Menu Utama

Tutorial 1MDB Untuk Pensyarah Anina dan Kisah Masalah Ciptaan Mahathir

EDITORIAL MYKMU

“Siapa Pun Boleh Berniaga Jika Jual Aset Untuk Bayar Hutang” adalah mantera terbaru mereka yang mahu menjatuhkan Perdana Menteri Mohd Najib Razak.

Menurut seorang Pensyarah Universiti, Anina Saadudin, “Sekiranya DS Najib cuba menyelesaikan masalah kewangan 1MDB dengan menjual segala harta syarikat yang diperolehi secara ehsan dan mudah dari usaha pentadbiran negara yang terdahulu atau tanah-tanah kerajaan, saya berpendapat Ahmad Maslan juga layak menjadi Perdana Menteri. Kemungkinan besar Ahmad Maslan akan lebih berjaya berbanding DS Najib kerana isterinya bukan Rosmah Mansor.”

Bagaimanakah sebuah universiti boleh mengambil seorang yang pemikiran tidak betul dan merepek ini menjadi pensyarah. Jika ini pemikiran pensyarah maka apa yang anda harap kualiti yang ada pada graduan universiti ini?

Anina mungkin tidak faham, mungkin juga dikelabui dengan perspektif prejudis kerana mahu menjadi penyokong Tun Mahathir.

Mengapa 1MDB Jual Harta?

1MDB menjual Edra Energy Sdn Bhd dan unit pelaburan luar negara kerana mahu memenuhi kehendak Tun Mahathir yang menganggap hutang 1MDB terlalu besar. 90% hutang 1MDB adalah dari pembelian aset janakuasa letrik bebas (IPP) dan pelaburan luar negara.

1MDB ada beberapa kaedah untuk mengurang atau menghapuskan hutang.

Pertamanya, menunggu pelan perniagaan mereka berjaya sepenuhnya dan mendapatkan hasil. Namun ia tidak mungkin  kerana tanggungjawab membayar hutang semakin besar berikutan pembelian agresif 1MDB.

Kedua, yang juga merupakan perancangan terbaik 1MDB ialah melancarkan Terbitan Saham Awam (IPO). Ini juga tidak dapat dilaksanakan setelah 1MDB diserang dengan teruk oleh Tun Mahathir dengan bantuan The Edge dan Wall Street Journal.

Justeru pilihan ketiga ialah melupuskan punca-punca hutang ini melalui penjualan. Ini merupakan pilihan terbaik berbanding melakukan suntikan dana kerajaan bagi menyelamatkan syarikat ini.

Penjualan ini tidak membabitkan aset-aset kerajaan seperti dakwaan Anina. Ia sebaliknya membabitkan aset-aset yang dibeli oleh 1MDB melalui jualan bon dan hutang bercagar.

Bandar Malaysia

Manakala dalam isu Bandar Malaysia, Anina sebenarnya keliru dengan menyatakan 1MDB menjual tanah-tanah yang diperolehi secara ehsan oleh kerajaan.

Tanah-tanah ini diberi kepada 1MDB (yang juga milik penuh kerajaan) untuk dibangunkan di bawah “flagship” Bandar Malaysia dan Tun Razak Exchange (TRX).

1MDB perlu mengadakan Master Plan untuk kawasan ini; dan menyediakan infra sebelum dijual kepada pihak ketiga untuk pembinaan bangunan dan kediaman mengikut pelan yang diluluskan. Ini konsep yang sama yang digunakan oleh Tun Mahathir ketika mahu membina Putrajaya dan Cyberjaya.

Dalam pembangunan Cyberjaya ia diuruskan oleh Cyberview Sdn Bhd, sebuah syarikat berkaitan kerajaan yang ditubuhkan dengan tujuan, “was confined to selling of land, constructing buildings for targeted market and identified end-users, build supporting amenities and undertake rehabilitation and maintenance work in Cyberjaya.

Maka apabila Anina sebagai pensyarah dan penyokong nombor wahid Tun Mahathir tidak faham mengenai konsep pembangunan “flagship” seperti ini ia sangat mengelirukan dan memalukan.

1MDB sebagai pemaju Bandar Malaysia juga perlu memindahkan kem Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) di Sungai Besi ke Negeri Sembilan dan membinanya, ini membabitkan kos sebanyak lebih kurang RM 2 bilion.

Justeru 1MDB telah menjemput bida untuk mencari Pemaju Bersama. Hasilnya mereka mendapat pelaburan daripada konsortium IWH-CREC Sdn Bhd. Kerjasama ini akan menyaksikan IWH-CREC akan mendapat 60% saham dan 1MDB 40% dalam pembangunan Bandar Malaysia. Ini bukan transaksi jualan tanah tapi kerjasama perniagaan membabitkan pemaju yang sudah terkenal.

[Konsortium ini terdiri daripada Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (“IWH”) dan China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd (CREC). Konsortium yang dikenali sebagai IWH-CREC Sdn Bhd adalah hasil usahasama 60:40 antara IWH dan CREC.]

Kerjasama 1MDB-IWH-CREC ini jauh lebih baik daripada tindakan Cyberview Sdn Bhd melantik Setia Haruman, syarikat milik Tan Sri Mustapha Kamal sebagai pemaju sepenuhnya untuk Cyberjaya.

Najib Tidak Mampu Selesaikan Masalah Ciptaannya?

aninaSaadudinAnina juga membuat kenyataan bahawa Perdana Menteri Mohd Najib Razak banyak mencipta masalah dan beliau tidak mungkin mampu menylesaikanya kerana punca masalah ialah Najib sndiri.

Anina sekali lagi menunjukkan keupayaan mental yang rendah. Oleh kerana beliau tidak menyatakan apakah masalah negara ini sebenarnya kita hanya boleh membuat andaian bahawa ia berkisar kepada 1MDB dan kenaikan kos sara hidup.

1. Masalah 1MDB sudah 90 peratus selesai di bawah pentadbiran Najib Razak. Apakah Najib punca masalah 1MDB? Tidak.

1MDB bermasalah apabila Najib mahu membetulkan kesilapan pentadbiran Tun Mahathir yang membuat perjanjian berat sebelah menguntungkan IPP seperti YTL dan merugikan Tenaga Nasional Berhad dan Kerajaan. Berbilion ringgit telah kerajaan belanjakan memberi subsidi gas kepada pemilik IPP dan dalam masa yang sama IPP ini mengaut keuntungan TNB. 1MDB ditugaskan mengambil alih kesemua IPP ini dan mengadakan semula rundingan dengan TNB untuk terma yang lebih baik.

2. Kos sara hidup. Memang benar kos sara hidup meningkat tinggi kerana Najib mewarisi satu sistem subsidi yang terlalu besar dan menguntungkan korporat. Susbsidi petrol, minyak masak, gula dan tol berpuluh bilion diberikan kerajaan kepada korporat yang mengawal industri ini sehinggakan mewujudkan keadaan ekonomi yang artificial atau palsu.

Hari ini Najib perlu membetulkan masalah ini kerana kos subsidi sudah terlalu besar berbanding zaman Tun Mahathir.

Najib berhadapan dengan perjanjian tol yang luar biasa bila mana membenarkan kenaikan berkali ganda dalam masa sepuluh tahun. Jika kenaikan tidak dibenarkan kerajaan perlu membayar pampasan bernilai berbilion ringgit. Perjanjian ini direka menyusahkan pentadbiran selepas Tun Mahathir. Pada masa Mahathir pampasan hanya sekitar beratus juta. Pada masa Najib ia sudah menjadi berbilion ringgit setiap tiga tahun.

Adakah salah Najib masalah ini timbul? Memang Najib tidak menyalahkan Tun Mahathir, tapi penyokong Tun Mahathir janganlah buta hati sehingga menidakkan masalah ini berpunca dari siapa.- MYKMU.NET






13 Komen to Tutorial 1MDB Untuk Pensyarah Anina dan Kisah Masalah Ciptaan Mahathir

  1. Anak_Nogori says:

    Terang la berkali2, teranglah mcm mana pun
    .jahilon jahilon ni tidak akan mahu faham..waima dia pensyarah ka, jurutera ka, dr ka…krn bijaknya tidak boleh diikut, bodonya tak boleh diajar.

  2. system baru says:

    Ikut lagi tun m itu buta2 anina kena tipu.

  3. jebon says:

    Tak payah la nak berbelit2 lidah menerangkan lagi.
    Rakyat dah nampak terang2 apa yg berlaku.

    Penubuhan 1MDB pun dibuat dlm gelap tanpa pengetahuan kabinet.
    Bila timbul masalah, baru terkial2 mintak nyawa.

    Sembang besar, konon dapat kumpul aset nilai berbilion, tapi akhirnya lelong aset utk bayar hutang. Apa yg dapat, konon dapat lupus hutang, kenapa berhutang berbilion2.

    Dah jual, apa yg tinggal, untung?

    Rasionalisasi bayar hutang paling bangang dlm sejarah. Aset2 bernilai milik negara terjual, apa keuntungan kpd kerajaan dan rakyat?

    Tun M bukan bangang mcm yg selalu disalak oleh KW2 pemakan dedak Najib.
    Beliau telah terpahat jasa dan namanya di negara ini dan peringkat antarabangsa.

    Harap KW2 Najib nak berdepan, berbahas dgn org tua pencen ni.
    Baik korang standby pakai pampers je la.

    Gebang dlm MYKMU korang berani la, test la ajak org tua tu berdailog, amacam?

  4. anoi says:

    1mdb tu nak feed korang yg selalu tak cukup makan la bonggong.

  5. system baru says:

    Aset jual apa ia he.he.he yg dapat pun kerajaan johor berani melabur di Bandar malaysia, elok2 TH ada pelaburan disebab kebodohan pr Dan kroni tun m nak itu tunjuk Pandai Dan tamak itu, lupa ia mana pergi nya macai pkr Dan kroni tun m ketika petronas jual aset dia di Vietnam kerana kejatuhan harga minyak itu Dan mana pergi nya kroni tun m ketika sime daby jual syarikat tayar pada syarikat germen apabila dia terpaksa tanggung hutang projek bakut itu,kroni tun m semua pasti sebut plan relesasi hapuskan hutang berjaya, tapi bila 1mbd hapuskan hutang dia cara sama kroni tun m cakap jual aset, jangan lupa ia kroni tun m pun jual aset mas nak hapuskan dulu Disebabkan bermewah2 beli lukisan gambar bodoh buah tempatan berharga jutaan RM dulu.

  6. Kasim says:

    MYKMU. Bgla penerangan pnjg lebar tentang knp 1mdb asik mntk tgguh untuk hantar Audit akaunnya? Dh lebih stahun asik tgguh saja, spatutnya syarikat besar mcm ni xboleh tgguh terlalu lama menyebabkan kredibiliti syarikat dipersoal.
    Inilah sebabnya knp Edra Energy xdpt di IPO kan? Harap Mykmu trang pnjg lebar brserta bukti supaya xtrpalit najis pda 1mdb.

    “the reason why 1MDB embroiled in financial distress was because it could not launch the IPO for Edra Energy. And why they could not launch the IPO? Because they frequently missed the deadlines in submitting their audited financial statements. The inability of a multi-billion company to submit their annual audited accounts on time is a huge red flag in the financial world.

    Out of 6 years in operations, 1MDB could only submit them only once!”(https://jebatmustdie.wordpress.com)

  7. paktho says:

    Berapa billion 1MDB untung buat bayar hutang. Yang nyata terpaksa menjual aset utk membayar semula pinjaman. Klau sampai menjual,aset utk itu,manakah bijaknya . Makcik jual nasi lemak tepi jln lgi pandai menjaga mcam tu,. Penyokong pemakan dedak dh mcm pak Kaduk, menang sorak, kampung tergadai. Bijak….bijak.

  8. musanghitam says:

    cerita mudahnya segala fitnah puak dajjal madey keling kerala ini dah dipatahkan dengan bernas !

    para penyokong madey jadi kebodohan bagi membenarkan penipuan oleh madey

  9. system baru says:

    Lambat hantar audit perkara biasa pada syarikat glc, sime daby pun penah lambat hantar audit

  10. kri says:

    musang hitam, kalau hang nak kata apa pun katalah, tapi kalau hang kata keling kerala, hang adalah seorang yang kurang ajar, sebab banyak bangsa di malaysia keturunan itu, bangsa bukan manusia yang pilih ALLAH YANG JADIKAN BANGSA, KALAU YANG HINA BANGSA SERUPA HANG HINA ………………..

  11. Hantu Gigi Jarang says:

    Orang yang kena kencing ada 2 jenis…satu yang melawan balik macam Anina ni. Yang satu lagi minum kencing dengan gumbiranya…

  12. ayam says:

    mykmu kuat minum air kencing

  13. Aan says:

    Penerangan yg baik dari admin. Memang niat Najib tu baik tapi digagalkan oleh puak2 Tun. Inshallah akan ada jalannya. Allah bersama dengan orang yg baik.

Leave a Reply

Threesome