Menu Utama

MB Kedah: Tinggal 2 Ahmad, Timbalan Menteri dan Bekas PTD Dalam Senarai Akhir

lebai-sudinTiga nama dalam senarai terakhir calon Menteri Besar Kedah yang baharu untuk dipersembahkan kepada Tuanku Yang Di Pertuan Agong ialah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah (ADUN Bakar Bata), Datuk Ahmad Lebai Sudin (Bukit lada) dan Ku Rahman Ku Ismail (Guar Cempedak).

Sungguhpun terdapat usaha terakhir kem Mukhriz yang berjumpa Tunku Temenggung Kedah petang tadi, ia dilihat tidak lagi mengubah apa-apa kerana 20 ADUN BN telah memberi persetujuan kepada Pengerusi BN untuk melakukan perubahan dalam pucuk pimpinan negeri Kedah.

Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dijangka menemui Yang Di Pertuan Agong, yang merupakan Sultan Kedah, Tunku Abdul Halim pada Selasa atau Rabu ini bagi mempersembahkan ketiga-tiga nama ini dengan Ahmad Bashah, Timbalan Menteri KPDNKK, sebagai pilihan pertama.

Mohd Najib dijangka memohon perkenan Ahmad Bashah dilantik sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu.

Menurut sumber, nama Ahmad Zaini Jaafar (Bukit Kayu Hitam) tidak lagi berada dalam senarai akhir untuk dipersembahkan kepada Tuanku walaupun sebelum ini antara yang disebut-sebut sebagai sebahagian calon yang dipertimbangkan.

Bagaimanapun terdapat khabar angin yang bertiup kencang bahawa nama Ahmad Lebai Sudin mungkin menjadi pilihan berikutan hubungan baik beliau dengan Kedah Civil Service (KCS) dan Istana.

Ahmad Lebai Sudin, graduan Universiti Malaya dan juga bekas Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD), merupakan ADUN pertama yang memecahkan kemelut politik Kedah pada April tahun lalu apabila mendesak Mukhriz melepaskan jawatan sekiranya tidak menyokong Presiden UMNO dan tidak mampu melakukan perubahan ke atas negeri Kedah.

Ketika itu, Ahmad Lebai Sudin dilihat secara berseorangan mendesak Mukhriz melakukan perubahan pentadbiran dan politik negeri selain menunaikan janji-janji manifesto pilihan raya yang lalu.

Hanya lebih lapan bulan selepas kontroversi tersebut 14 Ketua UMNO Bahagian tampil menyatakan keperluan melakukan perubahan dalam pimpinan kerajaan negeri dan UMNO negeri.

Terdapat beberapa pihak cuba mempertikaikan cadangan pelantikan Ahmad Bashah kerana tidak berpendidikan sehingga ke peringkat universiti berbanding calon-calon MB yang lain.

Namun Presiden UMNO dikatakan mengambil kira kekananan (seniority) dan sumbangan Ahmad Bashah dalam pilihan raya lalu sebagai faktor utama pencalonan nama beliau.

Nama Ku Rahman turut dicalonkan memandangkan beliau merupakan seorang Exco kanan dan berkelulusan PhD dan sebagai memenuhi kehendak Istana agar dihantar tiga nama.






7 Komen to MB Kedah: Tinggal 2 Ahmad, Timbalan Menteri dan Bekas PTD Dalam Senarai Akhir

  1. ahli umno says:

    Buruk mcm mana pun mukhriz, ahmad bashah tak boleh keluarkan statement kalau nak sabotaj, dah lama dia sabotaj dulu…ia umpama ugutan. Sebagai ahli parti kita tak boleh sabotaj ahli lain. Nampak sangat ahmad bashah keluar statement ikut emosi.

  2. jackie says:

    Macam mana adun mca boleh nafi sudah tandatangani SD?? 20 drpd 21 dah sign…katanya. Pelik-pelik..kalau dia tak pernah tandatangan, adun lain pun mesti tak tandatangan.

  3. Memang Terok says:

    Madey apabila dintanya press , jika Najib turun siapakan bakal menggantinkan Najib. Madey jawab, sesiapa pun boleh jadi PM. Mundah sungguh jawapab itu.

    Sekarang Mukhriz sudah terlalu hampir dan pasti dibersarakan sebagai MB dan sesiapa saja boleh ganti Mukhriz. Itu cara tafsiran jika mengikut cara Madey, bapak MB Kedah (bekas).

  4. Pemerhati says:

    ahli umno says:
    January 25th, 2016 at 9:14 PM

    “Buruk mcm mana pun mukhriz, ahmad bashah tak boleh keluarkan statement kalau nak sabotaj, dah lama dia sabotaj dulu…ia umpama ugutan. Sebagai ahli parti kita tak boleh sabotaj ahli lain. Nampak sangat ahmad bashah keluar statement ikut emosi.”

    sabotaj apa kebendanya bangang oi, ini tentang majoriti bahagian UMNO hilang kepercayaan terhadap kepimpinan mukhriz selaku MB & pengerusi badan perhubungan UMNO negeri Kedah…selaku timbalan pengerusi badan perhubungan UMNO negeri tentulah AB yang keluarkan statement tentang hilang kepercayaan itu takkan nak suruh orang bukan timbalan keluarkan statement

    ko nak kata hanya mukhriz sahaja yang patut keluarkan statement kata dirinya diminta berundur?

    8 bulan yang lalu bukan AB tapi ALS yang ugut itu minta mukhriz letak jawatan(MB) kalau dia sehaluan & sependapat dengan tuduhan2 tidak berasas bapaknya terhadap presiden parti

    entah apa agaknya maksud AB keluar statement ikut emosi itu, boleh tak ko jelaskan statement yang mana satu yang bagaimana?

  5. ahli umno says:

    Kepada “pemerhati”..lain kali kalau nak jadi pemerhati kena peka dan tajam penglihatan. IQ kena tinggi. Aku bagi 1 contoh mudah..katakan ada 1 kes bunuh & polis baru tanya anda adakah anda tau siapa yg bunuh si mati? Polis baru tanya mcm tu takkan kau dah ckp “saya dulu kalau ada peluang bunuh dia, dah lama saya bunuh dia encik”..automatik la “pemerhati” yg bijaksana ni masuk senarai yg disyakki. Mcm hal ahmad bashah ni, 2 hari lps dia keluar statement tak tergila2 nak jd menteri besar kedah. Dia ckp, dulu nama dia dicanang utk jd MB sblm disaat akhir najib umum mukhriz sbg mb kalau BN berjaya rampas balik kedah. Dia ckp lg, kalau dia gila kuasa, pada saat tu dia sanggup sabotaj/bt mcm2 agar bn kalah & mukhriz tak jd mb. Mana boleh seorang politician/pemimpin ckp mcm tu…rakyat kedah & najib sendiri mesti terbeliak bijik mata bila ada pemimpin sanggup buat apa saja bila tak dpt sesuatu. Mcm jenis tikam belakang. Dia sepatutnya keluar kenyataan, setia dgn apa saja pilihan presiden. Patut fikir dulu sblm ckp..aku tak sebelahi sesiapa ye pemerhati.

  6. system baru says:

    Abuya cakap macam itu ,sebelum dia di fitnah dia akan pertahankan diri dia Dan dia tak mahu orang lain cucuk Dan fitnah dia ada faham itu cara dia pertahankan dia. Kenapa ahmad bashah minta najib sediakan 3 nama berkebolehan memimpin kedah, adakah dikira gila kuasa, ini menbukti beliau tak gila kuasa. Tak seperti anwar itu hanya bagi satu nama pada sultan selangor

  7. Pemerhati says:

    ahli umno says:
    January 26th, 2016 at 2:45 AM

    “Kepada “pemerhati”..lain kali kalau nak jadi pemerhati kena peka dan tajam penglihatan. IQ kena tinggi. Aku bagi 1 contoh mudah..katakan ada 1 kes bunuh & polis baru tanya anda adakah anda tau siapa yg bunuh si mati? Polis baru tanya mcm tu takkan kau dah ckp “saya dulu kalau ada peluang bunuh dia, dah lama saya bunuh dia encik”..automatik la “pemerhati” yg bijaksana ni masuk senarai yg disyakki. Mcm hal ahmad bashah ni, 2 hari lps dia keluar statement tak tergila2 nak jd menteri besar kedah. Dia ckp, dulu nama dia dicanang utk jd MB sblm disaat akhir najib umum mukhriz sbg mb kalau BN berjaya rampas balik kedah. Dia ckp lg, kalau dia gila kuasa, pada saat tu dia sanggup sabotaj/bt mcm2 agar bn kalah & mukhriz tak jd mb. Mana boleh seorang politician/pemimpin ckp mcm tu…rakyat kedah & najib sendiri mesti terbeliak bijik mata bila ada pemimpin sanggup buat apa saja bila tak dpt sesuatu. Mcm jenis tikam belakang. Dia sepatutnya keluar kenyataan, setia dgn apa saja pilihan presiden. Patut fikir dulu sblm ckp..aku tak sebelahi sesiapa ye pemerhati.”

    tenyata ko takde IQ & memang bangang jadikan macam contoh analogi pulak fasal kes bunuh orang dengan apa diperkatakan(kalau saya gila kuasa, sudah lama saya sabotaj parti) AB…AB kata begitu tidak membawa apa2 implikasi seperti boleh dikenakan tindakan sebab dia sedikit pun tidak membuat sabotaj kepada parti…implikasi(termasuk tindakannya) kata pada polis “saya dulu kalau ada peluang bunuh dia, dah lama saya bunuh dia encik” ialah tak fasal2 boleh membuat ko dimasukkan ke dalam lokap kena tahan reman sebagai suspek membunuh

    AB kata “kalau saya gila kuasa sudah lama saya sabotaj parti” bermaksud sebelum PRU13 berlangsung, semasa AB bekerja keras berkempen untuk memenangkan UMNO & BN dihati rakyat dia telah pun tahu mukhriz telah dipilih untuk menjadi MB Kedah sekiranya UMNO & BN dapat merampas kembali Kedah…AB dapat tahu mukhriz akan menjadi MB bukan sehari sebelum PRU13 seperti diberitahu Najib, pemberitahuan Najib itu dibuat secara rasmi(sehari sebelum berlangsung PRU13) tapi secara tidak rasmi sudah lama AB & ramai lagi tahu mukhriz akan menjadi MB

    kalau orang ada IQ dia akan faham maksud sabotaj itu ialah membuat sesuatu yang boleh membuat UMNO & BN kalah di Kedah pada PRU13…ianya juga bermaksud kekalahan akan membuat mukhriz tidak dapat menjadi MB, mukhriz tidak dapat jadi MB akan memuaskan hati AB sekiranya benar dia gila kuasa jenis kemaruk sangat nak jadi MB yang tak dapat

    ko faham tak bangang?

Leave a Reply

Threesome