Menu Utama

February, 2016

 

Dr Mahathir Cuba ‘Deja vu’ Krisis Kepimpinan UMNO 1987?

Melihat pada apa yang berlaku sejak serangan demi serangan dilancarkan oleh gerakan menjatuhkan Dato’ Seri Najib Tun Razak dari kerusi Presiden UMNO dan Perdana Menteri, penulis merasakan ia seolah-olah ‘dejavu’ dalam kisah perjalanan parti keramat bangsa ini. Sejak UMNO ditubuhkan pada 1946, fakta sejarah menceritakan tentang perubahan tampuk pimpinan parti bermula dari Allahyarham Dato’ Onn Jaafar, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra, Allahyarham Tun Abdul Razak, Allahyarham Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi sehingga penyandang terkini, Dato’ Seri Najib. Sekiranya dirujuk pada sumbangan dan jasa, makaBaca Lagi


Tiada Tangisan UMNO Iringi Pemergian Tun M Kali Ini

EDITORIAL Pengumuman Tun Mahathir Mohamad keluar UMNO sebentar tadi bukanlah mengejutkan sangat. Namun ia menunjukkan selama 22 tahun kita telah ditipu oleh beliau bahawa parti lebih penting dari pemimpin. Setiap kali UMNO berpecah atau Mahathir menyingkirkan mana-mana pemimpin termasuk Musa Hitam dan Anwar Ibrahim; beliau akan mengulang mantera “bahawa parti lebih penting dari pemimpin. Pemimpin datang dan pergi tapi parti kekal menjaga kepentingan agama Islam, bangsa Melayu dan negara Malaysia.” Tun selalu berkata kita hanya akan membuang UMNO apabila parti tidak lagi mampu menjaga kepentingan agama Islam, bangsa Melayu danBaca Lagi


Dr Mahathir Umum Keluar UMNO sekali lagi.

Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar daripada UMNO. Bekas perdana menteri dan presiden UMNO itu membuat pengumuman tersebut dalam sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini. Ini adalah kali kedua beliau mengumumkan keluar parti. Beliau pada 19 Mei 2008 pernah melakukan tindakan sama sebagai tanda protes kepada pentadbiran perdana menteri ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi. Mahathir menyertai Umno semula pada 2009 selepas Abdullah berundur. Bernama


Sketsa ‘Setia Pada Pemimpin’ Seorang ‘Beliau’…

Dahulu, beliau tidak dinafikan sangat berjasa kepada negara. Dahulu juga, beliau juga tidak dinafikan adalah merupakan seorang Presiden UMNO yang kuat kerana diberi kesetiaan tidak berbelah bagi oleh pimpinan dan seluruh ahli parti. Dalam siri-siri Perhimpunan Agung UMNO di zaman pentadbiran beliau, acap kali kedengaran kempen ‘setia kepada pemimpin’ di pentas-pentas PWTC. Tidak cukup dengan itu, dilebarkan pula kempen ‘kesetiaan’ itu di RTM dan TV3 dengan lagu-lagu dan serta laporan berita. Di zaman itu, pucuk pimpinan itulah parti dan parti itu adalah pucuk pimpinan. Presiden pula adalah tonggak parti. SesiapaBaca Lagi


Selamat Pulang Tan Sri Muhyiddin, Selamat Bekerja Ahmad Zahid

Oleh Amin Yatim Berdasarkan jemputan melalui sistem pesanan ringkas, Timbalan Presiden UMNO yang digantung tugas, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan pulang dari percutian di Vietnam esok. Sesiapa sahaja dari kem Tun Mahathir – Muhyidin yang menghantar jemputan ini sebenarnya hanya mahu membunuh terus laluan politik Muhyiddin. Jarak Vietnam – KL bukanlah jauh. Jadual penerbangan juga begitu banyak setiap hari. Namun Muhyiddin memilih untuk tidak hadir Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada jumaat lalu. Ia mencerminkan sejauh mana perjuangan Muhyiddin demi rakyat dan parti seperti mana yang beliau dakwa. Inikah orangBaca Lagi


Tahan Direbus Otaknya, Tahan Dibanting Tubuhnya, Tahan Dibakar Hatinya

Apabila seseorang itu mengambilalih sesebuah organisasi, baik ianya pertubuhan, atau syarikat, dia bukan sahaja menikmati segala kelebihan yang ada, tetapi juga bertanggungjawab ke atas liabiliti organisasi tersebut. Itu perkara asas, apabila kita menyebut tentang pengambilalihan. Dan dalam pengambilalihan, pasti ada cabaran. Sedang seorang ketua menikmati kelebihan itu, dia juga harus memikirkan cara dan bagaimana untuk liabiliti yang sedia ada dapat diminimakan, dan diselesaikan, sekaligus meningkatkan kelebihan organisasi, demi kesejahteraan semua. Seorang ketua perlu memikirkan cara dan strategi untuk mengurangkan liabiliti organisasi.  Samada berkesan atau tidak, kita perlu melihat kepada segalaBaca Lagi


Lawatan kerja Dato Sri Najib ke Arab Saudi 29 Februari – 3 Mac

LAWATAN KERJA YAB DATO’ SRI NAJIB TUN ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA KE ARAB SAUDI 29 FEBRUARI – 3 MAC 2016 YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak akan mengadakan lawatan kerja ke Arab Saudi dari 29 Februari hingga 3 Mac 2016. YAB Perdana Menteri turut diiringi oleh YABhg. Datin Sri Rosmah Mansor, YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pertahanan; dan dua orang Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Baharom dan Abdul Wahid Omar serta Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan. YAB Perdana Menteri akanBaca Lagi


Dimanakah Penggantungan Muhyiddin Yang Tidak Ikut Perlembagaan?

PENULIS tak tahu orang macam manakah yang mengatakan penggantungan tugas Muhyiddin Yassin tidak ikut perlembagaan?  Orang ini orang UMNO atau orang PAS?  Jika penggantungan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden oleh Majlis Tertinggi (MT) tanpa melalui jawatankuasa disiplin tidak sah, maka pemecatan Anwar dulu pun tidak sahlah juga sebab tidak lalu jawatankuasa disiplin? Kenapa Pagoh dan Muhyiddin menyokong pemecatan Anwar pada ketika itu?  Peraturan itu sama saja dulu dengan sekarang, mana ada ubah sama sekali.  Kok lalu jawatankuasa disiplin sekalipun, masih kena dapat persetujuan MT dulu. Jadi jelasnya, cakap yang kononnya pemecatanBaca Lagi


Kajian Terperinci Masalah Banjir Di Sarawak Dibuat – Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar telah diarahkan membuat kajian terperinci berhubung masalah banjir di Sarawak. Najib berkata Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar selaku menteri bertanggungjawab akan membuat kajian menyeluruh mengenai masalah tersebut. “Wan Junaidi akan mengkaji masalah perparitan termasuk kos, implikasi dan semua butiran. Kami akan melakukan apa sahaja yang perlu kita buat,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke Kampung Rantau Panjang, Batu Kawa dekat sini hari ini. Turut hadir isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor, TimbalanBaca Lagi


150 dari Sarawak dipilih sertai Program Khas Haji 1MDB

Sebanyak 150 imam dan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dari Sarawak akan dipilih bagi menyertai Program Khas HajiYayasan 1Malaysia Berhad (1MDB) tahun ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Mengumumkan perkara itu semasa melawat Masjid Jamek Saratok di sini hari ini, Perdana Menteri berkata, mereka yang dipilih itu nanti terdiri daripada 75 imam dan 75 pengerusi JKKK. “Kami serahkan kepada kerajaan negeri untuk menentukan siapa yang akan terpilih untuk menunaikan fardu haji di bawah program ini nanti,” katanya. Beliau berkata ini adalah sebagai menghargai jasa kepimpinan imam danBaca Lagi


Threesome