Menu Utama

TPPA Tidak Jejas Hak Kontraktor Bumiputera

Hak kontraktor bumiputera akan terus dipertahankan sekiranya Malaysia bersetuju memeterai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Ketika menegaskan pendirian itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata kerajaan tetap akan mengekalkan serta mempertahankan dasar kepentingan 30 peratus kontrak bumiputera dalam pemerolehan kontrak kerajaan.

Dalam teks TPPA mengenai aspek pemerolehan kerajaan, jelas menyatakan bahawa 30 peratus diperuntukkan untuk kontraktor bumiputera yang tendernya turut dibuka kepada negara anggota TPP.

“(Sehubungan itu) kontraktor bumiputera boleh meneruskan projek mereka, termasuklah dalam pembinaan sekolah, klinik dan hospital,” katanya dalam program Dialog Khas ‘Pencerahan TPPA’ yang disiarkan di RTM, malam ini.

Mustapa berkata demikian bagi mengulas kebimbangan kontraktor bumiputera bahawa kepentingan serta hak mereka akan terjejas berikutan kehadiran kontraktor dari luar negara, khususnya daripada kalangan negara anggota TPPA berkenaan.

Selain itu, beliau berkata, walaupun teks perjanjian TPPA diagihkan kepada umum pada 5 Nov, 2015, kerajaan akan terus melaksanakan usaha pencerahan mengenai TPPA kepada rakyat.

Menurutnya, pada peringkat awalnya, terdapat pelbagai andaian meleset mengenai TPPA termasuk tuduhan bahawa kerajaan tidak lagi dapat melaksanakan dasar memperkasakan (agenda) bumiputera serta dakwaan bahawa pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak dapat mempertahankan peraturan mengenai keperluan logo halal.

Faedah TPPA Melebihi Cabaran: Mustapa

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menegaskan bahawa Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) akan memberikan lebih banyak faedah kepada orang ramai berbanding cabaran.

Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kerajaan telah menganalisis impak perjanjian berkenaan dan akan terus memberi penjelasan kepada semua lapisan masyarakat agar mereka memahami perjanjian itu sepenuhnya.

“Kementerian telah mengadakan pelbagai dialog khas di beberapa sesi di mana saya sendiri telah turun padang,” kata beliau di dalam dialog khas di RTM bertajuk ‘Pencerahan TPPA’.

Mustapa menegaskan bahawa kerajaan tidak akan sama sekali mengambil keputusan tergesa-gesa.

“Dalam mengambil apa-apa keputusan, kerajaan akan mengambil kira kebaikan dan keburukan sesuatu dasar itu,” kata beliau.

Antara lain, kerajaan telah membuat dua analisis kos dan faedah melalui PwC Malaysia dan Institut Strategik dan Kajian Antarabangsa Malaysia.

“Walaupun kerajaan mengiktiraf terdapat kos yang akan ditanggung, tetapi manfaatnya melebihi kos.

“Tidak dinafikan terdapat beberapa cabaran perlu ditangani jika kita menyertai TPPA, tetapi kerajaan berpendapat secara keseluruhannya Malaysia mendapat manfaat daripada penyertaan ini,” katanya.

Menurutnya, jika Malaysia memutuskan untuk menjadi anggota TPPA, kemasukannya hanya dijangka pada awal 2018.

Negara TPPA, iaitu Australia, Amerika Syarikat, New Zealand, Kanada, Mexico, Peru, Chile, Brunei, Singapura, Jepun, Vietnam dan Malaysia menyumbang hampir 40 peratus keluaran dalam negara kasar dunia serta satu pertiga perdagangan global.

BERNAMA






2 Komen to TPPA Tidak Jejas Hak Kontraktor Bumiputera

  1. Memang Terok says:

    TErlalu banyak sok-sek diluar mengenai keburukan TPPA yang telah kita dengar. Serupa saperti GST sebelum dan diawal perlaksanaan. Ini merupakan hal biasa kerana kritikan itu pun datangnya dari puak songsang yang arusnya berlawanan.

    W/bagaimana pun kita sama2 tunggu tentang keburukan yang nyata kalau ada. Kalau tak ada buruk , semua mesti iktiraf kebaikannya.

  2. Pemerhati says:

    yang aku hairan Vietnam yang dikata negara tidak berapa maju berbanding negara kita boleh berani & tidak mempunyai masalah untuk menyertai TPPA…aku rasa pihak2 yang masih memburukkan(merekayasa pelbagai dakyah kepada rakyat) atau sengaja menafikan kebaikkan TPPA ini sebenarnya mempunyai agenda tidak baik…mereka mahu sekatan dikenakan kepada negara supaya tidak dapat terus aktif dengan momentum mengejar kemajuan(manfaat peningkatakan perdagangan melibatkan TPPA)…apabila kemajuan dapat disekat pasti kita akan ‘ketinggalan dalam beberapa perkara’ & ini boleh dijadikan modal politik kepada mereka untuk memburukkan lagi kerajaan

Leave a Reply

Threesome