Menu Utama

TPPA: Kenapa Tidak PERKASA Anjurkan Pertemuan Bersama Menteri?

perkasa bantah tppaIsu TPPA sudah lama berlarutan, yang mengakibatkan wujud kumpulan-kumpulan penentang yang membantah berdasarkan tuduhan-tuduhan tertentu. Anehnya, tuduhan-tuduhan ini wujud semasa berbincangan berkenaan TPPA belum lagi dimuktamadkan.

Antara yang lantang membantah TPPA ialah PERKASA, pimpinan Ibrahim Ali. Dari awal kemunculan PERKASA untuk membantah, sehinggalah ke himpunan bantah TPPA di Padang Merbok baru-baru ini, NGO yang mendakwa mempertahankan hak-hak orang Melayu ini dilihat sangat konsisten dengan bantahan mereka.

Apa yang penulis lihat, PERKASA sangat aktif untuk hadir ke program-program yang membantah TPPA. Bagaimana pula dengan program penerangannya?

Sangatlah molek, jika PERKASA bertemu dengan pihak Menteri atau agensi-agensi yang bertanggungjawab, bagi mendapatkan penerangan berhubung TPPA. Setelah dengar, lihat dan kaji itu, barulah mengambil keputusan samada menyokong TPPA atau membantah. Sekurang-kurangnya, ia dilihat lebih professional dan mengenepikan sentimen-sentimen lain yang turut dilihat menjadi punca mengapa TPPA itu dibantah.

Jika punya sentimen apa sekalipun, cubalah bersikap adil kepada diri sendiri, dan juga golongan yang didakwa diperjuangkan. Jika hanya aktif di pihak yang membantah, bukanlah ia dilihat bersifat satu hala dan berat sebelah dalam menentukan baik buruknya TPPA itu.

Melalui laman webnya, sebelum ini PERKASA sendiri mengakui akan bertemu Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Sri Wahid Omar pada 30 Julai 2015 untuk membincangkan tentang agenda Bumiputera sebagai agenda Nasional.  Mengapa tidak mengambil pendekatan yang serupa ke atas TPPA? Jumpa, dengar, dan bincang dan kemudian kaji. PERKASA pun bukan calang-calang ahlinya, terdiri dari bijak pandai juga.

Cuma, janganlah melulu sebelum dengar dari kedua-dua pihak.

Pembangkang terkenal dengan sikap “bangkang dari longkang”, janganlah hendaknya PERKASA nanti dilabel sedemikan juga.






3 Komen to TPPA: Kenapa Tidak PERKASA Anjurkan Pertemuan Bersama Menteri?

  1. itsme says:

    Setuju dgn penulis… jgn main hentam walhal satu patah haram pun dia tak faham. Agaknya zaman skrg ni ramai nar yg suka sgt kerajaan melayu hancur walhal mereka sgt2 tahu jika s3lain BN yg perintah, apa yg akan jadi. Dr itu komenlah lah atau bangkanglah dgn bijak n constructive….. Jgn jd budak2 lah bang oii..

  2. GoProBro says:

    Jangan gaduh, jangan gaduh lagi
    Jangan bahas, jangan bahas lagi
    Ramai cerdik pandai, ramai pakar sana sini
    Alihkan tumpuan, apa kita boleh buat dgn TPPA ini?
    Apa org melayu boleh export ke Peru & Mexico?
    Apa org cina boleh jual ke jepun & Canada?
    Apa org India boleh buat buka kilang kain textile jual ke America?
    Apa org Makaysia boleh berniaga di seberang Pasifik sana?
    Tahniah Tok Pa.

  3. gabenor johor says:

    bole jual kicap, kopi tongkat ali, kopi gaharu, qu puteh, pamoga dan rasanya paling bagus dan baik buat pusat tahfiz dan kelas mengaji alquran di sana

Leave a Reply