Menu Utama

TPPA: Waima Tidak Bersama Pakatan Harapan, PAS Tetap Ditunggangi

pas tppaPenulis percaya, usaha untuk mengekalkan PAS bersama dan sealiran dengan Pakatan Harapan masih lagi berlangsung. Dalam jangkaan penulis, PKR memainkan peranan penting dalam usaha tersebut, kerana mereka tahu bagaimana PAS diperlukan bagi mencipta impak.

Sekali lagi, PAS membuktikan bahawa mereka merupakan penyumbang tegar kepada khalayak sewaktu Demonstrasi Bantah TPPA di Padang Merbok pada hari Sabtu yang lalu.

Tiada siapa yang mampu menafikan, warna Hijau dilihat mendominasi sepanjang jalan menuju lokasi perhimpunan, sekaligus membuktikan kekuatan dan keupayaan PAS dalam mobilisasi penyokong mereka.

Bagaimana keadaan demo tersebut, jika PAS tidak turut menyertainya? Pastinya hambar, dan sekaligus gagal mencapai impak yang dikehendaki penganjur. Sedangkan jika dilihat keseluruhannya pun, jumlah pendemo tidak langsung mencerminkan rakyat Malaysia tolak TPPA. Apatah lagi jika PAS tidak arahkan ahli mereka turut serta!

PKR sudah lama tahu akan kekuatan PAS, samada dari segi meramaikan khalayak, begitu juga dengan jentera pilihanraya. Sebolehnya, PKR akan bermadah helah untuk mengekalkan tahaluf siyasi antara dua parti tersebut. Oleh yang demikian, kita melihat, bagaimana Azmin bermain politik “tarik tali”, waima DAP telah istihar PAS adalah musuh mereka.

Akhirnya, ia berkisar dengan PKR semata-mata. Kiri ada DAP, kanan ada PAS, PKR juga yang untung.

Pembangkang amat beruntung kerana PAS masih mahu bekerjasama sungguh pun hubungan berstatus “tidak lagi tinggal sebumbung”. Tanpa tahaluf siyasi pun, pembangkang masih mendapat laba politik hasil penyertaan PAS dalam program-program demo seperti ini.

Cuma pada PAS, jangan terperanjat jika Ketua Pembangkang, dan wakil DAP nanti bersetuju dengan TPPA. Waktu itu, jangan pula rasa terasing atau dipergunakan.

Sesungguhnya suara PAS sebenarnya tidak pernah diendahkan pun, sekadar enak ditunggang oleh mereka yang bijak menunggang.






2 Komen to TPPA: Waima Tidak Bersama Pakatan Harapan, PAS Tetap Ditunggangi

  1. sman says:

    Sebenarnya Pas bukan lagi jadi tunggangan Pakatan,sekadarkan Pas kurang arif dalam soal ini,jadi mereka benar benar tidak boleh menerima TPPA dan menjadi kebetulan utk mereka bersama.Tok Pa kena buat perjumpaan dgn pmimpin Pas cerita pasal ekonomi dan hubungan dagangan antarabangsa pada mereka.Kalau Pas ni benar faham ekonomi dan mereka ada business minded,Pas boleh mengatasi Umno,sayanynya mereka terlalu menumpu kepada ugama.

  2. sino says:

    PAS nak testing power jer tu. Tapi PAS kena ingat silap test boleh terbakar fius.

Leave a Reply