Menu Utama

Tegur PKR Hadir Program Amanah, Payah Benar PAS Hendak Faham

mujahid1Lucu benar bila teringatkan nasib PAS yang terkontang-kanting, mungkin juga meroyan, akibat dari penubuhan Amanah. Hakikatnya, kita semua tahu bahawa Pakatan Rakyat sudah berkubur.

Pakatan Harapan, sebuah kerjasama pembangkang, secara rasminya telah ditubuhkan dan dianggotai oleh DAP, PKR dan Amanah sebagai parti teras dalam usahanya untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional.

PAS, seperti mana yang kita ketahui, bukanlah sebahagian dari Pakatan Harapan. PAS juga telah umumkan bahawa mereka akan bergerak secara solo.

Jika bukan sebahagian dari Pakatan Harapan, apa yang hendak dibisingkan dengan kehadiran PKR di dalam program Amanah di Kelantan?

PKR dan Amanah adalah dari satu gabungan, maka tidak salah untuk ahli parti masing-masing hadir untuk memberi sokongan dan dokongan di antara satu dengan lain. Itu adalah satu kelaziman.

Ini masalahnya dengan PAS, yang masih tidak tahu kedudukan mereka di kalangan parti-parti pembangkang. Kadang-kadang seperti bercerai sudah, bertalak tiga, kadang-kadang pula mereka terasa masih bersama dalam satu pakatan.

Apa yang berlaku ini menunjukkan sikap tidak konsisten mereka, yang sejak dari dahulu terkenal dengan “al harammu wal halalku”. Akhirnya, sikap sebegitu telah mencipta dilema di dalam diri mereka sendiri. Almaklum sahaja lah, selama ini pun mereka hanya dipimpin di dalam Pakatan Rakyat, dan tidak pernah memimpin.

Sudah terbiasa seperti lembu dicucuk hidung, kini PAS masih terkial-kial mencari halatuju sebagai satu parti yang bergerak secara solo. Mereka masih lagi tercari-cari keyakinan diri.

Dulu mudah, segalanya telah ditentukan dan hanya perlu menurut. Kini, segalanya perlu dilakukan sendiri, tak perlu merungut.

Payah benar PAS hendak faham tentang diri mereka sendiri. Kecelaruan barangkali.






Satu Komen to Tegur PKR Hadir Program Amanah, Payah Benar PAS Hendak Faham

  1. Anak_Nogori says:

    Sepatutnya pas tak perlu beri amaran atau ugut pkr akan menarik diri dari bertahalul siyasi dgn pkr krn ternyata pas tidak boleh menyekat pkr dari menghadirkan diri didlm program2 pan diseluruh negara disebabkan pan dan pkr berada didalam gabungan pakatan harapan…pas sepatutnya terus keluar dan bwrgerak solo dan buktikan dgn bergerak solo spt dikata pas akan bertambah kuat..jgn tahu nak beretorik je..buktikan.

Leave a Reply

Threesome