Menu Utama

Sukuk Dan Kontrak Pembinaan Bandar Malaysia

Kenyataan Media oleh 1MDB

Pihak 1MDB merujuk kepada kenyataan tidak bertanggungjawab yang dibuat oleh YB Rafizi Ramli yang dilihat seolah-oleh bersaing sesama sendiri dengan YB Tony Pua dalam mengelirukan rakyat dengan dakwaan-dakwaan yang tidak berasas mengenai urusan yang berkaitan dengan 1MDB.

Terbaru, YB Rafizi Ramli mendakwa hasil yang diperolehi dari Bandar Malaysia Sdn Bhd Sukuk (“BMSD SUKUK”) tidak digunakan seperti yang sepatutnya. Pihak 1MDB menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut dan menegaskan bahawa hasil yang diperolehi oleh BMSD telah diagihkan mengikut syarat-syarat Program Perjanjian Sukuk seperti yang berikut:

-Sebahagiannya digunakan untuk membiayai projek penempatan semula Pangkalan Udara Kuala Lumpur ( PUKL).

-Membiayai perbelanjaan Program Sukuk.

-Membiayai syarat kewangan akaun rizab; dan

-Keperluan modal kerja 1MDB Real Estate Sdn Bhd (sekarang dikenali sebagai TRC City Sdn Bhd).

Keduanya, YB Rafizi Ramli menyuarakan kebimbangan terhadap syarikat luar yang mungkin akan terlibat dalam projek penempatan semula PUKL. Beliau seakan-akan tidak menghiraukan kenyataan yang dikeluarkan oleh 1MDB pada 6 Januari 2016, yang menjelaskan bahawan ianya tidak akan terjadi. Perbadanan Perwira Hartanah Malaysia (PPHM, anak syarikat 100% milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera) adalah kontraktor ‘Turn Key’ yang bertindak untuk menghantar keperluan pembinaan bagi Penempatan Semula PUKL. PPHM juga telah melantik lebih 50 kontraktor Bumiputera yang layak sebagai sub-kontraktor.

PPHM yang bertindak sebagai kontraktor ‘Turn Key’ bersama-sama lebih 50 sub-kontraktor Bumiputera yang lain akan meneruskan peranan mereka seperti mana yang telah dipersetujui. Pihak kontraktor ini telah diperakui oleh pihak berkuasa dan proses pembinaannya diselia oleh pegawai dari Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri. Dengan proses pembinaan yang diteruskan dengan menggunakan kontraktor yang diiktiraf, maka, tiada terdapat sebarang kemungkinan buruk mengenai impaknya kepada keselamatan negara melalui penjualan 60% kepentingannya dalam projek Bandar Malaysia oleh 1MDB.

Dengan perjanjian perlaksanaan selama enam bulan bagi tiga tunggak utama pelan rasionalisasi yang diluluskan oleh Kerajaan Malaysia, 1MDB kini fokus untuk melaksanakan syarat-syarat yang telah ditetapkan dan seterusnya merealisasikan objektif perjanjian tersebut. Pihak 1MDB juga akan sentiasa memberi perkembangan secara berkala sepanjang projek ini berlangsung.

Diterjemah oleh : JASA



« (Previous News)



3 Komen to Sukuk Dan Kontrak Pembinaan Bandar Malaysia

  1. azmi says:

    Kalau tak betul 1MDB samanlah Rafizi dan Tony Pua..
    Macam kes lembu NFC shahrizat telah menyaman rafizi

  2. system baru says:

    Azmi ‘Kes lembu ITU bawah kementerian siapa kau bukan geng hampa juga mahyuddin ITU. Dia tak pun tak disuruh bercuti ketika fnc ITU di siasat, ITU kawan hampa lepas tangan pulak itu Dan tak tahu pikul tangjawab sebagai menteri pertanian . he.he.he. kurang2 laki shahrizat pun berani tanggunjawab atas kerugian FNC ITU.
    Mahnyuddin hanya pandaI elak diri je.

    Kes 1mbd masih bawah siasat PAC. Jawatankuasa PAC tak mebenarkan kes ITU bawah kemahkamah selagi siasatan belum habis, kes belum siasat habis dah kata orang bersalah Dan nak saman orang ,ia kira menggangu siasat, mahkamah pun tak nak terima saman ITU sebab siasatan belum , APA bodohnya azmi ini

  3. azmi says:

    Kau mengigau ke System Baru?
    Masa bila PAC tak benarkan kes IMDB dibawa kemahkamah?
    Kan ke Najib dah saman TONY PUA pada March 2015?
    http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/skandal-1mdb-najib-saman-tony-pua

Leave a Reply