Menu Utama

Tak Boleh Jawab Cat Laluan Basikal RM 30 Juta, Tuduh UMNO Rasis

kit_siang_ikanKALAU ikut pengalaman penulis, setiap kali DAP ada masalah yang tak boleh nak jawab, cerita UMNO sebagai parti perkauman ini pasti timbul.  Macam sekarang, bila DAP ada isu kos cat laluan basikal (majoriti di atas laluan pejalan kaki sedia ada – bukan buat baru) di Pulau Pinang sebanyak RM 30 juta, dari menjawab secara terus isu tersebut, DAP cuba bangkit isu perkauman dalam UMNO.

Macam soalan Kit Siang semalam (rujuk gambar di atas).

Padahal bukan DAP dan Kit Siang tak tahu, yang bertanding dalam pilihanraya bukan UMNO pun, tapi BN – sebuah parti berbilang kaum.  Apa ada isu perkaumannya lagi?

Lagipun, jawapan kepada soalan Kit Siang sudah wujud sejak 1994 – UMNO dah buka keahlian pada orang bukan Melayu apabila menerima bumiputera Sabah menyertai parti itu.  Malah orang Asli di Semenanjung pun boleh masuk UMNO sekalipun bukan Melayu.  Dominannya memang UMNO parti orang Melayulah, sama macam DAP, dominan parti cina sekali pun dakwa berbilang kaum.

Tapi kita delcare lah, bukan macam DAP tak berani.  80%-90% satu kaum, baki tu saja lain-lain kaum, itu bukan parti berbilang kaum.

Jadi penulis merumuskan, ini bukan isu UMNO perkauman ke tidak, ini lebih kepada nak mengalih perhatian rakyat dari masalah mereka sendiri.  Pengundi DAP mungkin taraf lembu cucuk hidung, hanya nampak bocor kat orang lain, tak nampak bocor kat diri  sendiri.

Balik pada isu laluan pejalan kaki yang dicat untuk jadi laluan basikal tadi.  Projek itu perlukan penjelasan sebab ia menimbulkan keraguan pasal tinggi sangat. Menurut sumber media sosial. kata Ketua Menteri, projek itu sebenarnya lebih panjang dari 12.5km (jadi bahan gelak semua orang, sejak bila ia jadi lebih panjang?) dan kos itu termasuk dengan satu ‘flyover’ (pulak dah, yang ini bila datang?) katanya.

Sambung Ketua Menteri lagi, pecahan akan menyusul kemudian.

Maka itu sementara menunggu jawapan lengkap, tak payahlah isi masa terluang dengan menuduh orang lain rasis.  Aneh juga kenapa ambik masa panjang untuk bagi penjelasan yang begitu mudah macam ini.  RM 30 juta saja pun, bukan RM 30 billion.  Cuba kalau dia tanya tu kang, habis sidang media dah nak mintak jawapan.






Satu Komen to Tak Boleh Jawab Cat Laluan Basikal RM 30 Juta, Tuduh UMNO Rasis

  1. undi marilah undi sayang says:

    sebagai penduduk di pulau pinang, perasaan kecewa timbul bila lihat begini pulak rupa cat laluan basikal.. tak praktikal.. tak realistik.. tak efektif. macam manalah orang nak kayuh basikal dengan tenang, eh eh jumpa pokok.. eh eh jumpa tiang.. eh eh ada lubang jalan.. tak dak mood nak kayuh basikal dengan laluan basikal serupa camtu.. jalan kaki tu bolehlah. dah projek rm30 juta hanya untuk cat laluan basikal, buatlah elok-elok.. ni serupa macam tak payah buat pun lagi bagoss.. tapi duit-duit, pihak tertentu dah dapat merasa duit tu.. happy lah tu. entah duit tu pegi manalah erk.. buat pelaburan untuk kroni?? mm dap please be consistent.. kata dulang paku serpih, kata bn corrupt buat malaysia nak bankrap, dap tu rupanya lagi teruk yang amat.. jawab jangan tak jawab jurucakap dap sayang.

Leave a Reply

Threesome