Menu Utama

Tidak Wajar Peguam Negara Berada Dalam Lembaga Pengarah TH

Peguam Negara Tan Sri Appandi Ali perlu menarik dirik dari menduduki Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji kerana ia boleh menjejaskan integriti dan kebebasan Pejabat Peguam Negara.

Peguam Negara tidak sewajarnya berada di dalam mana-mana syarikat berkaitan kerajaan kerana ia boleh menyebabkan konflik kepentingan sekiranya berlaku sesuatu kes salah guna kuasa atau penyelewengan.

Malah kedudukan Peguam Negara dalam mana-mana GLC juga boleh menimbulkan tanggapan negatif terhadap Pejabat Peguam Negara sekiranya berlaku skandal dalam GLC terbabit.

Adalah penting Peguam Negara dilihat berkecuali dan bebas dalam menentukan merit sesuatu kes untuk pendakwaan. Kedudukan beliau dalam mana-mana GLC atau syarikat hanya akan menimbulkan pelbagai tanggapan dan persepsi.-MYKMU.NET



(Next News) »



2 Komen to Tidak Wajar Peguam Negara Berada Dalam Lembaga Pengarah TH

  1. azmi says:

    Mykmu jangan lah menyalahkan beliau dalam perkara ini kerana beliau hanya mengikut arahan..beliau dilantik bukan dia mohon..kenalah patuh pada boss..
    SAPA BOSS NYA??? dah tentulah orang paling berkuasa sekarang ini..he he he

  2. Pemerhati says:

    ahli lembaga pengarah dalam syarikat mempunyai pelbagai peranan, ahli lembaga pengarah berperanan sebagai penasihat perundangan, pelaburan, kewangan & sebagainya

    jika peranan TSAA dalam TH sebagai penasihat perundangan, tidak perlu TSAA menarik diri…adanya TSAA boleh mempertahankan integriti tinggi TH dalam GCG & CAT…adanya TSAA boleh membuat ahli lembaga pengarah lain dalam TH tidak mempunyai peluang untuk mewujudkan conflict of interest kepada diri mereka

Leave a Reply