Menu Utama

Zaid Ibrahim Menulis Untuk Menghasut atau Ketika Mabuk?

Membaca tulisan-tulisan Zaid Ibrahim mengenai kes Indra lawan Mohd Rithuan menunjukan bekas Menteri Undang-undang tersebut yang meletakkan emosi melebih prinsip undang-undang dan keadilan.

Zaid yang waras perlu memberi justifikasi kepada orang ramai mengapa beliau berpendapat Hakim perlu mengenepikan semua nas-nas undang-undang untuk menyebelahi ibu. Apakah dalam Undang-undang negara seorang bapa adalah kelas kedua atau tidak layak mendapat hak penjagaan sama macam ibu?

Mohd Ridhuan Abdullah @ K Patmanathan hanya mendapat hak jagaan untuk satu daripada tiga anaknya bersama Indra, jadi mengapa ia menjadi isu besar kepada Zaid Ibrahim untuk menyebelahi Indra?

Apakah isu ini akan menjadi besar jika Indra lawan K. Patmanathan, dan Patmanathan menang hak penjagaan anak-anak? Sudah tentu ia bukan isu besar kepada Zaid kerana tiada kepentingan politik beliau.

Apakah jika Mahkamah menyebelahi bapa berbanding ibu maka ia dianggap sebagai satu keputusan tidak berhati perut? Undang-undang mana dan neraca kemanusiaan mana Zaid gunakan?

Malah keputusan Mahkamah Rayuan tidak menyebelahi sesiapa pun kecuali membuat keputusan pertikaian tersebut harus diputuskan di Mahkamah Syariah.

Dan Zaid telah menghasut majoriti rakyat bukan Islam bahawa Mahkamah Syariah tidak mampu melakukan keadilan kepada bukan Islam dalam isu keluar Islam.

They will come up with some excuses that will ultimately pass the problem to the Shariah Court. But the Shariah Court (being a religious court) will not even listen to Indira’s plea, and they have a legal right to do that. Why should they do the work of the civil courts?

Kenyataan Zaid ini menunjukkan beliau bersikap prejudis terhadap Islam dan Mahkamah Syariah. Telah banyak kes Mahkamah Syariah membenarkan penukaran agama Islam kepada agama lain membabitkan bukan Melayu.

Misalnya pada 2008, Mahkamah Syariah Pulau Pinang membenarkan seorang mualaf – Siti Fatimah Tan Abdullah – keluar daripada Islam. Siti Fatimah atau Tan Ean Huang, ketika itu berkata beliau memeluk agama Islam untuk berkahwin dengan seorang rakyat Iran, Ferdoun Ashanian. Namun tidak pernah mengamalkan ajaran Islam sejak memeluk agama itu pada 1998.

Hakim Othman Ibrahim dalam penghakimannya berkata mahkamah tiada pilihan selain membenarkan permohonan Siti Fatimah, seorang tukang masak, keluar dari Islam dan kembali ke agama asalnya Buddha.

Othman berkata mahkamah tiada pilihan dan mengumumkan Siti Fatihah bukan lagi seorang Islam kerana dia tidak pernah mengamalkan ajaran Islam. Beliau turut mengarahkan supaya sijil memeluk Islam Siti Fatimah dibatalkan.

Malah sehingga 2010, Mahkamah Syariah telah meluluskan permohonan 168 orang untuk meninggalkan agama Islam.

Jika kerana seorang anak Zaid membuat kesimpulan hak Indra dinafikan oleh ketidakadilan undang-undang Islam, bagaimana pula dengan hak bapa yang dinafikan oleh undang-undang menerusi pemberian hak penjagaan dua lagi anak Ridhuan kepada Indra dan mereka tetap beragama Hindu?

Ini bukan soal Islam versus Hindu atau pertikaian agama seperti mana yang cuba dibesarkan oleh Zaid dan ekstremis agama. Jika ia soal pertikaian agama, maka Hindu telah menang dengan majoriti 2-1. Dua anak beragama Hindu, seorang anak beragama Islam.

Namun Zaid harus ingat bahawa ini soal perundangan dan ia harus diselesaikan melalui lunas undang-undang. Memang dari persepektif Indra, Hakim-hakim yang tidak menyokongnya beliau tidak berhati perut. Ia samalah kepada pelbagai lagi pertikaian kes sivil dan jenayah yang Hakim tidak akan memuaskan hati pihak yang kalah.

Zaid langsung tidak menceritakan hakikat dua lagi anak pasangan ini dibesarkan oleh Indra mengikut agama Hindu tanpa membenarkan langsung Mohd Ridhuan bertemu atau berjumpa mereka.

Jadi tulisan Zaid Ibrahim sebenarnya bukan untuk kepentingan Indra atau mana-mana ibu tetapi sama ada:

i. Untuk menghasut rakyat bukan Islam supaya membenci Islam dan mewujudkan konflik antara Hindu dan Islam di negara ini untuk kepentingan politik, atau;

ii. Beliau menulis dalam keadaan mabuk dan kurang waras seperti mana gosip-gosip politik sebelum ini.

Masih Islamkah Zaid Ibrahim?-Mykmu.net






4 Komen to Zaid Ibrahim Menulis Untuk Menghasut atau Ketika Mabuk?

  1. musanghitam says:

    Celaka punya zaid , dia ini hanya bertopengkan orang islam tapi hatinya lebih kepada kapir !

    Masa dalam UMNO tak pernah nak menguntungkan malah menyaman kelantan kerana hudud , nasib Pak Lah bijak menyuruh monyet ini tarik balik saman.

  2. anoi says:

    zaid ini sebiji macam adik admin nak maintain glamour cara haprak.

  3. dkds says:

    Nasib baiklah dah keluar UMNO . Eloklah dia ini masuk dap lagi bagus

  4. Memang Terok says:

    Ada orang cakap seorang kaki botol akan hanya bercakap, berfikir dan bertindak dengan baik ketika dia high atau mabok. Apabila dia sober atau normal dia tidak akan berfungsi dengan baik.

    Itu pendapat manusia kaki botol. Namun hukum agama mewajarkan teori yang berlawanan. Ketika mabok dia haram beribadah kerana dia berada dalam keadaan tidak normal, walau pun dia berkata sebaliknya.

    Kita pernah dengar Zaid minum arak. Tetapi oleh kerana kita belum pernah tengok sendiri jadi kita tak boleh menuduh. Kita memang tahu Zaid orang kaya pemilik firma guaman diibu kota . Orang kaya tak semestinya minum arak. Justeru jika benar Zaid kaki botol, kita doakan dia kembali kepangkal jalan dan semoga dia tinggalkan arak dan minum milo, teh atau kopi saja.

Leave a Reply

Threesome