Menu Utama

Tandas Pun Kena Caj, Bukti Ada Sekolah Sengaja Sabotaj Kerajaan

30sen

TINDAKAN sebuah sekolah di Pulau Pinang mengenakan caj 30 sen bagi pelajar yang hendak menggunakan tandas di sekolah berkenaan, membuktikan rungutan ibu bapa dengan pelbagai caj tidak munasabah yang dikenakan di sekolah, adalah disebabkan oleh sekolah itu sendiri, bukan kerajaan.

Yang buat hal orang lain, yang kena maki kerajaan.

Ini bukan soal berkira dengan kos perbelanjaan sekolah anak-anak, tapi soal kewajaran caj dikenakan seolah-olah sekolah langsung tidak ada peruntukan sehinggakan segalanya perlu dibeban kepada ibu bapa.

Ni dah sampai tahap tandas sekolah pun kena caj ni apa kes?  Air Asia yang berkira segala benda tu pun, tak caj pelanggannya yang nak guna tandas (sekurang-kurangnya belum lagi), sekolah yang penuh budak-budak pulak yang kenakan caj tak masuk akal ni – bagus Menteri Pendidikan yang baru ini, Datuk Seri Mahadzir Khalid, cepat mengambil tindakan dengan mengarahkan caj itu dihentikan.

Alasan biasa, dah lulus dalam mesyuarat PIBG.  Bukan semua ibu bapa ada kesempatan datang ke mesyuarat PIBG ni, apatah lagi ada mesyuarat PIBG yang diadakan pada hari bekerja pasal cikgu taknak datang hari Sabtu atau Ahad – ganggu cuti kata mereka, macamlah satu hari kerja 8 jam pun macam orang lain.

Senang kata, banyak masalah di sekolah sekarang ni.  Kalau yang elok tu, terlebih elok sangat, yuran pun tak tanya sampai sekarang. Tak berapa lama sebelum ini, ada isu guru besar rasis di Johor sampai jadi kes polis. Macam-macam hal.

Tak tahu Menteri Pendidikan yang dulu buat apa, sibuk sangat dengan blue print sana, blue print sini, termasuk mencipta kekayaan untuk kroni bekas Perdana Menteri dengan cara menyusahkan guru, sampai lupa nak jaga sekolah.

Patutlah pun kena buang.






4 Komen to Tandas Pun Kena Caj, Bukti Ada Sekolah Sengaja Sabotaj Kerajaan

  1. geekpuk2 says:

    Betul tu Adamyan

    Sekolah kat negeri Penang dibawah tadbir urus Lim Guan Eng. Ini semua salah DAP

    Menteri Pendidikan sibuk blueprint tu masa DAP memerintah. Dah kalah memang patut kena buang. Kerajaan BN tak seteruk itu nak ” …mencipta kekayaan untuk kroni bekas Perdana Menteri dengan cara menyusahkan guru”

  2. sireh ke gagang says:

    Memang lumrah org kita , kalau apa saja kenaikkan kos , terus dituding kpd kerajaan ,menteri2. siasat ,cari kebenaran disebalik isu tolak tepi. yang penting naikkan posting mengecam kerajaan dulu kat facebook , twitter.dengan harapan boleh dapat banyak komen & Like.

    sedar atau pun tak , org kita skrg sudah menjadikan budaya mengecam org lain sebagai makanan harian. dosa & pahala tolak tepi. yang penting glamor .

  3. yon76er says:

    Biasalah kita nie…bila ada Pangkat semua memuja…tp dah tiada kejian aje yg diberi x habis2….Dasar PEMBODEK memang mcmtu lah…tunggulah yg diBODEK sekarang JATOH or no more in POWER…samalah nasib nya…huhuhuhu….

  4. yon76er says:

    dan juga tunggulah bila siAnu tuu dah tiada…perghh akn keluarlah kata2..tiada akn ada pengantilah…jasanya sungguh besar pd negara lahh..negara kehilanggan satu tokoh yg berjasa lahhhh..pom..pett..pomm..pett…same old ungkapan akn keluar….pieeeerahhhhh

Leave a Reply

Threesome