Menu Utama

Turap jalan: Selangor 
perlu contohi DBKL

AWAL tahun 2015, Kementerian Wilayah Persekutuan melarang semua syarikat utiliti menjalankan kerja-kerja mengorek jalan raya di ibu negara bagi tujuan kerja-kerja penyelenggaraan.

Syarikat utiliti sebaliknya perlu menggunakan khidmat kontraktor yang dilantik oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk melakukan kerja-kerja tersebut.

Langkah itu diambil bagi mengelakkan masalah jalan berlubang dan turapan tidak sempurna yang disebabkan oleh kontraktor dilantik oleh syarikat utiliti.

Memandangkan kualiti jalan raya di Selangor perlu terus diperbaiki, langkah kementerian tersebut seharusnya dicontohi oleh kerajaan negeri di bawah pimpinan PKR. Kegagalan syarikat utiliti terutamanya SYABAS menurap semula jalan dengan sempurna merupakan faktor utama timbulnya masalah jalan raya di Selangor bermasalah.

Malah boleh dikatakan lebih 70 peratus kerosakan jalan adalah disebabkan oleh kerja-kerja penyelenggaraan syarikat utiliti ini. Jalan raya dipotong untuk kerja pemasangan paip bawah tanah sehingga menyebabkan kerosakan antaranya jalan berlubang, retak selain jalan yang diturap tidak sempurna.

Masalah yang berlanjutan sekian lama ini cukup menyedihkan warga Selangor. Walaupun masalah ini sering dipaparkan di dada-dada akhbar, namun seolah-olah tiada kesudahan. Keadaan itu pastinya membahayakan pengguna jalan raya terutama penunggang motosikal.

Penunggang motosikal terpaksa mengelak lubang dan jalan tidak rata sebagaimana mengelak jerangkap samar. Jika nasib tidak baik kecelakaan menanti.

Walaupun kerajaan negeri ada menyediakan peruntukan bagi tujuan penyelenggaraan jalan raya, namun, jika jalan ini dikorek dan ditimbus dengan tidak berkualiti, tetap tidak memberi apa-apa makna. Bahkan akan merugikan wang rakyat.

Sudah tiba masanya, kerajaan negeri melantik sendiri kontraktor-kontraktor yang benar-benar mampu melakukan ­kerja dengan beretika demi kemudahan dan keselamatan orang ramai.

Dengan cara ini, akan memberi pengajaran kepada semua kontraktor yang dilantik syarikat utiliti supaya tidak hanya melakukan kerja sekadar ‘melepaskan batok di tangga’. Kontraktor yang dilantik juga tidak harus berada pada zon selesa.

Jika terdapat kontraktor yang dilantik tidak melakukan tugas dengan baik, kerajaan negeri wajar menuntut ganti rugi selain menyenaraihitamkan mereka.

MAT RIDER
Shah Alam, Selangor

Utusan.






2 Komen to Turap jalan: Selangor 
perlu contohi DBKL

  1. dkds says:

    Kerajaan Selangor peduli apa dengan keselamatan rakyat , janji murah dan cepat ….

  2. pecah says:

    Kerajaan Selangor tak ambit port pasal rakyat pun, diaorang lebih fikir pasal pintu Gerbang yang terpacak tu aje sampai sanggup habiskan jutaan ringgit.

Leave a Reply

Threesome