Menu Utama

Universiti perlu wujud pekerjaan sementara bantu pelajar tampung kos sara hidup

Pekerjaan sementara di kampus perlu diwujudkan pihak universiti bagi membantu pelajar kurang berkemampuan memperoleh wang tambahan untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat ketika ini.

Pensyarah Fakulti Ekonomi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Dr Mohamed Aslam Haneef berkata antara peluang pekerjaan yang boleh ditawarkan dalam kampus adalah seperti di bahagian pentadbiran, koperasi dan pengurusan perpustakaan.

“Sebenarnya di universiti ada banyak pekerjaan sambilan dan tidak salah sekiranya peluang itu diberikan kepada mahasiswa yang memerlukan wang tambahan untuk menampung perbelanjaan mereka.

“Universiti boleh membuka tawaran pekerjaan itu mengikut kesesuaian mahasiswa dengan membayar mereka mengikut jam bekerja sekali gus mengurangkan pengambilan pekerja dari luar,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar mengenai nasib pelajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang terpaksa ‘mengikat perut’ dan mencatu makanan berikutan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan pekerjaan yang ditawarkan itu mestilah bersesuaian dengan tugas serta waktu kuliah mahasiswa tanpa mengabaikan peranan mereka sebagai pelajar.

Sementara itu, Mohamed Aslam berkata dalam usaha menjimatkan kos pembelian buku rujukan, pentadbiran universiti perlu mengambil peranan membeli buku terpakai daripada bekas pelajar untuk dijual semula kepada mahasiswa baharu dengan harga berpatutan.

Kaedah itu boleh mengurangkan kos pembelian buku baharu yang mahal sekali gus memberi peluang kepada mahasiswa membelanjakan wang mereka bagi urusan lain seperti tugasan luar kampus yang memerlukan perbelanjaan yang lebih.

“Kaedah ini sudah ada tapi perlu diperluaskan lagi kerana difahamkan kebanyakan buku rujukan yang digunakan mahasiswa diterbitkan di luar negara yang nilainya lebih tinggi,” katanya.

Mohamed Aslam turut mencadangkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) meneliti kembali jumlah pembiayaan pendidikan kepada mahasiswa bagi memastikan ia sesuai dengan keadaan semasa.
Jelasnya cadangan itu bertepatan dengan kenaikan pelbagai kos perbelanjaan dalam melaksanakan tuntutan sebagai pelajar seperti bahan pencetakan, keperluan menyewa rumah, bayar bil elektrik serta tugasan luar kampus.

Bernama






5 Komen to Universiti perlu wujud pekerjaan sementara bantu pelajar tampung kos sara hidup

  1. system baru says:

    Buku boleh di beli dengan murah kalau senior setuju jual buku lama boleh di pakai lagi
    Buku lama boleh di pakai sekiranya ada senior setuju sedekah pada junior
    Adakan skim menderma Buku lama pada senior pada pada junior
    pihak univesiti kena adakan program menderma Buku lama senior bagi pada junioh itu

    Perkara itu lebih jimatkan jika unvesiti setuju ada program menderma Buku lama bagi pada senior dibagi pada pelajar junior kurang berkemampuan. Senior lepas belajar dermakanlah buku lama yg tak gunakan itu

  2. burrpp.. says:

    Isunya bukannya tiada peluang pekerjaan separuh masa, isunya pelajar-pelajar sekarang nak berlagak, nak enjoy campus life kononnya, dengan alasan takut assignment tak siap dan beribu jenis alasan. Kerana mereka tahu, ibu dan ayah bekerja dengan mempunyai pendapatan tetap. Bukan isu kerja, tetapi isu sudah lebih lemak!

  3. Naser says:

    Bila BN tak tau nak tadbir dan buka peluang pekerjaan maka tanpa rasa malu minta pihak lain cipta peluang kerja utk graduan ??

  4. burrpp.. says:

    Naser, hang cakap apa ni?

  5. ayam says:

    Pelajar melayu skrg byk kuat kongkek…couple lebih2…belajar malas…suruh belajar buat demo…buat maksiat…tapi yg benar2 study tu la kesian terkena tempias. Memang terasa susah belajar dgn wang tak cukup, kos hidup mahal, saingan kuat dan motivasi mcm kurang sebab negara tidak menjanjikan pekerjaan sesudah graduate. Mesti diorang lemah semangat nengok senior2 yg dah graduate masih menganggur 2-3 tahun.

Leave a Reply

Threesome