runcit minyak turun lagi

KUALA LUMPUR 31 Jan. – Harga baharu minyak bermula 12 tengah malam ini menyaksikan penurunan 10 sen seliter bagi petrol RON95 menjadi RM1.75 seliter.

Harga runcit RON97 pula turun sebanyak 20 sen kepada RM2.05 seliter manakala diesel turun 25 sen kepada RM1.35 seliter.

Pada 1 Januari lalu, harga runcit bagi petrol RON95 adalah RM1.85 seliter, RON97 (RM2.25 seliter) dan diesel (RM1.60 seliter).

Penurunan harga itu disahkan oleh Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petronas Malaysia (Pesamp), Khairul Annuar Abdul Aziz. “Kami tak sangka penurunan harga minyak menjadi begitu mendadak, sejak Disember 2014 sehingga Februari 2016 kenaikan minyak hanya berlaku sebanyak empat kali. “Jika trend sebegini berterusan, dibimbangi banyak pengusaha stesen minyak khususnya yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan gulung tikar,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. –

See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/harga-runcit-minyak-turun-lagi-1.185616#sthash.IsKBPJsI.dpuf






4 Komen to Harga runcit minyak turun lagi

  1. yon76er says:

    Mana MACAI2 ??????…Senyap Membisu…..xda pulak Jammmed Petrol Pump seluroh Negara isi tangki malam tadi ……hahaaaaaaaaaaaaahaaaaaaaa,,,,,,

  2. Pemerhati says:

    ada pertanyaan MP pondan si rafizi kepada para macai semua yang masih belum terjawab, “apakah saya bodoh mengatakan harga minyak turun harga barang juga akan turun?”

  3. sman says:

    Harga minyak turun dan nilai ringgit meningkat,sepatutnya harga barang akan turun,jika peniaga benar-benar jujur.

  4. rockers says:

    turun naik minyakrakyat dh malas nk layan. x de bezaa. bln ni turun 10 sen bln dpn naiikk 20 sen. kos sara naik pun najib blh shopping spree lg dgn duit rakyat

Leave a Reply

Threesome