Menu Utama

Terima dana dari Israel : Pakatan NGO pro BN minta polis siasat dakwaan Mohd Zuhdi terhadap DAP

Pakatan NGO Pro Barisan Nasional (BN) meminta polis menyiasat dakwaan Pengarah Penyelidikan PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki kononnya DAP ditawarkan RM1.2 bilion daripada Israel sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13, seperti disiarkan media, baru-baru ini.

Mohd Zuhdi juga mendakwa, antara syarat tawaran berkenaan termasuk membenarkan pembukaan pangkalan tentera Israel di negara ini, jika DAP dapat menawan Putrajaya.

Presiden Pakatan NGO Pro BN, Zulkarnain Mahdar berkata jika dakwaan Mohd Zuhdi itu benar, ia satu malapetaka cukup besar buat Malaysia dan tidak harus dibiarkan kerana membabitkan keselamatan negara serta sensitiviti umat Islam.

“Apa yang menjadi persoalan sekarang ialah adakah DAP mempunyai hubungan dengan Israel?,” katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Pakatan NGO Pro BN turut membuat laporan di Balai Polis Alam Mesra, susulan pendedahan Mohd Zuhdi itu.

“Pro BN meminta polis menyiasat secara terperinci perkara ini kerana ramai rakyat Malaysia mula merasa sangsi dengan DAP selepas membaca kenyataan Mohd Zuhdi baru-baru ini,” katanya.

Bernama



« (Previous News)



Satu Komen to Terima dana dari Israel : Pakatan NGO pro BN minta polis siasat dakwaan Mohd Zuhdi terhadap DAP

  1. itsme says:

    Tkasih kpd mohd zuhdi krn begitu berani tampil dgn kenyataan beliau. Kita berharap pihak polis mampu melakukan sesuatu agar Msia selamat dr tangan2 yg mahu melihat ISLAM diMsia ditindas.

Leave a Reply