Menu Utama

Tidak Peduli Surat Amaran, PAS Wajar ‘Cerai’ PKR ‘Talak Tiga’

Johari-Abdul-PKR

Hari ini, media pro-pembangkang yang dikatakan terkenal dengan laporan ‘spinning gasing’nya dengan bangganya melaporkan kenyataan PKR menerusi Dato’ Johari Abdul yang menegaskan bahawa PAS tiada hak untuk memberi sebarang arahan kepada PKR.

Dalam kenyataan tersebut yang mengulas ‘surat amaran’ PAS yang melarang PKR hadir ke program Amanah, Johari mengatakan tiada sebarang ikatan ‘hitam putih’ di antara PAS dan PKR yang mengikat hubungan antara dua parti itu.

Justeru itu, Johari menegaskan bahawa semua pemimpin PKR adalah bebas untuk hadir ke program anjuran mana-mana parti yang mereka suka, tanpa mengikut telunjuk surat amaran PAS berkenaan.

Nah! Puas hati PAS? Sudah penulis tulis sebelum ini bahawa isu ‘surat amaran’ itu akan memakan diri, bukan? Sekarang cuba lihat sendiri dan fikirkan apa maksud di sebalik kata-kata Johari itu. Apa PAS rasa sekarang?

PAS tersinggung apabila PKR tidak gentar dengan surat amaran tersebut? Rasa bengang apabila amaran yang diberikan itu tidak dipeduli, malah dibidas kembali ‘rakan tahaluf siyasi’ yang mereka sanjungi selama ini?

Pada pandangan penulis, PAS tidak perlu rasa tersinggung dengan kenyataan Johari itu. Memang apa yang dia katakan itu adalah benar dan PAS sememangnya tidak berhak untuk menyekat kebebasan PKR untuk hadir ke program parti politik dari Israel sekali pun. Itu memang hak mereka…

joe bedoi

Sebaliknya, PAS sendiri perlu bermuhasabah dan mengkaji semula tentang keihklasan hubungan mereka yang terjalin dengan PKR selama ini. Jika PAS sering terpaksa ‘makan hati berulam jantung’, maka perlunya difikirkan kembali tahaluf siyasi itu.

Seingat penulis, sewaktu Allahyarham Dato’ Nik Aziz Nik Mat memegang jawatan Mursyidul Am PAS, beliau selalu menjadi rujukan Majlis Syura PAS untuk membuat keputusan. Adakalanya suara arwah jauh lebih veto berbanding Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang.

Namun kini, mengapa PAS tidak merujuk hal seperti ini dengan Dato’ Dr Haron Din? Mengapa kini jawatan Mursyidul Am PAS kurang didengar suaranya dan seolah-olah lemah? Sedangkan semua tahu bahawa Ustaz Haron sememangnya dihormati kawan dan lawan atas keputusannya yang lebih adil dan bijak?

Nampaknya hubungan PAS dan PKR tidaklah seikhlas yang disangka. Sudah penulis katakan sebelum ini, kelihatan PKR sememangnya lebih cenderung menjaga hati DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) berbanding PAS. Kini sudah kian terserlah bukti itu, bukan?

Penulis enggan mencadangkan supaya PAS akrab dengan UMNO. Malah jauh sekali meminta PAS menyertai BN. Namun pada pandangan penulis, ingin ditegaskan bahawa inilah masa terbaik untuk PAS ‘ceraikan’ PKR dengan ‘talak tiga’.

Pada pandangan penulis, tidak guna simpan ‘isteri yang tidak setia’. Apatah lagi bukan hanya ‘main kayu tiga’, malah kelihatan seperti ‘main kayu empat lima dan enam segi’ nampaknya. PAS masih lagi mahu simpan ‘isteri curang sebegitu’? Terserahlah…






3 Komen to Tidak Peduli Surat Amaran, PAS Wajar ‘Cerai’ PKR ‘Talak Tiga’

  1. Pemerhati says:

    fasal surat amaran ini pun haron din akan senyap juga, agaknya pesanan arwahnya nik aziz kepada haron din ialah “ada masanya bila timbul sesuatu isu ko(haron din) perlu jadi tunggul kayu jangan bersuara…walaupun dengan UMNO ko(haron din) rasa perlu kita(PAS) peluk(bersatu), dengan PKR dengan kafir harbi DAPigs pun kita(PAS) perlu terus peluk…tak apalah buat masa ini kita bercerai tak peluk lagi DAPigs nanti pada masa depan kita boleh peluk semula…kita(PAS) nikan macam gundik pompuan simpanan, ko kena ingat tu din”

    hehehehehe

  2. Meriam Buluh says:

    A marriage of convenience jatuh talak not applicable.

  3. Pemerhati says:

    entah apa punya jenis gila PAS masih tidak sedar(jika sedar PAS harus putuskan tahaluf siyasi) PKR terus tidak mempeduli permintaan PAS supaya menjaga tahaluf siyasi dengan tidak melakukan perkara2 yang tidak disukai oleh PAS

    apa dilakukan rafizi & apa diperkatakan johari abdul boleh juga dimaksudkan bahawa PKR menganggap PAS sebagai sampah yang boleh dipijak-pijak dengan mudah begitu sahaja cuma PKR belum lagi & tidak perlu sebenarnya nak angkat buang ke dalam tong sampah kerana PKR hanya perlu tunggu & lihat PAS sendiri yang membuang dirinya ke dalam tong sampah

    bagaimana dengan adun2 & exco2 PAS dalam kerajaan negeri Selangor? kalau bukan sampah sudah tentu mereka itu lembu kena cucuk hidung paling bodoh yang hidungnya tidak mancung & pipinya tersorong-sorong…kalau sudah dianggap sampah maknanya tiada kepentingan lagi bagi PKR mahukan adun2 & exco2 PAS itu kekal dalam pentadbiran kerajaan megeri Selangor

    kenyataan azmin kononnya adun2 & exco2 PAS itu penting & harus kekal dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor(sehingga PRU14) hanya sandiwara sahaja atau boleh dikata tiada keikhlasan…jika ikhlas kenapa PKR terus tidak mempeduli permintaan PAS supaya PKR menjaga dengan baik tahaluf siyasi mereka dengan PAS?

Leave a Reply